Saturday, November 27, 2010

aku posting jua- siri 1

Alhamdulilah... saya akhrnya posting juga...berbagai perjalanan perit aku lalui...

pada 19 nov bersamaan hari lahir kakak aku...kami telah selamat berhenti kerja...pada 20 nov kami nak sgt pi dinner blaupunkt namun takde rezeki pun ... takpelah semuanya telah ditentukan...

pada 20nov kami menunggu ketibaan kawan aku yg dpt posting penang sblm bertolak ke perak... alhamdulilah jam 3 ptg kami bertolak ke perak...nasiblah segalanya dah selesai... bapa buatkan aku lemang...aku tahan je airmata...sedih gak bagaikan inilah hari terakhir aku jumpa mereka... aku jugak sempat melawat kubur arwah tok aku kedua2 belah pihak...agar mereka dicucuri rahmat....

pada pagi 21 nov kami bertolak ke kl untuk mengambil adik lelaki aku sebelum survey hotel goldcourse kat klang... alhamdulilah semuanya lancar sahaja...perjalanan dr rumah pak teh aku ke klang hanya sejam perjalanan... esok pada pendaftaran aku akan gerak pada pukul 6.30 pagi agar sampai sana sebelum jam 8.00pagi...

pada 22nov: sedih jaa aku rasa namun kuatkan je hati terima sebagai dugaan... alhamdulilah kami sampai pada jam 7.45 pagi... adik, bapa mak ngan kakak siap tlg bawa barang aku dgn step... kulihat ramai juga org berkumpul2 disana... aduhai sedih melanda diri...melihat wajah bapa yang kesedihan aku terasa jugak namun aku tahan je air mata...terlihat jugak ramai kengkawan palapes disini hatiku tenang seketika...aku tahan je air mata cuba utk kawal emosi... alhamdulilah...aku suruh keluarga balik jgn tgu...lama lagi diorg nak teruskan perjalanan ke perak sebelum balik ke penang...kena dh keje pada 23 nov. kulihat kesedihan diwajah mereka terfikir sejenak difikiran aku adakah salah keputusan aku utk berkhidmat di negeri org berbanding negeri sendiri....kemudian aku beristifar didalam hati terfikir kesyukuran perlulah di panjatkan pd rezeki ini... aku nampak keluargaku tabah jua harungi segalanya... aku xmahu lihat kebelakang lagi, klu tidak pasti air hujan akan turun jua dimataku, kebetulan pagi itu hujan renyai2 disekitar kawasan klang...alhamdulilah semuanya dipermudahkan oleh Allah...kita sbg manusia hendaklah sentiasa bersyukur....

tepat jam 8.30 kami daftar bilik nasib aku dgn step dapat Q3, dapatlah kami duduk sebilik pada saat2 sblm terpisah... masa daftar kami dapat bilik 2322.kami pun apa lagi, tgklah bilik air, lampu dan tertekan make up room. kami tak tau pun apa yg ada, sempat nonton tv, lepas tue tgk ada bath tub...wow...dlm hati mesti cuba...hehe...

tepat jam 9.00pm: kami berkumpul didewan utk mendengar seminar sehingga jam 2.45 trlebih beberapa minit, surat tawaran lantikan sbg guru sandaran siswazah terlatih pun diedarkan kepada semua...seterusnya kami pun memburu makanan yg disediakan..hehe...kakak aku call diorg dh pun sampai perak...lega perasaan aku...kini aku pun makan dgn step,kebetulan ajak si ghafar baba n khoir makan bersama hehehe...byk jgk input kami... wlpn kead sedikit panas serta melihat keindahan sungai klang...aku tetap berselera menikmati kesedapan makanan percuma yg telah disediakan...hehehe

tepat jam 2.58 ptg kami kat bilik lepak2 sambil borak2 dlm rancg nak kuar cari bank utk keluarkan sedikit duit utk bekalan mencari rumah disarawak kelak...kami msh tak tau akan dilemparkan kemana??? kami lepak2 sehingga aku lupa dah pasal bank...hampir terlelap mata kerana aircond, bukan nak promote laa tapi mmg best ooo... lepas berehat2 kami keluarlah cari bank...pusing punya pusing tak jumpa pun bank dkt2 kaw klang tue...jalan kaki je tau tak de kenderaan pun kami... tanpa putus asa kami pun meneruskan perjalanan ...akhirnya steph nampak juga public bank...huhuhu...duit aku ada 300 je..aku hnya leh kuarkan 250 jer...terpaksalah call parents aku utk hantar 100 lagi backup in case umh sewa nnt...huhu...mmg terpaksa jualah... lepas lepak2 dlm bilik tue dkt2 jam 6 aku pun menggunakan bath tub bestnya guna air panas lagi...hehe...rasa jugaklah pastu malam tue kami makan jam 7...nasib baik si dila tlg call tanya...siap dpt mber baru lagi yanty... aku bersyukur sepanjang perjalanan hidup aku ada sahaja teman dan sahabat yg baik dipertemukan utk saling membantu....
masa marina tgh tension dapat pulau pinang aku tak tahu nk kata apa cuma yg mpu aku kata kita dh berjanji utk berkhidmat jgnlah kita merungut hanya kerana posting bkn ditempat sendiri.... lupakan lah itu dulu...malam tue kami tido awal kerana pagi esok kami perlu check out dan bertolak ke kuching sarawak... penerbangan kami jam 2ptg...disebabkan nama aku first dalam list aku jd pen kepada si salim...hehehe...kejap jaa tuee... tidolah ila...esk hari yg panjang jua....

pada 23nov 2010: seramai 198 org semenanjung yg akan posting ke sarawak dan 21 org yg akan posting ke sabah...
Q3 seramai 61 org akan gerak dr hotel di klang ke KLIA... alhamdulilah semuanya berjalan lancar...kami selamat sampai ke lapangan terbang kuching.kami kemudian menaiki bas utk ke santubong resort perjalanan hampir sejam setengah dari lapangan terbang..naik kebas belakang aku...tapi perjalanan yg indah itu aku amati semampuku... ku lihat gunung santubong yg memanggil2 namaku utk berkhidmat disini...tak kisahlah kemana aku dilemparkan aku tetap terima, pedalaman ataupun kawasan bandar...akan aku cuba hidup sebaiknya...
sampai resort dah jam 6.30 ptg kami check in dkt2 jam 7 br masuk bilik... 4 org 1 bilik...huhu...aku dgn step berlainan tempat rupanya...aku tgl di 9206...ada kawan baru thanesh, umi dan fifa...semuanya baik2 belaka.... alhamdulilah...
malam jam 8 kami kena pi seminar lagi...letih jugak badan aku ...bdan pun rasa terhuyung hayang lagi...kepala dah pening2 sbb naik belon kan...hehe
malam tue terpaksalah buat trademark kump...aku dgn yog 1 group lagi...ehehe...kumpulan kami ELASTIK maksudnya fleksible sgpp di tugaskan kemana2 dan terima segala cabaran dan subjek yg akan diajar disek nanti... hehe...mcm2 laa akt...yg best kump kami menang first pasukan bt trademark... km semua dapat buah epal...sukanya...

24nov2010:pagi tue terkejut ooo...buka mata jam 6.30pagi...hari dh pun cerah berbeza dgn semenanjung Malaysia...hehe kami ikut segala aktiviti dgn hati yg sedikit takut dan berdebar krn masih belum tahu kemanakah kami akan posting??? huhuhu... aku tak lalu makan tghari dah...hilang selera... aku balik bilik berehat dan mandi sebelum masuk dewan jam 2 ptg...terkejut aku masa tau solat zuhur jam 12.30 di Kuching hampir terjerit aku subuh jam 5dah masuk dah...huhu...mmg berbeza sangat...hehe...resort nie pun cantik tau kawan2 dtglah klu bercuti...
segalanya berjalan seperti yg terancg selepas break jam 4.oo ptg semua dlm kead sedikit tertekan...jam 4.30 km akan tau mn akan dipostingkan...

masa jam 4.30 ptg kami seramai 402org yang dipostingkan ke mn kami semua akan ditempatkan... selepas segala urusan aku kecewa gak tak dapat kaw pedalaman sbb mmg itu yg aku nk tapi syukurlah segala yg Allah beri itu adalah yg terbaik buat umatNya...

esk kami semua akan terpisah aduhai sedih hati aku... by the way esk aku naik belon ke Sibu pulak...heehe...

semuanya aku akan menyambung seterusnya... hehe...thankz pada yg menolong saya sepanjang pengembaraan saya ini...terutama kepada kedua ibu bapa saya...insan yg sentiasa saya sayang dlm hidup...terima kasih kerana izinkan saya merantau mencari ilmu...

p/s: kita tak akan tahu apa yg lebih baik drp apa yg kita perolehi...cukuplah andai kita tahu cara utk bersyukur segala rezeki, ajal, dugaan datangnya utk memberi kebaikan pada manusia yg kerap kali alpa pada tuhan...sama2lah kita bermuhasabah diri....

salam sayang dari insan perantau...
kirimkan doa sahabat kalian buat insan sepi ini...

Sunday, November 7, 2010

kenduri kesyukuran

salam...alhamdulilah dah selamat keluarga aku bt majlis kesyukuran kecik2 kat kampung kat perak...alhamdulilah dah selesai satu perkara dari aku konvo hingga dah dapat utk posting...semoga rezeki ini di berkati Allah SWT....

sehingga hari ini hanya puasa nazar 14 hari jer yg masih belum lagi aku sempurnakan...insyaAllah dalam masa terdekat aku akan sempurnakan... diharap segala kerunsingan keluarga aku akan terubat dgn majlis kesyukuran nie...

ajal maut, jodoh pertemuan semuanya dah ditetapkan kita sebagai manusia haruslah redha dgn hati yg ikhlas...biarpun jauh mana aku merantau hatiku tetap di penang... aku kan lahir disini...pastilah segala kenangan aku disini...semoga aku akan tabah mengharungi hidup ditempat orang...hehehe...

jauh perjalanan luas pemandangan...insyaAllah...

kenduri kesyukuran

salam...alhamdulilah dah selamat keluarga aku bt majlis kesyukuran kecik2 kat kampung kat perak...alhamdulilah

betulkah PILIHAN aku ini

salam, bukan kenapa aku tak dapat melelapkan mata malam ini...nak tahu kenapa...seringkali ibu bapa aku merungut perkara yg sama...wlaupun kekdg mereka tak mahu aku dgr...nak tahu apa???
sarawak x jauh kan...
nie semua gara2 sikap degil aku...kerana aku tak mohon 1 pun utk posting disemenanjung...semua pilihan aku sabah dan sarawak je... aku dapat first choice aku...mmg aku gembira disebalik risau mcm mn nak berjauhan dr keluarga seperti semua org tahu aku adalah anak manja keluarga...

mmg aku tk pernah menyesal kerana memilih utk posting jauh namun disebalik itu aku terasa sedih dan takut akan berdosa sekiranya aku telah mengecewakan keluargaku dan menyebabkan mereka dalam keadaan risau...disebalik itu aku tahu niat aku nk jd guru adalah utk mendidik anak2 bangsa Malaysia dlm mnegongsi ilmu...tak perlulah aku pilih tempat...lagipun kita perlulah bantu org dgn seikhlasnya... disanalah tempat yg aku impikan dalam masa 4 tahun aku belajar...

namun bagaimana harus kuterangkan pd kedua org tua ku agar aku tak melukakan hati dan perasaan mereka... Ya Allah jgnlah jadikan aku anak derhaka...jauhkanlah aku dr sikap begini...Ya Allah tetaplah iman kua agar aku sentiasa menjadi anak yg solehah...

lagipun aku ingin jugak menyenangkan keluarga...biarlah mereka dpt mmbeli apayg mereka mahu...skrg nie aku nk kumpul duit utk kesenangan mereka jugak...

berikanlah aku kekuatan utk melalui hari2 yg mendatang...dan jadikanlah aku guru yg sabar dan tabah dalam mendidik anak bangsa sekarang yg punyai sensitiviti bbeza....

semoga perjalanan aku sebagai Murabbi di berkati Allah...

Thursday, November 4, 2010

kekusutan tetap melanda diri

salam, mmg aku rasa gembira akan menjejakan kaki ke sarawak...posting ke sana mmg dah lama jadi impian diri ini... namun kini berbagai pula dugaan datang...apakah penerimaan keluargaku, kata2 org tetap melukakan hati sesiapa sahaja... Ya Allah kuatkanlah hati kedua ibubapaku terhadap pemergianku kali ini...pertama kali aku ingin pergi jauh disatu tempat yang susah utk mereka datang pada tiap minggu atau bulan... Ya Allah kau tambahkan hati kami...aku bersyukur atas rezeki yang diberikan....

masa yang ada ini...aku rebut utk luangkan bersama keluarga tersayang dan teman2 yang dikasihi, namun aku tak tau bgmana harus aku katakan...serba salah utk ku perkatakan...manakala kerja skrg pun aku tak mahu lepaskan lagi kerana kurasakan belum tiba saat utk aku berbuat begitu kerana aku ingin luangkan masa dgn kerja tanpa biarkan badan letih tidur...biarlah aku kerja nnt bulan depan aku ada duit utk guna tak perlulah aku minta duit dari mak...harap2 mak aku dapat bagi peluang terakhir utk aku bersuka...

entahlah kemana harus ku bawa hatiku yang dilukai...huhuhu...aku sayang semua namun susah aku nak tentukan masa yang hanya ada beberapa detik saja lagi...huhu

Wednesday, November 3, 2010

Alhamdulilah penantianku selama ini terjawab

Selepas konvo hari tue ada brita mengatakan kami akan lambat dipostingkan...aduhai rasanya nak tgu tahun depan lamanya...namun belum pun cukup sebulan kami semua berKONVO haritu. dapat berita gembira pada 02/11/2010 jam 11.15 pagi...abang posmen yang senyum je hulurkan dua sampul yang bernama...alhamdulilah...kami melompat keriangan...inilah yang kami nanti tiap detik akhirnya tiba jua....

betapa kami teruja utk berkongsi khabar gembira ini bersama keluarga dan kengkawan...alhamdulilah akhirnya aku dapat juga menunaikan impian arwah tok ku...
betapa gembira suara kami jgn nak tanya lagi lah...jerit2 dalam rumah sehingga sakit anak tekak...dapatlah dibayangkan tul tak???

namun, walaupun ini pilihan pertama saya utk posting sarawak, rasa gugup terhadap cabaran ditempat baru tetap ada...cuma skrg rasa gembira mengatasi seglanya...sesekali kita harus belajar berdikari ditempat baru...mungkin susah dipermulaan, lama2 nanti biasala saya tul tak???

family??? riak gembira dan kerisauan tetap terpancar pd wajah mereka. namun sikap degil aku ini mereka dah faham sangat2...sebab itu mereka ikutkan saja kehendak diriku ini...alhamdulilah mereka kenal beberapa kawan aku yg tgl disarawak...

kawan??? mungkin ada yg dh tahu aku mmg nk posting sana? mungkin ada yg terkejut...mungkin ada jua yg tertanya2 kenapa aku pilih jauh dr semenanjung...namun jawapan yg pasti bukan kerana aku dh kecewa dgn org semenanjung...itu setahun lepas yg cintaku ditolak budak semenanjung...tiada kesan pun sebabnya dia tetap sahabat baik aku selamanya... cuma aku mmg ingin merantau mencari pengalaman sebelum pulang berbakti ditanah tempat lahirku di pulau pinang...bak kata pepatah, carilah ilmu kenegeri china...mmg kita kena keluar drp penempatan kita utk membuka ruang ilmu... entahlah...biarlah 5-10 tahunlu aku merantau...barulah ku fikir utk kembali.....

takkan nk fikir skrg...penatla br je dapat pi sarawak...hehehe...acah jer...hidup mesti dipenuhi beberapa perancangan...jika rancangan A gagal, ikut rancgn B..tul tak???
oklah gud luck pada diriku dan semua kengkawanku...semoga kt dpt posting kmn saja dan menjalankan tugas kita sebagai Murabbi Allah... ikhlaskan dirimu membina jati diri anak bangsa... Malaysia selamanya kau dihatiku...

bukan sengaja kau ku tolak

kehadiran dua jejaka yang tiba2 pada penghujung tahun ini membuatkan aku terfikir kenapa mereka mendekati diriku adakah kerana aku bakal bergelar seorang guru suatu hari nnt... entahlah yang pastinya jawapan yang tepat tetap pada mereka berdua.

pertama kehadiran jejaka berusia 18tahun, korang rasa umo aku yang awal 20an mcm mn...entahlah sya yg akan memimpin dan siapa pula yg bakal dipimpin kan...aduhai..penin juga...namun ku tolak jua...kerana satu gurauan yang melibatkan suatu pihak...mmg menakutkan...melampau giler...

kehadiran kedua, jejaka berusia 26tahun, jenis ikut je...mcm takde pendirian...aku cuba jugak, sbb nnt org kata aku jual mahal...namun bila dah cuba beberapa hari aku rasakan km susah nak serasikan diri...dia asyik slaahkan saya krn tak mesej...bg saya pulak tiada perkara nk mesej...boring tul...dia tak tahu nak memandu sebuah perhubungan...sebelum segalanya menjadi terlambat lebih baik saya minta putus...

memandangkan dah 2 kali...saya terfikir sejenak kerana cinta ku pernah ditolak tahun lepas..bukan aku sengaja tolak bebudak nie...tapi mmg takde jodoh kot...aku cuba jugak....namun mmg takde keserasian... yang aku tahu hidup perlukan kebebasan tersendiri...lainlah kalau dah bergelar suami...