Wednesday, July 22, 2015

manusia yang berkepentingan pada diri sendiri

Assalammualaikum,

sebelum saya berbicara saya memohon maaf kepada insan-insan yang bakal terasa dengan apa yang saya katakan. saya berharap anda berubah dan bukannya kritikan ini menghina namun sebaliknya setiap kritikan bagi membina sesuatu yang lebih baik. Saya sendiri tak pernah sempurna dan saya tahu tak ada orang yang sempurna namun kita sentiasa perlu berusaha untuk jadi yang terbaik. ada beberapa perkara bukan saja ingatan kepada orang lain namun kepada diri saya sendiri. saya akan cuba rahsiakan beberapa nama sebenar agar segala teguran adalah untuk kebaikan kita bersama... mohon maaf dan semoga kita semua dipermudahkan urusan.

perkara yang biasa manusia lakukan kadang-kadang tanpa mereka merelakan ataupun tanpa sebarang perasaan bersalah terhadap orang lain... hehe

1. ruangan parking kereta/motosikal - percaya atau tidak kita semua memang mementingkan diri sendiri. betul tak. kadang-kadang kalau di kawasan flat, macam tempat saya tinggal. flat kos rendah di pulau pinang. Betapa manusia itu busuk sangat hatinya. mungkin baru 3 bulan saya di sini dan saya terpaksa akui betapa marahnya melihat manusia yang bertopengkan syaitan hadapan kita baik sangat-sangat namun di belakang kita tak tahulah apa yang berlaku. tempat parking kereta letak bunga, letak motosikal, letak segala macam-macam. bila kita ikut dan letak juga sesuatu barang. boleh sahaja mereka ubah. bila dah bosan saya akui saya lebih rela parking lebih jauh daripada rumah kerana sangat malas berebut. Apatah lagi lihat wajah manusia-manusia ini yang hanya tahu menjeling daripada mengucap syukur dengan rezeki yang ada. Tempat kita parking baik motosikal atau kereta ada sahaja insan yang tiada perasaan baling sampah dari atas ke kereta atau letak sampah dan lumur sampah pada kenderaan kita. sungguh sakit hati aku lihat manusia yang busuk hati ini. paling aku tidak tahu bila kita buat yang sama kita dimarah dan dimaki. bila mereka buat semua boleh... manusia yang penting diri...di dunia mungkin luas untuk anda. fikirkan di kubur nanti adakah anda pasti ia akan seluas-luasnya jika anda masih teruskan sikap begini.

cadangan langkah atasi: 1.  boleh tak ada pemantauan daripada pihak berwajib, kalau betul nak booking tempat,cadangkan sewaan dan tulis nombor plat kereta ia lebih berbalaoi pada semua orang daripada setiap kali bergaduh ayat yang bosan didengar "aku beli rumah kat sini, hang tu dok sewa ja jangan banyak cakap"
ingat ya beli la apa kamu nak mungkin kamu rasa barang yang kamu beli itu milik kamu, semua salah memang kamu miliki barang itu tapi barang itu tetap Allah yang bagi. bersyukurlah jangan terlalu tamak. 2. selain itu, tolonglah cari satu ruangan khas untuk buat tempat parking yang lebih banyak dan boleh menampung kenderaan yang ada. memang sini rumah kos rendah tapi kereta sekarang dah jadi satu keperluan memang semua orang cuba pentingkan diri untuk keselesaan.mungkin 10 tahun dahulu motosikal lebih banyak digunakan daripada kereta kan... fikir-fikirlah sampai bila kita perlu berebut untuk parking... bila mati semuanya akan dihitungkan secara adil. ingat warga flat H yang saya tinggal, saya tak marah sangat tapi kecewa. ada gambar yang saya ambil namun saya memang tidak akan masukkan kerana saya mahu semua orang berfikir berbanding saling menyalahkan. pernah saya lihat teknologi jepun walaupun kekadang faktor tanah yang berbeza tapi ada perkara yang boleh kita ambil daripada teknologi mereka.

2. harta pusaka -adik beradik - kalau tak salah saya hampir semua orang alami masalah yang sama. ingatlah uruskan harta pusaka sebaik-baiknya dan rujuklah ustaz dan ustazah sebelum kita beri pendapat atau buat sebarang keputusan. kadangkala sesuatu yang berlaku boleh menyebabkan hubungan bersama ahli keluarga yang lain akan berpecah. mungkin sampai putus hubungan. sayangkan sebab kita tahu hubungan sesama umat islam pun dianggap bersaudara inikan pula adik beradik. saya pernah lihat dan dengar hanya kerana iri hati, marah dan sedih . sanggup menggunakan cara halus untuk hapuskan adik beradik sendiri, untuk gangguan terhadap orang lain. percayalah anda bebas di dunia, tapi anda jangan lupa Allah tahu semuanya walaupun niat yang terdetik dihati kita. mungkin ada yang caci maki saya tapi saya nak ingatkan jangan keluarkan dialog " gila duit laa tue" secara sebarangan. setiap orang berfikir sebelum buat keputusan. pepatah ada mengatakan orang tamak selalu rugi, namun saya masih tak nampak... huhu salah saya yang percayakan pepatah atau salah sebab pepatah ini memang tak sesuai. bukan saya doakan tidak baik. tapi keadilan yang semakin menipis dalam kalangan masyarakat membuatkan sesuatu perkara terjadi. Semua orang ada kepentingan sendiri....

langkah atasi: 1. adik beradik -semoga kita saling ambil berat bersama
2. doa keluarga kita sejahtera
3. jangan beli harta banyak-banyak -kalau kita mati orang berebut roh kita jugak tak tenang
4. beli terus letak nama seorang ja
5 ataupun lahirkan seorang anak saja, pak saudara pun seorang sahaja jadi lagi mudah dan tidak ada perebutan...

3. bab cuti semasa bekerja -tidak kisahla kerja apa??? - tolonglah fikir orang lain sebelum kita buat keputusan, semua orang kalau boleh nak lebih cuti sama macam kita. ini memang tak adil sangat tidak adil bebankan orang lain hanya untuk kepentingan diri yang hanya ingin bersuka-suka dengan ahli keluarga sendiri, lainlah kalau kita memerlukan cuti rehat sebagai hal kecemasan dan dirancang lebih awal dan tidak susahkan pihak lain. Ada pulak situasi sanggup ambil mc hanya sekadar perancangan nak cuti lebih. hati-hati anda sendiri meminta doa untuk sakit, jangan sampai Allah ambil balik rezeki sihat anda. niat anda baik, baiklah dan tenang kehidupan, kalau sebaliknya anda tanggung sendiri ya. orang lain sabar mungkin bila sampai satu tahap marah, mungkin mereka jugak akan ikut langkah salah ini.

langkah atasi: 1. tolonglah berhenti kerja atau cari kerja yang sesuai dengan permintaan cuti anda
2. bekerja sendiri atau buat bisnes dari rumah, senang bila anda nak cuti

peringatan ini untuk kita semua. Agar kita tidak akan lakukan tindakan yang salah dan mungkin kita akan sesalkan kemudian hari, oklah saya akan sambung kerja sendiri dahulu sebelum bertambah masalah lain. novel terbaru saya akan saya garap setiap hari sabtu dan ahad. InsyaAllah saya akan usahakan secepat mungkin kerana menulis adalah minat saya.

terima kasih


Sunday, June 14, 2015

Alhamdulilah ... aku kembali ke tanah tempatku dilahirkan...

Assalamualaikum...

saya selamat kembali ke negeri tanah tumpahnya darahku ini... saya berjuang untuk bertugas di sini...walaupun banyak halangan dan dugaan aku masih tetap dipinjamkan nafas ini... okaylah...

sudah 6 bulan berkhidmat di sini dan meninggalkan bumi kenyalang... kenangan dan segala perkara baik di sana akan tetap disimpan... kenangan baru akan tetap ku bina di sini...

semoga kita semua berjaya...

p/s: semoga diberikan peluang untuk berusaha menjadi islam dan muslimah sejati...

dunia baru

sesungguhnya apa yang kita hajati tak semestinya kita dapat...
selamat bertemu kembali...walaupun kekadang saya tahu tiada sesiapa yang membaca tulisan ini tapi di sinilah saya akan teruskan minat saya dalam menulis mungkin untuk orang lain ambil pengajaran...

sayang seribu kali sayang... bukan pertama kali, bukan kedua kali dan bukan ketiga kalinya...sudah berkali-kali cinta yang saya nanti sudah menjadi milik orang lain...apa nak kata memamg sudah semestinya bukan jodoh saya...kerana apa? apa yang saya nak tak semestinya bagus untuk diri saya yang lebih tahu hanya Allah SWT ... kan kan...jadi biarkan lah yang berlalu tetap berlalu pergi... hidup perlu saya teruskan dengan apa adanya...kerana cinta yang abadi dan hakiki hanya cinta dari Illahi...saya cakap macam ni bukan sebab kecewa tau...heehehe tapi insya-Allah kita harus sentiasa maju diri dan ingat masih ramai lagi insan yang sayangkan diri kita...

okaylah pada yang ada rasa sayang dalam diri untuk seseorang yang kita kekadang anggap rakan baik...baiklah fikir sama ada nak luahkan ataupun terus lupakan cinta yang mungkin takkan bersama... untuk kebaikan bersama, jadilah kawan yang terbaik...itu lebih baik... cinta untuk semua.... senyum dunia takkan berakhir hanya kerana cinta kita ditolak... senyumlah kerana kita masih ada perasaan sedih... Allah SWT masih sayang kepada kita dan mahukan kita jadi insan yang ada deria rasa...

salam sayang...sehingga jumpa lagi.. lain kali saya kongsi kisah bahasa Melayu yang menjadi perjuangan diri ini...  :) senyum selalu...

Saturday, January 10, 2015

ini kisahku

Assalammualaikum...
alhamdulilah sudah 4 tahun rupanya aku mengajar di bumi kenyalang. akhirnya doa kedua ibu bapaku akhirnya termakbul juga... aku akhirnya kembali di pulau mutiara yg penuh dengan kenangan masa kecilku...

terima kasih warga sarawak, kerana selama saya berkhidmat di sana saya sentiasa diberi sesuatu yang baru untuk dicuba. Terima kasih. Segala nasihat dan kenangan takkan pernah saya lupakan.. perginya saya dari sana bukan kerana benci tetapi kerana saya jua ingin berbakti sebagai anak yang mendengar kata orang tua saya... Terima kasih atas segala pengalaman yang saya terima dan saya harap hubungan persahabatan akan sentiasa kekal selamanya dalam memori kita semua.

Alhamdulilah saya sudah kembali...
emmm pasal sekolah baru. pelik bin ajaib kan pindah awal tahun pun masih blh lebihan kuota guru dihantar ke sesebuah sekolah. kepulangan ku penuh dengan dugaan mendatang. pelik kan bila diberitahu begitu, sebenarnya diriku sangat terkejut dengan berita yang disampaikan bayangkan jika baru sampai diberitahu anda salah seorang calon yang bakal dipindahkan lagi. Pelik kenapa tak atur terus supaya tiada jadi lebihan atau kurang guru disekolah. bukankah data lengkap mmg dah ada di kpm, jpn dan ppd. Bila guru tidak laksana tugas terus nyatakan guru cuai. jika dipihak atasan guru terpaksa terima dengan alasan biasalah perkara begini selalu berlaku... apa nk buat, saya okay je... saya tahu bukan saya minta sekolah mana untuk diajar tapi saya minta negeri mana. jadi saya kenalah terima seadanya sebab Allah SWT sentiasa berikan apa yang kita perlukan... insyaAllah. saya perlu positif dan senyum..cuma saya sentiasa berdoa status saya berada disekolah mana akan lebih cepat diketahui agar saya dapat laksanakan tugas dengan komited. tapi dimana pun kita, tumpang atau apa semua tugas perlu kita laksanakan ... betul tak? namun sedih tidak byk tugasan diberi di sekolah mungkin memang saya yang bakal keluar dari sekolah itu. hehe, positif ja , setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi... chaiyok...

permulaan... dh lama bawa balik RPH tapi saya dipengaruhi mood malas, kerana inilah tiada masa saya nak buat... huhu...sedih kan... tapi hari ni baru saya rasa nak tengok2 dan tulis RPH untuk hari pertama persekolahan... semoga yang saya tulis nanti tidak seteruk la... almaklum saya hanya budak baharu belajar. semoga di tempat ini akan bg pengalaman juga, untuk saya ke tempat baru yang akan ditetapkan kelak. dimana pun saya sama ada ditempat skrg atau baru. saya kena buat yang terbaik selebihnya serahkan kepada Allah SWT. saya akan berikan yang terbaik dengan apa yang saya pernah buat. namun saya masih perlukan sokongan setiap orang. terima kasih... semoga kita semua bakal menjadi guru yang sentiasa prihatin dan sabar dengan dugaan dunia pendidikan sekarang yang sentiasa berubah dan diubah... guru Malaysia guru Cemerlang... anda semua hebat...

Friday, January 9, 2015

ku lepaskan kau dengan Bismillah

Assalamualaikum...
sungguh ini bukan tempat kita meluahkan perasaan... namun aku rasa ada beberapa perkara saya pernah kena tegur dan anda juga pernah buat. ingat kita mmg org biasa yang tak pernah lari daripada kesilapan diri. namun kita seharusnya tidak ulang kesilapan yang sama kan? emmm oklah bak kata orang ramai... "jangan lihat siapa yang bagi nasihat tetapi dengarlah butir kata nasihat itu sendiri...andai baik buat diri dan masa depan tiada kerugian pun..." dengarlah teman mungkin sekarang anda masih bernafas namun tidak tahu sehingga bila kita dipinjamkan hidup di dunia yang hanya sementara...

perkara:

1. andai pernah berlaku pada anda ingatlah jangan pernah beri harapan pada seseorang walaupun hanya pada tingkah laku dan gerak geri anda... mungkin seseorang yang berada disekitar anda tengah memendam perasaan dan tersalah sangka dan tidak berani menyuarakan perasaan dirinya... andai ini terjadi siapalah yang akan disalahkan. orang yang pendam perasaan hanya mampu kata "ku lepaskan kau dengan Bismillah". hehe siapa agaknya pernah love one side... hehe

2.... akan disambung pada masa akan datang...