Wednesday, December 15, 2021

3 Bulan dapat pangkat Mami

Alhamdulilah... Kejap ja dh 3 bulan
Dapat pangkat Mami bukan semua orang berpeluang.. Alhamdulilah... Semoga orang yang menanti zuriat akan dipermudahkan rezeki. 

Fatih dah 3 bulan, banyak perkara mula pelajari sejak Fatih lahir. Alhamdulilah sekarang kalau tengok Fatih senyum hilang penat Dan hilang mengantuk. Memang cabaran membesarkan anak. Terima kasih Allah memberi pinjaman Dan harta yang terindah buat diriku... 

P/s : nurse kata kena banyak luangkan Masa berbual Dan bermain dengan anak Mami sayang... Tapi kan Mami dah nak mula keje. Masih risau disanubari Mami. Moga sayang sentiasa faham ... InsyaAllah semoga urusan rezeki Kita dipermudahkan ye sayang. Mami kena keje. Anak-anak didik Mami pun penting dalam hati mami. Maaf sayang nanti Masa Mami dengan sayang akan kurang. Mami sayang Fatih dunia akhirat. Anugerah terindah buat Mami

#permatahatimamiabah
#anugerahterindah2021
#sayangabahmami

Thursday, November 11, 2021

kebaikan susu ibu ikut pengalaman mami

Assalammualaikum banyak aku pelajari tentang susu ibu. Anda ingin tahu. Sejak bergelar Mami baru aku ambil tahu. 

1. Minum setiap sejam susu ibu boleh turunkan kuning(jaudis) baby

2. Sekiranya mata baby sakit atau ada lendir, titiskan susu ibu terus ke mata baby. Mata baby akan okay. 

3. Sekiranya baby banyak main dengan puting, rasa sakit . Sapu bahagian puting dengan susu. 

4. Berat badan baby bertambah

P/S: ini berdasarkan pengalaman sendiri. Nanti boleh tambah lagi bila ada lagi info terkini. 

Tuesday, November 9, 2021

usia ibu bapaku

Alhamdulilah aku masih bersyukur kedua orang tuaku Masih ada. Namun, aku risau usia mereka yang Kian meningkat dan kesihatan mereka yang semakin lemah. 

Allahuakbar... Bapaku hero dalam hidupku manakala emak adalah panduan hidupku. 

Aku takut dan aku risau kesihatan mereka yang semakin lemah. Risau bila tau nak berpisah semula lepas bulan 12. Seronok dapat luangkan Masa bersama keluarga .

P/S: Kita kena hargai Masa yang Masih ada bersama orang yang tersayang. Jangan sampai Kita menyesal. InsyaAllah.. jagalah Syurga Kita... Buatlah mereka bahagia. Aku tahu.... Aku bukan anak terbaik buat mereka tapi aku usaha memberi semampu yang boleh. 

Wednesday, October 27, 2021

seharusnya aku bersyukur

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Adakah aku bersalah kerana berkahwin
Aku telah kecewakan bapa aku, sekarang nak beri duit lebih pun aku kekadang tidak mampu, salahkah diriku. Ya Allah ampuni aku. Jika diri ini bersalah kerana aku berkahwin dan abaikan orang tuaku. Aku mohon ampun ... Namun jodohku mereka yang atur dan berharap.....xpernah aku menyesal dengan keputusan ini. Aku bersyukur padaMu Ya Allah. Nikmat Dan kurnia Mu buat aku terus usaha Dan cekal dalam setiap dugaanMu. 

Allah ujian Dan dugaanMu buat aku kuat. 2 kali ujian Kali ini yang aku rasa hampir hilang nyawa. Alhamdulilah, bersyukur dikurniakan kembali nafas untukku bertaubat Dan lebih banyak berusaha ke arah kebaikan . Aamiiin

Suamiku, aku tahu kisah Kita bermula dari perancangan kedua ibu bapa Kita. Aku kekadang memang keliru. Namun apa Daya. Setelah dirimu sah sebagai suamiku aku mulai belajar mencintaimu Dan menyayangimu. Alhamdulilah aku memang sayang. Rezeki keluarga Kita bertambah dengan hadirnya zuriat Kita buah hati Mami Dan Abah. Walaupun ada beberapa kekangan InsyaAllah harap Kita mampu hadapi. Suamiku kenapa kekdg aku rasa engkau macam Tak sayang akan diriku. Tambah pula dah ada anak mu. Mungkin aku bukan lagi Hal yang terpentingn. Maaf jika hadirku ini menyusahkan dirimu .

Maaf ... Itu sahaja kata yg mampu ku luahkan.  

Salam sayang.
Mami sayang Fatih 

Sunday, October 17, 2021

17/10/2021

Alhamdulilah, BCG anak Mami dah pecah. Cukup sebulan 2 hari. Alhamdulilah... 

Harap Fatih cepat -cepat sihat. Mami yang rasa letih. Kalau esok Masih batuk Dan selesema kena mula ambik ubat asma. 

Harapnya Makin okay. Kalau tidak okay juga, mungkin ada perancangan Allah yang terbaik buat Kita hambaNya . InsyaAllah.

Friday, October 15, 2021

15/10/2021: Mohammad Fatih dah sebulan

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah lega Mohammad Fatih dah genap sebulan dari saat putra Saya dilahirkan. Alhamdulilah semoga Fatih sentiasa diberi kesihatan yang baik Dan Fatih merupakan harta paling bernilai pernah Saya ada. Semoga Fatih menjadi anak yang soleh.

Fatih merupakan kayu ukur utama pengalaman Saya sebagai seorang Mami kepada Mohammad Fatih bin Mohammad Fizal. Moga Saya diberi kesihatan dan kekuatan untuk menyempurnakan dan membahagiakan rumah tangga kami. Tambahan lagi dengan kehadiran buah hati kami yang menjadi keutamaan Saya sekarang.

Aamiiin... Sayang putra Saya, Mohammad Fatih bin Mohammad Fizal serta suami dan Sayang juga seluruh keluarga Saya.

Terima kasih. Andai ini Hari terakhir aku tetap bersyukur kerana setiap pengalaman yang Saya lalui sangat-sangat berharga. Alhamdulilah... 

Monday, October 4, 2021

4 Oktober 2021

Alhamdulilah, Hari ini ada cek kesihatan bayi Fatih dan Mami Shila. Hehe

Alhamdulilah berat bayi Fatih dah meningkat daripada 2.82 kg ke 3.11kg. Alhamdulilah lega. Anak Mami dah Makin membesar. Semoga membesar dengan sihat dan kuat

Sunday, October 3, 2021

2 Oktober 2021

Alhamdulilah dah cukup setahun usia Perkahwinan kami dan alhamdulilah Mohammad Fatih pun dah capai usia 18 Hari. Hari ini buat majlis Hari ulang Tahun Perkahwinan kami yang pertama, Hari Lahir suamiku, fizal Dan doa selamat anak kami yang dah cukur rambut. InsyaAllah dalam Masa terdekat akan uruskan akikah buat anakanda tercintaku, Mohammad Fatih bin Mohammad Fizal.

Alhamdulilah, terima kasih diusiaku 35 tahun, aku dikurniakan Amanah Dan harta dunia akhirat buat diriku Dan suami. Akan ku jaga hingga akhir nyawa. 

Jika suamiku ingin anak yang ramai, aku tidak rasa aku mampu. Bukan kerana apa .mungkin faktor umur Dan penyakit yang aku hadapi..risiko memang tinggi. Moga Allah permudahkan aku untuk seorang lagi zuriat buat rumah tangga kami dalam 3 tahun lagi. Perancangan yang telah dirancang disebabkan aku terpaksa operate ceaser semasa bersalin. InsyaAllah... Rezeki , ajal dan maut hanya Allah yang tentukan. Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa, berusaha dan bertawakal. Mohon Allah permudahkan urusan kami suami isteri dan murahkan rezeki buat kami sekeluarga. Aamiiin.  

Hari ini , kakak buat pulut kuning dgn rendang agih-agih dekat jiran terdekat untuk sambut Mohammad Fatih luruh Pusat. Jam 5 petang bapa aku Dan suami aku fizal, gunakan cukur untuk potong Dan cukur rambut baby Fatih. Alhamdulilah dipermudahkan urusan. Lepas mandi kakak aku pula tolong kemaskan potongan rambut Fatih. Alhamdulilah..  lega semua dah selesai. Fizal Dan Fatih bergambar sambil potong kek. Inilah hadiah yang dapat aku beri dengan izin Allah kepada suamiku sebagai hadiah Hari Lahir buatnya.   Alhamdulilah... Rezeki Allah ..

Thursday, September 30, 2021

30 September 2021

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah... Syukur Pusat Muhammad Fatih bin Mohammad Fizal telah luruh tepat jam 8 malam. Akhirnya setelah Hari ke 16 lahirnya Muhammad Fatih. Selepas 15 Hari lagi setelah Lahir. Fatih suka angka 15 kan. Hehehe.. tarikh 15 September Fatih dilahirkan dan 30 September Pusat Fatih telah luruh.  Akhirnya... alhamdulilah

Kemungkinan Abah Fatih balik Perak minggu ini untuk tengok anak Abah... Mesti rindu bila jauh.. kalau ada kesempatan Alhamdulilah...kalau tidak ada .. tetap perlu bersyukur. Rezeki Allah... Lagipun mungkin lepas pertengahan bulan Oktober dah buka rentas negeri kot. Sama-sama doakan yang terbaik. 

Nak cukur rambut baby Fatih... InsyaAllah.  Harap semua proses dipermudahkan dalam keadaan Kita semua dilanda masalah covid-19 kan. 

Wednesday, September 29, 2021

28 September 2021

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulilah dh selesai vaksin Hari ni...
Tarikh Hari inisepatutnya dijangka baby fatih lahir. Atau tarikh last doktor bagi 29/9/2021. Alhamdulilah..dpt simpan tarikh yg ada. Sebab baby fatih dah bersalin awal. 15 September 2021. Alhamdulilah.

Satu lagi perkara jadi. Mgkin sbb aku xcukup tido..aku risau fizal xmesej kata dh sampai rumah. Aku jd merajuk. Dia pun penat keje. Jadi angin dia Naik. Huhuhu.   Masing2 nk salahkan satu sama lain ..huhu .  Malas fikir dh minta maaf.. tp rasanya mgkin aku patut byk diam... Dia byk tanggungjawab kat Sana . Biarlah aku diam je lepas nie.. mgkin lebih elok... 

Saturday, September 18, 2021

17 September 2021

Alhamdulilah, semua selesai dengan baik-baik. Mohammad Fatih bin Mohammad Fizal dah selamat balik Perak untuk berpantang di kampung. Alhamdulilah dok hospital check in 14 September malam. 15 September delivery baby, walaupun sebenarnya bukaan dah masuk 7cm . Betul dan percayalah jika Allah berkehendak sesuatu yang baik kepada Kita mesti diberi ujian. Alhamdulilah walaupun terpaksa di ceaser aku dan baby fatih selamat.. sujud syukur aku pada Illahi.  Inilah harta dunia dan akhirat kami suami isteri. Alhamdulilah. 
Jam 11.30 pagi dah keluar, jam 3.30 mula bertolak balik ke kampung. Sebelum tue singgah balai polis minta kebenaran berpantang di kampung. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan. Aamiiin.

Sampai di kampung.. Allahuakbar bila habis ubat pulak..sakit terasa dari pinggang ke atas. Huhuhu

Alhamdulilah...

Wednesday, September 15, 2021

15 September 2021

Allahuakbar.. tarikh keramat kami sekeluarga. Lahirnya zuriat aku dan suami. Walaupun ada mulanya hampir beranak normal tetapi ada sedikit masalah aku terpaksa di ceaser. Alhamdulilah..asalkan anak aku dan aku selamat sudah memadai. Mohammad Fatih bin Mohammad Fizal selamat dilahirkan dalam keadaan yang sempurna dan indah... Kuasa Allah...

Monday, September 13, 2021

12 September 2021

Kelmarin lepas cucuk ubat cair darah aku tetiba rasa turun darah sikit. Dalam pukul 11-12 juga la. Tapi tiada lendir atau apa-apa tanda yang lain. Cuma perut suka mengeras. 

Aku suruh laki aku pi beli Nasi lemak kerang . Tapi memang tiada rezeki aku cuma dapat makan char kuetiau jelah. Alhamdulilah adalah kerang dalam tu. 

Aku balik rehat dan tido semua. Petang jam 5 baru aku pi cek juga kenapa darah keluar. Itupun sebab suami dengan keluarga aku yang suruh kalau ikut hati aku tidak mahu. Kerana tidak ada rasa lain. 

Alhamdulilah aku dibenarkan balik rumah. Doktor kata hanya bukaan 1CM je. Tiada tanda nak bersalin. Aku balik pesan makanan MCD BURGER DENGAN AYAM GORENG. Teringin hendak makan. Alhamdulilah... Lepas makan aku rasa susah tidur malam. Perut mengeras aku paksa tidur tapi Masih sakit . 

Aku sedar suami aku tidak lena tidur malam dia juga. Bila aku ada bunyi dia akan bangun dan panggil aku. Hehe.. kesian dia. Alhamdulilah. Dia berusaha untuk Jaga aku juga. Terima kasih ya Allah atas semua urusan hambaMU ini yang dipermudahkan. 


Saturday, September 11, 2021

2/2/2021

Kenang Kisah lama. 
Alhamdulilah selepas bercuti di Lexis dan Langkawi. Rupanya ada hadiah Allah SWT nak bagi. Allahuakbar... 

Tarikh keramat 2/2/2021 rupanya Allah SWT hantar hadiah buat aku dan suami. Allahuakbar...sujud syukur aku. Mulai berfikir banyak yang kena buat persediaan. Allahuakbar..  hadiah Allah yang sangat berharga. 

1/3/2021- check up pertama dan buka buku pink. Allahuakbar dah 9 minggu Masa nie. 

Allah SWT permudahkan urusan aku dan suami. Terima kasih untuk hadiah tidak terhingga... Aamiiin. Berikan aku anak yang soleh dan anak yang mendoakan kedua ibu bapanya kelak.. Aamiiin

alhamdulilah 9/9/2021

Alhamdulilah aku dah boleh balik dari Hospital. 2/9/2021-9/9/2021 boleh tahan juga seminggu di hospital dan sebenarnya aku adalah ibu hamil 36 minggu juga. Risiko yang sangat tinggi dan aku adalah covid tahap 3. Allahuakbar... Allah Masih beri peluang untuk hambaNya ini bertaubat. Allahuakbar...siapa yang kata jaga itu ini, makan itu ini. Percayalah...kun fayakun.  Kalau Allah dah kata anda kena ya anda kena. Mohon Jaga diri. Semoga penyakit ini diangkat dari Kita semua. Allahuakbar, sakit hanya Allah yang tahu... Tahniah semua yang dah bebas covid-19. Marilah Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah (dibaca) untuk semua yang dah tiada. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Meninggal kerana penyakit juga adalah mati syahidkan. Bantulah mereka yang bebas covid-19 janganlah dijauhkan atau dibuat lawak. Covid it's not a joke okay. Tolong Jaga bahasa anda dihadapan mereka. Tiada orang minta untuk dapat covid-19. Percayalah qada dan qadar. Semoga Kita terus dan terus berdoa meminta pengampunan Allah...hanya Allah sahaja tempat Kita memohon dan meminta segalanya. Aamiiin

Wednesday, September 8, 2021

diuji lagi selepas 20 Hari nikah

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dah boleh Kira 6 Hari Saya xboleh makan dan tidak hilang sakit tekak. Rupanya hampir kepada tonsil. Doktor risau ada nanah belakang tekak. Jd kena buat minor Operation. Mak mentua Masih di hospital, sekarang menantu pun kena masuk wad jugak. Kalau Tak salah was 20 juga la. Duduk la sini dalam 4 Hari juga. Proses minor Operation tiada prosedur masuk bilik operation semua, cuma panggil bius segera terus potong. Alhamdulilah bersyukur tiada nanah yang boleh menyebabkan jangkitan kuman. 4-5 Hari juga berkampung di hospital. Akhirnya berjaya keluar. Alhamdulilah. Masa nie belum ada rezeki apa-apa lagi. Enjoy berdua. 

tarikh keramat kami

Alhamdulilah...nnt la baru pos gambar. Hehehe... Tarikh keramat 2 Oktober 2020 jam 5 petang. 2 kali lafaz nikah.  Alhamdulilah

biarlah rahsia

Kisah yang satu biarlah rahsia kami. InsyaAllah semoga semua Makin baik-baik sahaja. InsyaAllah...

Kami dah balik ke rumah yang dia siapkan untuk kami bina masjid cinta kami...semoga semua dipermudahkan

alhamdulilah 2 Oktober 2020

Aku tidak pernah jangka akan menikah pada tarikh Lahir Fizal, suamiku kini. Majlis jam 5 petang. Hanya 2 kawan baik, adik lelakiku dan bapa aku sahaja yang ada ketika angkat nikah. Mak kakak dengan yang lain-lain di rumah sahaja. Fizal pun kawan-kawan pembakar semangat untuk dia angkat nikah, kalau tidak dia pun mesti lemah. Emak dengan bapa mentuaku tidak dapat ikut. Ya Allah dugaanMu buat kami kuat. Alhamdulilah.... Semua dah selamat dua kali lafaz juga suami aku. Alhamdulilah aku dah ada tanggungjawab lain lagi. Mak sedara dia pun banyak yang bantu. Ya Allah macam-macam jadi. Ada pahit ada manis, aku tidak mahu ingat yang terlalu banyak. Syukur semua dah selamat. Alhamdulilah... Gambar kahwin , rasa boleh masuk dah ni. Kejap nak Cari 


aku sempat diuji lagi.

Assalamualaikum, ini memang coretan buat aku dan keluargaku. Mungkin boleh dijadikan. Pedoman atau panduan buat rakan-rakan yang lain. Mak mentua aku sakit 2 minggu sebelum majlis akad nikah. Aku jugak risau mungkin kami terpaksa batalkan majlis. Allahuakbar, banyak sangat dugaan. Nasib dia kuat aku pun kena kuat .. Akhirnya kami pun disatukan awal daripada tarikh 3 Oktober. Namun macam -macam terjadi. Jika benar itu buatan orang aku tidak mampu balas. Aku hanya doakan sahaja Allah yang berkuasa. Alhamdulilah...semua majlis kami berakhir dengan baik2. Walaupun mak bapa dia tidak ada.... saudara dan adik beradik dia ada ... Aku nampak dia kuat, tapi aku tahu dia rindu family dia. Allahu....

17 November 2020

Assalammualaikum lama benar saya tidak kemas kini blog peribadi. Banyak sgt perkara yang berlaku. Tarikh ini diuji dengan pemergian Arwah mak mentua ku. InsyaAllah suami aku kuat.. aku sentiasa doakan dia kuat. Allahuakbar, salah satu syurga buat suamiku orang yang makbul doanya telah pergi. Mungkin Kita boleh kata tapi yang alami sahaja tahu perasaannya.. Allah ada ...Allah sayang Kita semua... Doakan perjalanan permulaan kami dengan mudah...walaupun aku tahu, syurga bukan mudah untuk didapati. Namun Allah sentiasa ada untuk Kita semua...