Thursday, October 21, 2010

NoVeL : CiNTaKaH AkU!!!

Termenung seketika aku menjenguk kembali helaian hari-hari yang telah aku lalui. Betapa sukarnya diriku ini menemui sesuatu yang dinamakan cinta sejati. Kekadang terfikir diri ini perlukah aku menangis, merayu setiap lelaki mendekati diriku? Adakah aku perlu keseksian agar dapat menggoda kaum adam mendekati diriku?Namun fikiran waras aku kembali lagi, akhirnya aku beristifar berkali-kali memohon keampunan dari Allah kerana menyedarkan aku daripada terus ditelenggami lautan mimpi.
Tak perlulah sesiapa pun tahu siapakah aku yang selama ini tidak pernah didekati atau berteman kekasih istimewa yang sering ada disisi sebagai peneman dan pemujuk sejati. Ada orang selalu menyayangi kita dan kita sayangi, tidak pernah sekali pun aku merasakan sesuatu seperti itu selain dari kaum keluarga dan sahabat handai ku.
Dalam kesunyian malam ini aku teringat kenangan lampau yang tidak sudahnya sentiasa mengekori diriku.Selama 24 tahun aku hidup, kenangan sudah menjadi diari sejati buat diriku. Kenangan pada tahun 1998... kelas 6Putih,di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Pulau Pinang...
Nordin: Ish, ada jalan nie tak nampak ke?
Norsyila: emmm... (dgn nada kegeraman)
Sebenarnya degupan jantung syila mulai berdetak dengan sangat kuat? Terjenak seketika fikiran... aikk...aku suka dia ke? Namun pemikiran menafikan segala emosi dirinya...
Kian sehari demi sehari sehinggalah tamat sekolah rendah, syila masih tidak juga mengerti akan perasaan dihatinya... sehinggalah disuatu masa ketika berada ditingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Polo 1999, 1Melur...
Syidah: Hang suka dia lak mak cik ooi...
Norsyila: tak kot aku selalu gaduh dengan dia jugak...wlaupun tak teruk sangat...
FarraNur: emm...cuma boleh aku kata yg selalu gaduh laa tanda sayang...tapi hg fikir dululah
FiNNaS: jomlah balik petang dah nie, esok laa pulak kita sambung meeting nur hikmah
SueElly:yup, jomlah mak aku dah datang rasanya...

Ternoktah disitu segalanya tentang hati dan perasaan tatkala itu syila pasti perasaannya buat nordin, lalu menulis surat kepada RusFa sahabat di SKSN. Walaupun pelbagai cadangan yg ada masa itu namun syila hanya mendiamkan diri, disaat itu hanya satu difikirannya, biarlah masa berlalu sekiranya mereka punya jodoh pasti jua ketemu.

5tahun telah berlalu kini syila masih lagi di SMKPP ditahun terakhir, syila punya sahabat ym yang bernama zuraimie. dari situ sedarlah syila akan perasaannya pada Nordin dulu hanyalah suka bukannya CINTA... Menyukai seseorg tapi tidak mungkin boleh menyintainya...

Namun Kisah SYILA & ZURAIMIE juga telah tamat selepas exam SPM...entahlah nak kata tak sayang syila tetap sayang cuma berkorban utk seseorg yang kita sayang perolehi sesuatu yg dia perlukan adalah lebih baik daripada kita selalu disisinya...selamat tinggal Mie dan kenangan lalu...

Sunday, October 10, 2010

Alhamdulilah...saya kini menghitung detik untuk mengenggam segulung ijazah...

salam...

buat keluarga terima kasih kerana sentiasa menyokong segala keputusan saya yang ingin meneruskan pelajaran walaupun anak2 org lain telah berusaha keras utk bekerja dan terima kasih kerana mengeluarkan sedikit perbelanjaan buat insan ini...

buat kengkawan sek...terima kasih kerana sering memberi semangat buat aku teruskan perjuangan hidup ini...

buat kengkawan upsi...terima kasih kerana sudi menerima diri ini sebagai sahabat kamu...dan sering memberi tunjuk ajar buat diriku ini...

buat seorang insan...terima kasih kerana menjadi kawan baik saya walaupun tiada cinta diantara kita ...saya pasrah dan selamanya kita berkawan...insyaAllah

selamanya saya akan meneruskan usaha untuk teruskan pembelajaran...

Saturday, October 2, 2010

Alhamdulilah...syukur atas rezekiMU

salam...
terima kasih Ya Allah, terima kasih kerana membrikan rezeki kepada hambaMU yang lemah ini...
alhamdulilah setelah 2 bulan menanti kami dah tau berjaya temudga GSST...skrg kami menunggu utk posting ke sekolah mana sahaja...semoga kami dimurahkan lagi rezeki dan akan mengetahui dengan lebih awal...insyaAllah...

perjalan keje mmg penat...entahlah sampai bila diri ini mampu bertahan...bercuti utk konvokesyen juga perlukan cabaran yang hebat...segalanya penting dilakukan dengan secara teratur...semoga kita semua mampu menguruskan segala perkara dengan tenang...