Sunday, May 30, 2010

percutian ke GENTING

alhamdulilah...percutian yg selama bertahun2 dlm perancangan akhirnya terjadi jua...semuanya kehendak dariNYA...

walaupun ada sedikit perkara terjadi biarlah yg penting kami semua sentiasa bersama2 biar apa pun terjadi...insyaAllah...

beshlerr...tak byk nak citer but...segala yg pernah menyerabutkan fikiran dah hilang...lepas nie keje laa pulak..hehe

ok...bye

Wednesday, May 26, 2010

kenangan aku praktikum

Alhamdulilah saya sudah tamat praktikum pada 14 mei 2010 yang lalu...walaupun pada awalnya saya rasa sangat kekok terpaksa berdepan dengan para pelajar yang berlainan tahap pemahaman dan tahap pencapaian serta latar belakang setiap pelajar MPV PRODUKSI MULTIMEDIA disekolah ini...

sangat terkejut apabila mengetahui ada pentaksiran yang tak pernah saya tahu atau dengar pada masa dahulu saya belajar teori dan praktikal di UPSI pendedahan secara menyeluruh tidak
dapat kami pelajari kerna kekangan beberapa perkara...namun saya tetap bersyukur di UPSI
kami tetap didedahkan dengan pelajaran pendidikan yang penting bagi seseorang yang bakal
bergelar guru...sebabnya kita dapat berfikir apa yg boleh kita lakukan utk sesuatu situasi yang
terjadi... aku juga bersukur kerana dapat seorang guru pembimbing yang sangat peramah dan
sangat memahami insan yang bergelar guru praktikum ini...terima kasih CIKGU ROHAYA...


Pengalaman mengendalikan dan menguruskan kelas memberikan saya pengalaman yang sangat
sangat susah untuk dilupakan... hehe...memang pada mulanya sangat sukar utk saya mendekati
kelas 4Ceria... pelbagai cara dan eksperimen aku jalankan keatas kelas 4Ceria...alhamdulilah
akhirnya aku dapat juga mendekati mereka dan mengajar ...yang penting aku dapat sampaikan
ilmu dan anak2 didik aku memahami ilmu itu...dan ilmu ini akan di ajar2 pada org lain yang
masih memerlukan ilmu... Pada mulanya berdepan dengan 4Ceria aku rasa macam nak cepat2
jer habis praktikum...tapi bila bulan terakhir aku praktikum rasa sayang pulak nak tinggalkan
4Ceria... semuanya aku simpulkan disini...kasih dan sayang aku... segalanya...dengan rasa bahagianya mereka menjadi pelajar pertama aku semasa bergelar guru... terima kasih pada jasa
23 orang pelajar lelaki yang berada dikelas 4ceria..kerjasama anda semua sangat2 cikgu hargai...


Sehingga hari ini saya masih belum biasakan diri dengan keadaan tiada apa2 keje selain mencari
sesuatu keja lain utk menampung perbelanjaan harian saya... semoga pencarianku mencari rezeki yang halal berhasil...