Sunday, September 25, 2011

cerita duka hari ini

salam...

emak masuk hospital utk scan... sedeynya tak dapat balik utk menjaga bersama...

huhuhu

sudahlah jatuh ditimpa tangga...sesuai rasanya saya menggunakan istilah peribahasa ini terhadap diri sendiri...

kenapa??? sudahlah saya risau keluarga disana...kawan2 disini pula selalu tinggalkan saya utk sebarang aktiviti... meninggalkan saya tambah memberitahu sebabnya... andai saya bersalah...katakanlah agar saya dapat berubah menjadi insan yg lebih baik di masa akan datang... entahlah inilah dugaan dan resmi hidup...takpelah saya terima dengan redha dugaan Allah...andai saya bersalah... saya pasrah... jika saya di jalan yang benar...moga Allah akan memberi kekuatan dalam diri utk menempuhi hidup ini....

sudahlah yang terjadi akan jua terjadi biarlah ia berlalu menjadi kenangan sepi hidup...jalani kehidupan ini dgn hari hari baru dan bahagiakanlah hati kerana ia berhak...tiada guna tangisi  nasib bagus lagi bangun membaiki kelemahan diri... moga suatu masa nanti kebenaran akan terpancar jua... sabarlah wahai hati... berpeganglah pada Allah semoga segalanya berjalan dgn baik...berhasad dengki adalah sifat syaitan jgn dibiarkan hati dipenuhi nafsu...tenangkan ia setenang air di kali.... :)

p/s: semoga hari esk lebih baik dari hari ini...

Friday, September 23, 2011

Batu-Bata Kehidupan

salam... macam best jer buku nie...sapalah yang ada pinjamkan dulu buat saya...hehe... nak membeli mungkin lama lagi... bestnya... tahniah kepada penulisnya...

Tajuk : Batu-Bata Kehidupan
Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-291-6
Mukasurat : 340 Halaman
Status Stok : ADA
BATU-BATA KEHIDUPAN terdiri daripada tiga mauduk utama iaitu Allah, Cinta dan Kehidupan Mukmin yang merupakan bahan bina penting dalam struktur ‘bangunan kehidupan’ setiap insan.
BATU-BATA KEHIDUPAN mengajak pembaca membina ‘bangunan kehidupan’ dengan bahan bina yang berkualiti dan utuh agar ia dapat bertahan hingga ke akhirat.
Bukan semua orang faham berkenaan ukhuwah. Ya, kita sayang sahabat kita. Tetapi, apakah sahabat kita itu faham makna ukhuwah seperti yang kita faham?
Kalau kita faham bahawa ukhuwah tertinggi adalah itsar, (melebihkan sahabat daripada diri sendiri) dan ukhuwah terendah adalah berlapang dada, apakah sahabat kita faham perkara yang sama?
Kalau sahabat kita faham, apakah dia kuat untuk menggerakkan kefahamannya dalam amalan?
... . Ya, jangan harapkan daripada sahabat kita apa-apa.
... . Ya, kita perlu korbankan masa kita untuk sahabat kita.
Kita korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita. Kita korbankan harta kita untuk sahabat kita. Kita korban apa sahaja. Semuanya untuk ukhuwah kita

http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/3311/169/motivasi/islamik/gisb-batu-bata-kehidupan.html

Sunday, September 18, 2011

sharing is caring... it about my love

salam... hari nie saya tak nak bercerita bak kata orang tua berdiam adalah lebih baik daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyebabkan orang membenci kita... biarlah andai kita tak bersama sentiasa namun doaku sentiasa bersamamu... hehe

entri utk intro pasti mengelirukan semua yang membaca opsss ada yang nak baca ke blog saya nie... takpelah yang penting saya memang selalu membaca... hehe

oklah hari saya cuma nak beri huraian terhadap satu lagi buku yang saya baru habis baca... dipinjam daripada kak sha... terima kasih arigato ogaizamas... sedap citer nie... tajuknya "Doa seorang guru & 68 kisah teladan"

emm mulanya igt semua cerita ttg guru ...secara ringkasnya buku ini adalah coretan kisah-kisah yang telah terjadi pada zaman Rasulullah di mana kita dapat mengambil iktibar utk setiap kejadian yang berlaku... seronok sgt buku ni... sampaikan bila keluar rumah masih teringat2 criter dan tak sabar nak sambung membaca...alhamdulilah seminggu lebih saya dah habis membaca...almaklum kekurangan masa sebenarnya...haha

segala cerita mengenai tokoh ilmiah dan sahabat-sahabat Rasulullah yang telah mati shahid ketika berperang di zaman dahulu...betapa indahnya perjuangan di dalam islam...sekarang lihatlah dunia...tiada kemampuan membantu sesama rakyat islam...betapa kita ditindas...insyaAllah berdoalah agar negara islam akan sentiasa kukuh dan orang islam sendiri diberi hidayah.... aminnn....

ada beberapa petikan teks yang saya akan masukkan utk simpanan dan yang saya rasa berguna utk kita kongsi bersama... insyaAllah setakat sini saja coretan saya....

penulis buku: mohd najib iskandar
harga:rm10.00

petikan kata-kata:

Berdoalah kepadaKu, nescaya Kukabulkan doamu (al-mukmin:60)
namun jika doa tak termakbul mungkin kerana hati tertutup oleh sepuluh perkara:
1. mengaku beriman, tetapi enggan memenuhi hak-hakNya.
2. suka membaca Al-Quran, tetapi tak amalkan isinya
3.tahu syaitan musuh, tetapi masih menyetujui ajakannya
4. mengaku umat Muhammad SAW, tetapi tidak mengamalkan sunahnya
5. mendambakan syurga tetapi tidak mengerjakan amalan yg dapat memasukkan kita ke syurga
6.mahu selamat dari neraka,tetapi masih melakukan perbuatan yang menyebabkan masuk neraka
7.tahu maut itu sesuatu yang pasti tetapi tidak menyediakan bekalan-bekalannya
8.gemar meneliti aib orang lain tetapi aib diri sendiri tidak dikaji
9.makan dan minum segala pemberian Tuhan, tetapi tidak pernah mensyukuriNya
10.biasa memakamkan jenazah teman-teman kalian, tetapi tidak pernah mengambil pengajaran dari pemakaman  itu.


satu lagi yang saya suka untuk berkongsi mengenai: 4tabiat yang manusia sering lalai
1. kepada org yang ditimpa kesedihan, mereka tidak mengucapkan
"Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim" (al-Anbiya:8)
2. kepada orang yang ketakutan, mereka tidak mengucapkan:
"cukuplah Allah sebagai pelindung kami sedangkan Allah adalah sebaik-baik pelindung"
(Ali Imran:174)
3.kepada orang yang menghadapi tipu daya, mereka tidak mengucapkan:
"Dan aku menyerahkan segala urusanku kepada Allah"
(Al-Mukmin:44)
4.kepada orang yang menginginkan sesuatu, mereka tidak mengucapkan:
"MasyaAllah, tidak ada kekuatan kecuali dengan Allah" (Al-Kahfi:39)

p/s: wassalam...

Thursday, September 15, 2011

ku terima segalanya

salam...

mmmm... stress dlm minggu nie peljar cam tak nak fokus sebab dah habis exam...huhu stress otak aku... nak buat can ner...dh deme cam gitu...ayat skema aku... insyaAllah aku akan tetap usaha...cuma marah perlu tapi tak selalu...ada aku kisah...hahaha

dengan sesiapa aja klu aku buat silap rasanya aku dah minta maaf. dan dah bertanya gak...alhamdulilah setakat hari ini aku dah jalankan bahagian aku...selainnya aku serahkan kepada Allah SWT... aku akan terus berusaha aku takkan memaksa...asalkan aku dah laksanakan urusan aku kerana Allah SWT. aku tahu kita tak perlu hipokrit... namun manusia mana tak buat kesalahan dan setiap kesalahan ada hukuman dan ada jalan penyelesaian... insyaAllah selagi kita jujur dan ikhlas pada suatu perkara itu akan jelas terbukti... moga peljar semua dgr rintihan hati aku nie... aduhai masih gagal nak kontrol kelas... apalah petua yg ada... ganas atau lembut....

hahaha...tak sampai ke situ lagi aku... masih mampu bertahan dan bersabar... bak kata pihak atasan... pujuklah pelajar...klu cikgu tak arah mana ada budak tak buat...aduhai...mahu keluar segala taik telinga aku dgr pelajar merungut...pasni klu ada camgitu kes aku hantar pelajar tu pi kantin tgk tau tak dia makan...klu boleh makan kata mak aku boleh jugak la belajar... hahaha

apapun selagi kita usaha pasti ada hasilnya... tgh tgu mini taman blkg umh...bilalah nk dtg rajin utk aku nebas n tanam sayur...byk dah padi naik tinggi...hahaha

Friday, September 9, 2011

diciplak dari orang

Peliharalah akhlak mu kerana ia adalah sumber kecantikan mu.
Peliharalah agama mu kerana ia adalah pegangan mu.
Peliharalah amalan mu kerana ia adalah pakaian ukhrawi mu.
Peliharalah lisan mu kerana ia adalah hati mu yang menentukan baik buruk diri mu

SAJAK: semenjak hari itu...

semenjak hari itu
sejak adanya salahku
sejak terjadinya kepincangan ilmu
kau terus menerus diam dariku
menjauhi dan menghindari dariku

semenjak hari itu
aku anggap ia mimpi ngeri
hilang sudah bicara manismu
hilang sudah seri diwajahmu
hilang sudah segala ramah mesramu

semenjak hari itu
aku terus menerus terkedu
tanpa aku ketahuan apa salahku
kerna khilafnya aku
kerna daifnya aku
kerna lupanya aku
pada suatu keadaan
hilang sudah suatu ikatan antara kita

semenjak hari itu
aku rasa kau semakin menjauhi dariku
tidak lagi mahu berbicara denganku
semakin aku mendekati
namun ada jurang diantara kita
bukan ku tak mahu mencuba
namun keadaan serta caramu memaksa
aku membatalkan segala niat dihati

semenjak hari itu
aku hanya melihat dari jauh
semakin hari semakin dipenuhi kabus
kau menghilang
sehingga bayangmu tidak aku nampak
sehingga tanganmu tidak dapat aku genggam

semenjak hari itu
sebuah ikatan persahabatan terputus jua
hilang sudah toleransi
hilang sudah komunikasi
hilang sudah kepercayaan diri

semenjak hari itu
aku kehilangan diri
aku hilang motivasi
aku hilang keyakinan diri

semenjak hari itu
aku terfikir-fikir kesalahan diri
tidak ketahuan jua olehku
apa salah diriku
khabarkanlah pada diriku yang hina ini
apa salah aku...
agar aku dapat meminta kemaafan
supaya matinya aku kelak
tidak membawa sebarang hutang di dunia nyata

semenjak hari itu
aku cuba melayari hari-hari tanpamu
tanpa belaian seorang sahabat
tanpa hilai tawa kawan-kawan
aku cuba berhidup di bumi nyata
aku cuba jadi diriku sendiri
aku cuba terima hakikat
aku bukan seorang sahabat yang baik

semenjak hari itu
aku sedar salahku
aku sedar khilafku
aku sedar kekuranganku
maafkan aku kawan andai
hadirnya aku menyakitmu
hadirnya aku menyusahkan dirimu

terima kasih untuk semalam itu
walaupun hari ini tidak seindah dulu
warkah ini ku tuju buatmu
menjadi ingatan sehari-hariku
moga aku sentiasa sedar itu
kekurangan diri sentiasa mengikutiku

salam sayang dan kemaafan dari kedekatan ini
~shila ismail~

Thursday, September 8, 2011

Mutiara Kata

Kata biarlah dikota
Janji yang dilafazkan hendaklah ditunaikan

Muafakat membawa berkat
Dengan bermasyarakat sesuatu persetujuan akan tercapai dan kerja yang bakal dilakukan menjadi mudah

~Madah Pujangga~

Orang yang bijaksana akan mencipta lebih banyak peluang berbanding dengan yang di cari. (Francis Bacon)

Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah. (Lao Tze)

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya. (Confucius)

Wednesday, September 7, 2011

FORGIVE AND FORGET

    Apa yang ada faham dengan dua perkataan yang dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris. Ia bukan hanya sesuka sahaja saya guna. Ia adalah kemahiran yang perlu setiap warga pendidik sekarang terapkan pada diri. Kalau dulu pelajar perlu mengikut kata guru kini guru kena menarik perhatian pelajar agar tekun dan selesa belajar di dalam kelas semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung.
    Hendak atau tidak cabaran dunia pendidikan sekarang menuntut beberapa perubahan agar sentiasa dapat memberi motivasi dan semangat kepada para pelajar agar mencintai dunia ilmu pengetahuan. Siapa kita untuk melawan takdir Illahi andai kata kita perlu marah dan tegur sikap pelajar haruslah kita berbuat demikian dengan cara berhemah. Bak kata orang tua "kita manusia biasa gak ada hati dan perasaan" betul itu mmg tidak saya nafikan kekadang dalam jiwa saya juga memberontak dengan kalimah ayat yang sama macam orang lain. Namun kita perlu kuatkan diri dan tabahkan hati. Sekali terjebak dengan bidang pendidikan kita harus berusaha agar insan yang kita belai, didik dengan kasih sayang akan menjadi insan yang dapat membantu meningkatkan mobiliti kepada negara.
     Kekadang dalam emosi marah kita sebagai manusia biasa sering alpa akan batasan setiap perkara yang kita patut dan tidak patut kita lakukan. Ingat jika kita berbuat kesalahan segeralah kita meminta maaf. Bak kata pepatah melayu lagi "Manusia mana sempurna yang tidak melakukan kesalahan" cuma janganlah kita sebagai manusia dah tahu akan kesalahan diri dan masih juga mengulang kesalahan yang sama.
   Seperti yang saya kata tadi "meminta maaf" tidak semua orang berani meminta maaf atau mengaku kesalahan dirinya sendiri. Kenapa??? Ego ... ya betul manusia masih lagi mengekalkan keegoaan diri berbanding dosanya pada Allah SWT. Kenapa kita sebagai manusia harus sombong sama juga kita disisi Allah SWT kelak. yang kaya mati tetap tinggalkan harta didunia... apa lagi beza yang ada.
    Meminta maaf biarlah dari hati yang tulus ikhlas segalanya akan menjadi mudah. Segeralah meminta maaf jika kita berbuat salah tidak perlulah pertikaikan jawatan kita, umur kita ataupun siapa yang salah. Ingat pepatah "Mengalah bukan bererti kita kalah" dalam sesuatu hubungan persahabatan, persaudaraan saling berterus terang mengenai kesalah setiap orang atau perbincangan jika ada masalah mmg dituntut dalam Islam. Kita sebagai umat Islam igt haruslah mengeratkan hubungan silahturrahim sesama saudara.
   Forget pula kan... yelah jika dah ada org minta maaf kenalah kita maafkan dan jangan simpan dendam. Ingat kita bukan Nabi SAW yang pemaaf namun kita dituntut mengikut sunnah agar sentiasa mengekalkan persaudaraan jika bergaduh sekalipun janganlah kita tidak bercakap lebih dari 3 hari. Mudah saja jika ada marah atau susah utk lupakan sesuatu perkara luahkan saja masalah anda kepada orang yang berkenaan supaya sedikit sebanyak dia tahu apa masalah yang ada dalam dirinya mungkin dia akan mengubah dirinya agar menjadi yang lebih baik dan memperbaiki kesalahan diri... Kita bukan Malaikat tapi kita harus sentiasa belajar daripada kesilapan yang kita lakukan barulah kita dapat menimba pengalaman dalam kehidupan. mmg sukar memaafkan orang lain. Sekurang-kurangnya haruslah berterus terang dengan apa yang kita hendak. Agar orang jelas dengan sikap kita. Kalau marah berilah tahu kenapa, agar orang lain tahu apa masalah dan kekdg kita leka dgn keadaan sekeliling kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia dan urusan Akhirat...

p/s: semoga kita semua mempunyai hati yang ikhlas dalam meminta maaf mahupun memaafkan diri seseorang. Kita semua manusia biasa biasa lakukan kesalahan. Namun ia boleh berubah jika kita berusaha bersama. Musyawarah adalah jalan terbaik yang pernah Islam berikan kepada umat manusia dalam meleraikan sebarang kesulitan sesuatu keadaan. Kita yakinlah sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya...

salam sayang,
moga kita semua dapat mewujudkan tali persaudaan Islam yang teguh dan tidak dapat ditembusi oleh mana2 orang kafir...

Tuesday, September 6, 2011

salam lebaran

salam...selamat sejahtera

mmg byk story nak berkongsi tapi macam tak de apa pulak nk naip...malas jugak eden nie kan...huhuhu...

apapun...nnt laa saya update lagi nak menaip markah budak...rasanya mandi pun belum lagi nie...huhu

Thursday, September 1, 2011

dah syawal 3

salam... dah lama bercuti semak kertas tak siap lagi...huhuhu...bila nak habis agaknya...