Saturday, February 25, 2012

CABARAN 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

entahlah hari ini saya nak kongsi betapa kurangnya nilai budi bahasa dalam kalangan pelajar sekolah di negara kita hari ini. Salah siapa? ibu bapa? guru-guru? diri pelajar sendiri? Tekanan seperti ini biasanya ditanggung guru di sekolah yang terpaksa berdepan dengan golongan pelajar yang tidak tahu menghormati guru, memperlekehkan golongan guru, memalukan kaum guru. Mereka ini biasanya terdiri dari pelajar yang tidak tahu membaca dan tidak berminat lagi untuk membaca... memang masalah jika guru suruh pelajar keluar kelas, mmg masalah jika cikgu makin marah. Itu yang pelajar ini harapkan. BERHENTI memang ini kehendak mereka cuma ibu bapa sangat berharap anak mereka terus belajar. Namun ibu bapa perlulah mengambil berat akan anak-anak. Bantulah guru, tengok kerja rumah, buku sekolah anak-anak.Pastikan mereka ini mempunyai semangat belajar.
 suatu saat dulu saya juga bergelar pelajar, didikan di rumah adalah perkara paling asas dalam membentuk dan mendidik jiwa anak-anak minat kepada membaca. Sekiranya golongan ibu bapa asyik dengan kesibukan dunia mereka, mengejar kemewahan harta dunia, ini yang menyebabkan anak-anak terbiar dan rasa tiada kepentingan dalam menuntut ilmu.
saat ini tugas mendidik jatuh pada tanggungjawab guru-guru yang berada di sekolah dalam mendidik anak-anak. Namun halangan sangat mencabar, hukuman merotan atau menggunakan sedikit kekerasan dianggap dera akan mendera perasaan guru yang tidak dapat mengawal kelas hanya menggunakan kekuatan suara. Kebanyakan guru wanita sering mendapat masalah ini. Guru lelaki hanya memandang remeh sahaja. Begitu jua dengan mereka yang bagus dalam mengawal kelas akan tetap menjatuhkan kesalahan terhadap guru-guru ini. Sedangkan pelajar yang melampau itu dianggap golongan terbaik yang mmg patut dihormati. BUKAN kita tidak hormat pelajar, kita tahu nilai akan pelajar mana yang biadap atau masih dihormati. Ada segelintir pelajar yang datang sekolah hanya takutkan ibu dan bapanya, bila di sekolah satu apa pun tidak dia mahu tulis, guru mengajar di hadapan dia turut membuat cerita kedai kopi di dalam kelas. Masalahnya keadaan bising ini mengganggu pelajar lain yang ingin belajar. Di tegur berkali-kali, di marah, tidak jugak mahu mendengar, degilnya mengalahkan degil batu. aduh! pasti keluhan dan kecewa hati guru dihina sebegini. Biadap pelajar kekadang melawan kata-kata guru. Mereka tidak lagi tahu menghormati golongan guru.... Salah siapa????
Apapun di sini mungkin kerjasama semua pihak dalam institusi sekolah perlu berganding bahu mendidik dan memupuk semangat cintakan akan pelajaran dapat disemai. Semoga golongan guru yang terpaksa berdepan dengan masalah ini dapat menghadapinya dengan jiwa yang tenang, serta tidak putus asa dalam mendidik jiwa pelajar-pelajar. semoga saya juga begitu dapat bersabar melayan kerenah anak-anak muda zaman kini, pemimpin di masa hadapan...

semoga semua guru tidak tertekan dengan kerja-kerja perkeranian serta mendidik jiwa anak bangsa...

Saturday, February 11, 2012

sesungguhnya aku juga punya hati

Assalamualaikum... semuanya biasa2...setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup kita akan hitungkan...tahukah kita berapa byk dosa kita sama ada yang kecik atau besar selama kita bernafas dan menumpang di bumi ini...

mesti klu nak hitung tak cukup buku 555 tak muat buku panjang utk karangan,namun tahukah kita setiap apa yg kita fikirkan dihati mahupun difikiran semuanya dicatatkan... sekiranya kita lakukan pulak yang  perbuatan buruk apatah lagi...

aku juga insan biasa yang lemah, punya hati dan perasaan semampu aku menahan rasa setiap kali dugaan melanda... ku tadah tangan memohon dari yang ESA kuatkanlah hati dan iman ku agar aku dapat lalui setiap kesukaran dengan tabah dan senyuman... sekeras2 kerak nasi bila dicurah air hari2 pasti akan hancur nasi itu... kita manusia biasa tak mampu kekdg melawan kata2 hati apabila dugaan datang..kekadang aku terfkir utk membalas perbuatan itu, atau memohon Allah memberikan pengajaran namun bila difikirkan kembali tiada guna jua...siapalah aku nie...yang mampu aku lakukan berdoa memohon perlindungan dari yang ESA... agar aku berjaya melalui dugaan ini... semoga dengan berkat kesabaran akan ada sinar baru dalam kehidupan...

p/s: setiap dosa yg kita lakukan membentuk noda hitam dihati... jagalah hati jangan kita cemari dengan perkara yang boleh merosakkannya...

Monday, February 6, 2012

kongsi kisahku

Assalamualaikum, emm buat kengkawan yang masih tertanya2 status kawan tapi mesra...carilah masa yang sesuai utk tahu mengenainya. mungkin sebab saya sentiasa tolak kehadiran seseorg dlm hidup sehinggakan masih menanti2. tapi tidaklah pulak sehingga berharap... cukuplah sekadar Allah SWT tempat kita bergantung segala-galanya. Mungkin juga benar belum jua betul2 bertemu dgn jodoh yang ditakdirkan...

cuma kepada kaum adam...mmglah jodoh kita tak tahu siapa...cuba elakkan diri dari memberi harapan sekiranya tak setulus hati... hehe keihklasan diri sebenarnya adalah yang paling indah buat kaum wanita... by the way kisah or moralitinya... seharusnya kita bersyukur dgn apa yg ada skrg, tak perlu nak berlebih-lebihan dan byk pulak permintaan...sekadar apa yng ada terimalah...

cuma bagai dikata wanita haruslah menCARI seorang lelaki yg blh dijadikan imam dan pembimbing dirinya menuju ke jalan kebenaran dan tidak hanyut dengan angan-angan atau janji-janji kosong lelaki durjana diluar sana...

semoga kita semua akan sentiasa memperoleh keberkatan dalam kehidupan...

Saturday, February 4, 2012

happy chinese new year

slmt menyambut thn baru cina kepada kwn2...terima kasih atas jamuan tadi, emmm makanan mmg enak tapi air dia... sy tak dpt minum la...xtau sampai kat tekak tue rasa pe dah... anyway thnkz...

thnkz jugak hr nie dah byk perkara terungkai dari menjadi persoalan...Alhamdulilah mungkin berkali jadi camnie...nasib aku nie bukan jenis berharap sgt kan...hehe... by the way...kebahagian semua org adalah yg terpenting...