Thursday, March 25, 2010

tak semua akan suka kita...

salam... psl insan yg mula menerbitkan rindu dihati ini sekali lagi menghilangkan dirinya...entahlah tak siapa tahu apakah kesudahan disebalik cerita ini...namun aku tetap redha dgn dugaan dari Allah kerana tak siapa tahu apa yg bakal berlaku hari esk... aku perlu cari ketenangan Illahi...

mengenai pelajar yang didenda semalam akibat bersembang walaupun hadir bola jaring telah menunjukkan protes terhadap aku rasanya...klu dilihat dari segi mimik muka, perbuatan melampau dan cara mereka berkomunikasi dapat aku lihat pelajar2 ini protes terhadap apa yg terjadi semalam...entahlah salah akukah kerana berterus terang...yg aku tahu aku perlu jujur pada diri sendiri abaikan sahaja org yg tidak suka kerana aku tahu aku dah menjalankan tanggungjawab kepada Allah... lagipun aku tak mahu menanggung beban menipu seorang yang aku panggil kakak... biarlah aku tidak disukai orang didunia kerana bersikap adil dan jujur dari aku tidak diterima oleh Allah kerana menipu...tiada istilah bohong sunat tatkala kita dalam keadaan terdesak manapun...

biarlah andai aku dibenci manusia aku rela wlpn aku perlu menangis melalui kehidupan didunia ini daripada aku dibenci oleh Allah diakhirat kelak...

dunia hanyalah sementara dan pinjaman kepada manusia...
akhiratlah tempat kekal yang disediakan... pilihan sama ada syurga atau neraka hanyalah kita yg tentukan dengan amalan dan t/laku semasa hidup didunia...

Tuesday, March 23, 2010

hatiku mcm akan terluka lagi

salam permintaan drnya sukar utk aku tunaikan almaklum aku sendiri merupakan pelajar bagaimana aku punya wang utk membantu dirinya
harap2 dia faham...tapi andainya dia tidak faham apa yg mampu aku lakukan kecuali...kuundurkan diri pergi...biarlah dia mencari seseorng yg blh membahagiakan dirinya kelak... tak mungkin aku memaksa seseorg menerima aku dlm kead terpaksa...

Friday, March 19, 2010

Macromedia Freehand

salam...

first time aku kena belajar sesuatu software baru...yg sebelum ini aku pernah tgk je lah...akhirnya aku sendiri terpaksa belajar sebelum aku mengajar pelajar... memang sesuatu yang mencabar dalam bidang pendidikan...kita terpaksa mengkaji belajar sebelum kita benar2 paham dan mengajar org lain utk memahami nya..tugas berat sebegini sering saja dipandang ringan oleh beberapa org lain yang menganggap tugas pendidik hanyalah sekadar mendidik...namun tidak semua tahu tugas pendidik yang sebenar...

mereka terpaksa berkorban apa sahaja malah keluarga sendiri utk mendidik anak prg lain...mungkin sesetengah org yg memang suka menunding jari akan berkata...mmglah itukan tugas cikgu...dah dibayar gaji...namun pernah kah anda pikir mereka atau guru ini juga punya keluarga, ibu bapa,adik-adik, suami, dan juga anak2 yang perlu diambil berat.... memang lah sesetengah org akan kata tugas guru ringan sahaja lepas waktu zuhur dah balik umah...tahukah anda beban kerja seorang guru...dengan terpaksa memikul kerja2 pentadbiran sekolah, mendidik pelajar, mendekati pelajar dan mendengar luahan hati pelajar. dan ll kerja guru.. namun pernahkah anda melihat seorg guru itu merungut... tidakkan...kerana jauh disudut hati mereka ikhlas...dan bagi seorang guru ucapan terima kasih dan ingatan pelajar2 mereka adalah amat berharga dari duit ringgit dan penat lelah mereka....

pernahkah anda melihat sendiri situasi sekolah sekarang... bermacam2 kerenah pelajar terpaksa seorang guru hadapi...namun dengan belakalan ilmu dan pengalaman yang mereka tempuhi sebelum ini membiasakan mereka... namun bila difikirkan kembali adakah wajar tindakan merotan pelajar ditarik balik...dan bagaimana pulak sikap ibu bapa yg sering menyerang guru...pernahkah mereka melihat sendiri kelakuan anak mereka dikelas...cubalah sesekali jenguk anak di sekolah...jgn asyik 24jam bekerja yang susahnya cikgu berdepan dengan 2 keadaan yang mendesak ... apapun saya tetap memuji semangat guru yang berkobar2 meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa kita...

insyaAllah semoga saya dapat menjadi seorang guru yang berjaya mengawal kelas dan cikgu Mesra...

benarkah diri ini disayang

salam...

aku tidak tahu...
tanpa luahan dan bicara terus terangmu...bagaimana hendak ku tahu apa sebenarnya niat sebenar dihatimu... namun dihati ini kuat mengasihi dirimu...
tak mampu jua aku luahkan apa yang terbuku dihatiku...

kehadiran dirimu...
membuat hatiku gembira...
berbunga-bunga bahagia
penuh dengan impian

kehadiran mesejmu...
aku nanti tiap waktu
menceriakan hariku
memotivasikan diriku

kehadiran panggilanmu
membuatkan rinduku terubat
membuatkan kasih bercambah
memberi hatiku kebahagiaan

kehadiranmu...
aku bersyukur pada Allah
menemukan kita disuatu masa
membibitkan rasa sayang

kehadiranmu kini
kuharap kekal selamanya
dihati dan hari2 aku
semoga keikhlasan kita bahagia bersama...

salam ikhlas...
shila ismail

Wednesday, March 17, 2010

ku terima dengan ikhlas hati

salam, mmg le tarikh 12 mac 2010 takkan pernah aku lupa dlm ikatan sejarah hidup aku...
aku cuba menerima kehadiran insan lain dlm hidupku...harap dlm proses mengenali hati budi kami ini berkekalan lah...insyaAllah...bg aku harap2 segalanya berakhir dgn gembira...tapi betul juga kata dia dlm berkawan nie kita kena byk bertawakal...hrp2 persahabatan berkekalan...

wlpn aku nie susah nak mempercayai cinta namun utk menolak kehadiran cinta adalah mustahil kerana mmg dah menjadi lumrah hidup manusia ingin mencintai dan dicintai...cuma kehadiran insan ini boleh menggembirakan hati aku...alhamdulilah semoga kami serasi bersama...

walaupun kesibukkan sering menjadi penghalang dan rintangan dalam hubungan yg baru ini...namun aku bagai tidak kisah...mana la dlm dunia ini kita perolehi sesuatu perkara dgn mudah...insyaAllah semoga liku ini bukan penghalang kasih yg berputik... bg aku mudah selagi dia percaya, jujur dan setia...insyaAllah segalanya mudah...begitu juga ikhlas berkawan denganku...

aku jenis seorg yg suka setia...harapan aku semoga persahabatan kali ini tiada kekecewaan lagi... biarlah kebahagiaan yg mendatang ini kami bajai dengan rasa syukur pada Allah SWT kerana telah menemukan kami....

insyaAllah...
P/S: tiada siapa tahu apa yg bakal berlaku hari esk...jadikanlah hari ini milikmu...

Monday, March 15, 2010

ragam pelajar

hehhe...aku dikatakan cikgu jahat le, cikgu nakal le, cikgu comel le, cikgu pendek or mcm2 lagi...malas fikir n ambik hati...yg aku tahu deme nie hormat aku sebagai pelajar tu yg penting...aku sayang segalanya kenanagan yang terpahat di SMKRMM... byk kenangan kami disini...

satu perkara yang mungkin tidak aku lupakan tatkala ada seorang pelajar memanggil aku cikgu comel dan setiap kali aku lalu depan dia... mesti dia buat gaya mcm iklan lovely yang wajahmu dihatimu... hehhe ...lucu betul...ada sekali dia cakap nak ikut aku balik penang dan bila aku kata susah dia kata baguslah nak kenal keluarga...pelik tul budak nie...umo aku dah tua le...24 dia baru 17...aku masih igt lagi prinsip cikgu...memberi ilmu bukannya mengambil anak org...

satu perkara yg tak mungkin aku lupa bila dia khabarkan akan datang meminang nnt bila dah ada sejuta ringgit dalam tangan... hahaha...pelik bin lucu pulak aku rasa.... biarlah bebudak tue nak bersuka...aku dah tolak dengan alasan pangkat guru dan murid...insyaAllah semoga dia memahami perkara ini suatu hari nnt...

salam cintaku...

salam...entahlah aku tak tahu dari mana permulaan kepada perbualan ini...tapi dari yang menjadi kebiasaan terjadi pulak ucapan lain...dari situ aku tnya lagi keseriusannya, dia pula tanya tiada kepaksaan dalam panggilan ini nnt...insyaAllah...

sambutlah salam kasihku..biarlah kita berkwan dan saling mengenali hati budi dahulu...selebihnya biar kita berdoa...andai telah ditakdirkan jodoh bersama...ku doakan semoga kita saling kasih mengasihi sehingga ke akhir hayat...andai tiada jodoh antara kita ku doakan kau tetap bahagia walau dimana kau berada...

soalan bodoh yang aku bertanya kepada dirinya....

"nak tanya klu dah panggil abg tue...maksudnya dah lebih skit dr kawan kan?"
"a'a lerrrr...apalah itu pun nak tanya lagi ke...fikir le..." jawapan dari si dia...

namun kesibukkan kami sering saja membatalkan setiap janji pertemuan... aku cuba faham segalanya semoga kami akan berterusan ada rasa jujur dan setia dalam melayari kehidupan mendatang... nak kata lebih belum lagi ... kami masih saling kenal mengenali hati budi...

salam rindu dariku utkmu disana...
shila ismail...

kem pengawas SMKRMM 2010

alhamdulilah...segala perancangan dan segala aktiviti berjalan seperti dirancang...
biar apa org nak kata pasal aku katalah...andai ada kata aku nak menunjuk katalah..pedih dah telinga eden nie dgr yang aku tahu aku ikhlas dengan niat membantu dan sekaligus aku sendiri dapat ilmu baru dalam mengetahui sikap yang ada dalam diri pelajar...

tahniah dan terima kasih kerana menggembirakan hari cuti saya...

well done...

Thursday, March 11, 2010

akhirnya habis juga seliaan pertama

salam...
kelmarin penentu sehingga hari ini aku dah sakit2...hehhe...

alhamdulilah...semuanya berjalan lancar...walaupun kehadiran pelajar adalah sedikit sahaja jumlahnya...tapi bersyukurlah masih ada yang datang lagi memberi sokongan pada aku...aku syg deme semua...almaklum deme mcm adik2 aku pun...

but hari nie saja je buat2 tak layan deme...kepala aku sakit malas nak bercakap byk2...esk kena bgtau deme...yg penting tiada masalah...

biarlah...pasal cerita luka dan duka diri ini...pasal kena observe...alhamdulilah... kena perbaiki sedikit sebanayk dan kena byk praktikkan lagi teknik2 yang boleh menarik perhatian perlajar...

entahlah...biarlah aku sendiri gini je...tiada masalah lain yg boleh aku fikir skrg...otak dah penat dah...byk tul problem... dgn pljr kata nak kahwin dgn kitalah..pelik2...ada ke org suka kat aku nie...
huhhu...

alahai otak dah sangkut balik...huhuhu

Tuesday, March 9, 2010

hadirnya tanpa kusedari

salam...hadirnya perasaan risau dan takut itu dah confirm2 dalam diri...apalah citernya esk akan di observe...entah jadi atau idak...risaulah...almaklum manusia hanya mampu merancang Allah juga yang menentukan segalanya...insyaAllah

entahlah semakin risau semakin hilang mood...hehe...cam ne lah aku leh kalau dia pulak hari ini...yelah diakan selalu sibuk...aku nie malas nak ganggu...tapi mungkin mood tak baik kan aku mesej2 le dgn dia...bila dia rs mood aku bad sikit dari biasa terus dia call aku.. entahlah aku nak katakan apa lagi... snyum jelah rasa hati ini...almaklum dia antara insan yg aku rindu utk bermesej...walaupun pada mulanya aku menafikan perasaan yang hadir ...namun aku tahu...sejauh mana aku mengelak perasaan ini pun...jika da suka nak bt camner... cuma satu perkara menjadi prinsip aku skrg jgn berharap kepada sesuatu perkara melebihi yang sepatutnya...almaklumla... siapalah aku ini hanya insan biasa...entahlah...begitu susah utk menemui sesorg yg mmg kasih dan syg pada kita...

mmg sudah menjadi lumrah kehidupan...ingin rasa disayangi dan menyayangi...hehhe

well malas nak nafikan...but it early.. biarlah masa yang menentukan perjalanan hidup ini...kita tak tahu apa yang akan berlaku esk hari...kan2x... klu mmg dah jodoh semoga berkekalan hendaknya... insyaAllah...

salam sayang...
shila ismail

Monday, March 8, 2010

Cerita Ini Hari

salam...hari ini aku kurang mood nak mengajar... entahlh sehingga bila...peljar mcm kurang bersemangat...jadi cikgu bertambah bosan...aku tahu aku salah klu bt camtue...lagipun menjadi guru kita kena ceriakan keadaan untk menarik perhatian pelajar...

hari rabu ni aku akan di observe apa pun dn bagaimana pun jgn ditanya proses itu, aku dh cuba utk terima keadaan lagipun ini semua masalah dalam proses pembelajaran... insyaAllah... aku redha dan yakin segala yang berlaku ada hikmahnya

mengenai proses pembelajaran insyaAllah aku cuba utk mendisiplin kan pelajar lagi...wlapun susah kerana aku bru mengasah bakat sebagai guru ...

risau utk kelas hari rabu nie, alhamdulilah pihak pentadbiran sek telah diberitahu...syukur segalanya mudah...insyaAllah semoga tiada masalah yang mendatang... maksud ila dari segi kerjasama pelajar yang akan menghadiri kekelas tambahan utk diobserve..harap2 pelajar yang nakal2 ini mampu memberi kerjasama...

ila tak pernah judge mereka...mmg mereka nakal tapi dari segi hormat pada guru kebanyakkan 95%pelajarnya menghormati guru... mereka nakal atau tidak...ila tetap kasih dan sayang mereka kerana mereka merupakan pelajar pertama yg ila dapat...always them...

kekdg keadaan menyebabkan suasana terusik dek perangai pelajar..sebab itu jgn kita sayang pelajar...kena igt hubungan apapun kita bina jgn berharap pelajar akan sentiasa mengikut cakap kita...mereka akan ikut mood mereka...mcm kita tahu setiap org ada perangai dia tersendiri...jadi jgn terlalu taksub pada pelajar...huhuhu...

walaupun aku kekdg tension dgn perkataan yg diluahkan oleh mereka, namun aku kuatkan hati agar aku dapat memaafkan mereka...dan niat dihati dapat membentuk dan mendidik mereka menjadi insan cemerlang dan sentiasa mempunyai disiplin diri yang baik... diharap segalanya berjalan dengan lancar...

pasal pelajar tiada apa nak dikatakan...sebenarnya jauh dilubuk hatiku...aku syg mereka...mereka dah macam adik-adikku dan aku suka berkongsi ilmu dan mengajar...namun jika tiada nilai hormat org pada aku ... memang dari senyum boleh bertukar masam...

seterusnya bab kasih sayang...mmg aku tak mencari... tapi kehadirannya dalam hidup aku tanpa dirancang...aku tertanya pada diri...siapakah aku pada dirinya... andai masa sekarang mmg kami sama2 sibuk...namun aku tahu dia yg plg sibuk..biarlah masa saja yg menentukan kemana arah tuju hubungan ini...sebagai kawan selamanya ataupun mungkin berubah... biarlah masih terlalu awal utk membuat kesimpulan... yg aku tahu hadirnya rindu buat dirinya... namun biarlah dia yg mulakan dulu...(bukan apa biarlah ada hint sikit2 lu...)

aku mcm aku...selagi ada masa terluang aku gunakan untuk mencari ilmu lagi...tahu aku bukannya kaki berjalan...namun aku suka membaca dan berangan ...itulah apa yg aku mampu lakukan...haha

cuti aku utk minggu akan datang ini...mungkin terisi dengan sesuatu yg berfaedah...insyaAllah... mengikuti kem dan menawarkan diri utk tinggal bersama pelajar mungkin adalah salah satu cara yg terbaik boleh aku lakukan daripada aku berjalan balik malam2 ke rumah...baik aku tidur dan balik pada hari ahad...hehehe... entahlah...aku mmg suka macam nie... aktiviti perkhemahan...

salam...biarpun aku tahu dihati ini byk betul aku memikirkan mslh namun aku tetap mengukirkan senyuman...wlpn tak semua tahu...namun aku ikhlas mengajar dan mencari ilmu...insyaAllah...

Sunday, March 7, 2010

kesedihan di hati ini...

salam...

semakin lama kita diberi pinjam atas nafas ini...semakin byk dugaan yang kita lalui... itulah salah satu cara kita utk ingat dan bersyukur di atas segala pemberian dari Allah swt...

bukan apa...segalanya episod pertemuan dan perpisahan segalanya telah tersurat dan tersirat...malas nak fikir...berkawan jelah tapi malas nak berharap...lgpun km mmg berkawan je kan...no hard feeling...but this is the last time im giving chances to open my heart to someone but if he not appreciate or trying to getting it more than friends... just let it be the last person i gave hope...

nak kata bg harapan pun tidak...sebab aku sendiri masih lagi terkeliru dgn hubungan ini...yg aku tau...aku selesa ada kawan cam dia...biarlah mungkin kami hanya sesuai sebagai kwn... bukan putus asa cam kwn aku cakap cuma aku tak rasa org tue suka aku...jadi tak perlu aku fikir lebih dr yg sepatutnya...cukuplah aku fikir dia hanya kawan aku...andai dia suka pepandai le bertindak kan...almaklum takkan perempuan nak mula dulu...mmg tak salah tapi...kekdg perempuan nie susah nak bezakan kawan dan kekasih...tp aku puji kum adam nie... mereka tahu siapa yg tersemat dihati mereka...heheh perempuan hanya mencari insan yg ikhlas mencintai dan setia pada mereka...

well kekdg sesetengah wanita ini mencari juga lelaki yg berkemampuan bkn apa...perempuan sentiasa ingin rasa selamat...namun bukan yg kaya tapi yg blh menjaga keluarga yg dibina...bak kata pepatah...klu kaya tapi tak bahagia apa guna...

lu pikir la sendiri bak kata nabil raja lawakkan... hehehe...apa2 pun ila tetap begini...single and available...malas nak fikir jauh...cukuplah sekadar ila tahu ila ada tanggungjawab... yg lain ...mcm bab jodoh tue biarlah insyaAllah akan sampai juga...biarpun ila masih lom ada calon lagi tapi ila tahu...suatu hari nnt pasti akan ketemu jua...

manusia hanya merancang...namun Allah juga yg menentukan...

Saturday, March 6, 2010

Selamat Ulang Tahun Buat Diriku dari Diriku

salam...
selamat ulang tahun buat diriku...pertama sekali kita mestilah menghargai diri sendiri lu...pastu ucpkan pada parents thanks...pastu adik beradik...

kali nie first time sambut tanpa keluarga mahupun kawan...wlpn dh rancg nak sambut dgn family tetiba ada hal lebih mustahak...wlpn kekdg aku rs mak lebih sayang adik aku...mmg le jelous...sifat manusia kan...tapi aku harap sgt tiada niat busuk dlm hati ini...aku juga berdoa semoga semuanya selamat2 saja...insyaAllah...

thanks pada yg dh ucpkan...tapi kali nie mmg tiada rasa ingin sambut atau dapatkan ucapan...biarlah masa berlalu pergi...setiap kali mmg ada je dugaan melanda diri..namun kita harus bersyukur dan fikir positif...hehehe

alhamdulilah setiap masalah ada jalan penyelesaian wlpn kekdg penat dan penin tp itulah hakikat sebuah kehidupan...

really its too tired...im feel it...really2x tired... semoga ada satu hari utk aku rehat...uhuhu

Friday, March 5, 2010

Pening Pala Menguruskan utk di OBSERVE

salam...
sakitnya kepala aku nie...cam mn le leh terlepas pandang jadual utk diobserve nie...sehinggakan menimbulkan kekacauan seketika dalam diri...

susahnya...namun nasib baik guru pembimbing memahami situasi dan meminta pelajar datang kelas tambahan bagi membantu keTENSIONan guru praktikal macam aku... susah nak bt kelas tambahan tau...time 2 exam nie...mesti pelajar penat dah nak belajar...entahlah...harap2 bebudak nie tak buat perangai...cukuplah aku tension...namun aku belajar dari kesalahan diri yg tidak mengingatkan masa akan diobserve...

ada org pernah pasan...jgn lihat kesalahan org lain tapi lihat kesalahan diri sendiri...insyaAllah...namun kata2 masa tengah marah tue biasala...lagipun perempuan kena byk merungut baru buat keje...

alhamdulilah akhirnya dapat juga kata sepakat antara lec dan aku...hari rabu nie jam 2-3ptg...nasib ok...klu tidak aku pasrah dalam terpaksa...lagipun menggunakan khidmat budak sekolah yang tak dibayar gaji...kesiannya...sabarlah... insyaAllah kita saling bantu membantu...membentuk sek bestari...

bersyukur sangat sekurang2nya dah dapat kata sepakat...tak kisahlah mcm mana ceritanya yg penting keje jalan...bagi aku...its more professional work...even that have problem...we have to slow talk and adjust and admit with others...that will call the life....

just follow the fate with large and full strange....

sweet n bad memory always seem as honey for me...