Sunday, February 17, 2013

Aku Seorang Muslimah

Assalamualaikum...

kenapa ya tajuk entry saya seperti itu... yalah saya teringat satu perkara iaitu islam saya bukan hanya pada kad pengenalan sahaja... saya seorang muslimah...

ya betul...saya sentiasa belajar dan berusaha membentuk jati diri ke arah islamik atau muslimah sejati... memang agak lambat perjalanan saya sehingga hari ini...itupun masih belum menjamin yang saya adalah salah seorang ahli syurga ... betulkan...kita kena terus berusaha dan berusaha mencari redha Illahi untuk memohon memasuki syurga Allah...

Betul... di dunia hanya sementara...kita belajar dan bekerja merupakan salah satu ibadah untuk menambah pahala untuk bekalan atau lebih kepada untuk mencukupkan syarat untuk memohon  memasuki syurga. Namun ramai yang hanya mementingkan ilmu dunia tanpa mencari bekalan akhirat...saya tidak kata saya baik... kerana satu masa dahulu saya pernah berada di sana...satu sudut yang tidak mementingkan agama....  Ya Allah SWT terima kasih atas petunjukMU...

Kenapa saya menulis ya hari ini...saya sebenarnya lebih suka diam dan hanya melihat keadaan namun saya terasa tepukul tatkala situasi sekarang ini sudah tidak selamat kepada generasi muda... Adakah kita sedar, anak-anak kita lebih cenderung dengan dunia hiburan. Bab akhlak dan akidah dah tentu-tentu sudah jauh terpesong. Adakah kita sedar bahawa generasi muda ini merupakan bakal pemimpin pada masa akan datang. Generasi Tua sekarang dah tentu-tentu kena melepaskan juga apa jawatan mereka... Bagaimana kita membentuk generasi pemimpin ini... dengan hiburan dan sikap hanya miliki ilmu dunia semata-mata... Kita mengaku kita negara Islam dan hidup secara demokrasi, namun pandangan kasar saya sendiri... di mana itu semua????? Adakah saya yang sudah jauh ketinggalan isu semasa atau saya yang sengaja meninggalkan isu semasa itu...

Saya tahu semua sekarang menyatakan hukum hudud itu tidak wajar dijalankan kerana ia sensitiviti kepada rakyat beragama lain... saya mohon maaf jika pendapat saya ini menguris hati mana-mana pihak saya sekadar berkongsi apa yang saya fikir dan rasa, saya perlu bertanya...jika saya salah, silalah tegur... saya hanyalah hamba Allah yang sering mebuat kesalahan...

Sekiranya kita mengamalkan hukum hudud...agaknya ada tak sesiapa yang berani nak mencuri lagi...mestilah semakin kurang masalah ini ....kenapa??????? kerana hukuman yang dijalankan tegas dan sentiasa bersikap adil. Setiap masalah atau kes sudah pastinya akan disiasat dengan seadil-adilnya kan... tidaklah mudah seseorang itu untuk dijatuhi hukuman potong tangan dan tidaklah orang ingin meramaikan rakyat yang cacat tangan . Pernah tak anda fikir, perasaan orang yang dicuri... penat-penat  bekerja mencari sesuap nasi mengumpul duit...orang senang-senang mengambil dan mencuri duit itu... dan sudah pastinya nyawa kita dihujung tanduk sekiranya tidak memberi kerjasama.. pernah saya dengar sehingga ada yang membawa senjata untuk mengugut mangsa. inikah negara dan keamanan yang kita inginkan...bab ketelusan seorang anggota polis tak perlulah kita pertikaikan sebab  saya tahu, bukan semua orang mengambil rasuah. Masih ada lagi yang jujur, cekap dan ikhlas berkhimat cuma hanya sebilangan kecil lah... Masih kita menolak hukum hudud sebelum mengaplikasi kenapa sistem pemerintahan negara... Tak mengapalah jika tidak mahu mencuba saya sekadar bertanya pendapat... siapalah saya hanyalah insan biasa yang hanya ingin berkongsi pendapat....

Bercerita tentang hukuman kan... tahu tak semasa kecik saya sangat minat untuk menjadi peguam.... sebab itu saya sentiasa melatih diri melawan kata-kata yang diperkatakan seseorang. Namun, suatu hari apabila terdetik di hati saya untuk membaca sebuah majalah islamik. Ada yang menyatakan sekiranya seorang hakim dan peguam yang salah membantu golongan yang salah dan baik, ia mengundang dosa pada diri sendiri. Terkejut dengan itu saya mula mengorak langkah mencari bidang lain yang lebih telus. Namun kenapa kan ??? Sebab kekadang kita tak dapat nyatakan dengan tepat salah siapa? dan itu sangat menakutkan sekiranya seseorang yang tak bersalah dihukum hanya disebabkan kesilapan kecil kita semasa membuat dakwaan....Inilah antara sebab yang dapat saya kongsi mengapa saya tidak mahu memilih kerjaya peguam...nasiblah tak semua berfikir macam saya...kalau tidak siapa pulak nak membela keadilan kelak... hehe...

emm..ini sajalah yang mampu saya kongsi buat masa ini... Sekiranya ada salah saya dalam memberi pendapat tegurlah saya komen sahaja... saya terima salah dan silap... Namun fikir-fikirkanlah demi negara kita... nanti insyaAllah kita kongsi pulak bab ekonomi ya...




Wednesday, February 13, 2013

masakan hari ini

alhamdulilah...dh pandai masak gulai ketam dgn nanas n sayur goreng2 ja... haha.. main masak ja..sory kat housemate klu tak sedap yer...eden br kali ke2 ja masak ketam nie... tapi serius kecik jaa ketam tue... heehehe...