Sunday, February 6, 2011

Cerita Lama

salam hari ini aku terkenang cerita lama...

korang tahu nasib boleh berubah andai kita berusaha utk dapatkan sesuatu yang lebih baik... Fahamilah apa itu qada dan Qadar dengan baik...saya pun masih lagi berusaha untuk belajar mengenainya...

saya terfikir sejenak kehidupan saya 10 tahun yang lalu ketika saya berumur 15 tahun. Dikala ini ada peristiwa pahit yang melanda saya sekeluarga...dalam ketika ini saya sendiri buntu, marah dan kecewa segala perasaan saya rasa...sampaikan satu tahap saya betul2 rasa putus asa dalam hidup. Sehingga sya bermimpi akan arwah tok saya datang memberikan satu senyuman serta usapan dirambut saya...saya menangis walaupun itu hanyalah mimpi...saya rindu dan sayangkan pada keluarga...apabila tersedar saya tahu apa tindakan saya...saya menangis sepuas hati saya...saya tahu walau apa yg terjadi wlu apa yg sy lakukan perkara itu tidak mungkin boleh diputarkan kembali. takdir yang terjadi tidak mungkin boleh kita putarkan waktu agar segalanya kmbali pulih...saya sngt sedih ats apa yg org dendam pada saya sekeluarga..namun kasih saya pada keluarga tetap utuh...titik hitam yg berlaku pada masa itu membawa segala perubahan terjadi dalam hidup sya...daripada anak yang dimanja dan seringkali dibawa kemana sahaja perlu ada batas sekarang. Saya prlu berubah dan menerima apa sahaja keadaan keluarga kami sekarang...tahu tak betapa sakitnya hati saya...pedihnya...namun saya tak pernah putus asa utk belajar...wlpn saya berkawan baik dgn kawan saya nur hikmah tapi saya merahsiakan perkara terbesar yang tersedih yg saya alami saat ini... saya menjalani hidup dengan segala ketabahan dan kekuatan daripada keluarga saya...disaat ini tak siapa dapat teka senyuman dibibir saya penuh dgn kedukaan yang tinggi dalam hati saya...

saya pasrah atas segala yg terjadi...disaat ini saya berjanji akan menjaga kesejahteraan keluarga kecil kami serta memberi segala kesenangan, kemudahan serta kecukupan bagi mereka...saya juga berjanji selagi saya hidup sya tidak akan pernah biar mereka lalui kesakitan yg pernah kami lalui saat lalu... bila diimbau kembali sgt sakit hatku... tabi kami tabah lalui saat lalu...kini hanya 2 org yang thu cerita itu...2 sahabat aku diuniversiti...bukan apa aku mahu mereka tahu kenapa aku sgt berhati2 dalam hidup ini...kenapa aku sgt sombong pada dunia andai keluarga aku diganggu lagi... alhamdulilah mereka menjadi semngt baru aku utk teruskan usaha membina kerjaya...

alhamdulilah aku hampir berjaya membahagiakan keluargaku dgn kesenangan yg mampu aku berikan pada mereka... walaupun aku tidak dapat capai cita2 aku sebagai doktor haiwan kerana aku tahu minat mcm mn pun tp berbatas kerana ilmu sains aku sgt lemah berbanding ilmu komputer...aku menukar bidang disaat aku dapat merealisasikan impian aku...mungkin juga ini destiny aku yg aku anggap adalah hikmah daripada keputusan aku memohon tingkatan 6 dan berkat doa seorg ibu yg inginkan perubahan dalam kehidupan kami.... aku bahagia dgn kerjaya aku sbg seorg guru skrg... wlpn byk beban dan tekanan...dan walaupun ada byk cabaran aku perlu ikhlas dan tidak putus asa utk mendidik anak bangsa...

aku tahu bgmana susahnya aku dulu semasa disek...sekarang aku perlu bantu mereka seperti mana diriku yang byk dibantu oleh guru-guru aku...terima kasih cikgu2...krn seringkali menghulurkan bantuandari segi sokongan moral dan kewangan...

terima kasih cikgu wati, cikgu low, cikgu tadika saya, cikgu sek men padang polo... cikgu sem men st george, cikgu sksn, semuanya yg byk berjasa pada saya...saya sgt menghargai dan mengingati nasihat cikgu semua...

terima kasih juga pada warga pendidik di UPSI yg sering memberi saya nasihat dan tunjuk ajar...mungkin tanpa kalian semua siapalah saya ini... en salman, pn marzita mansur, dr azah, dr asikin, pn rohaizah, pn ros dan semua warga FTMK di UPSI suatu ketika dulu dan skrg dh ubah nama ...tak igt pulak sy...apapun....sy tetap menghargai jasa kalian semua termasuk classmate sy yg byk beri tunjuk ajar...

disini jugak sy nk minta maaf pada semua yg mengenali saya sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita semoga setiap perhubungan yang terjalin bdapat berpanjangan dan berkekalan antara kita semua...salam ukhwah...

Friday, February 4, 2011

Hatiku...

salam...
tahu tak kekadang aku tertanya jugak perasaan aku sendiri mmg aku kata mampu utk hidup, mampu membahagiakan diri andai ada kawan di sekitar diri aku ini tapi aku juga tak dapat menafikan bahawa aku jugak terfikir untuk mncari kebahagian sendiri iaitu jodoh aku...
namun aku jugak tak menafikan bahawa sukarnya aku utk menemui jodohku, perjalanan aku dalam bidang kerjaya alhamdulilah semuanya masih berjalan lancar, hubungan dengan ahli keluarga aku jugak boleh tahan baik, namun aku masih mencari sebuah kasih sayang yang ikhlas yang sgt setia. Namun siapalah aku ingin mempertikaikan takdir atau perjalanan jodohku...

Syukur alhamdulilah, perjalanan jodoh kakak aku berjalan lancar dan dia akhirnya menemui seseorg yang berjanji utk membimbingnya ke jalan Allah dan menjadi insan yang solehah...aku bersyukur kerana ada seseorg yang blh jaga dirinya kelak.

Kawan2 aku semuanya dah bahagia dan berjaya menemui cinta sejati yang tidak lama lagi akan membina mahligai bahagia. syukur dan aku gembira bagi pihak mereka...

namun aku tak dapat lari dari berfikir mengenai cinta hatiku...apalah yang mampu aku katakan ada org suka aku tolak cintanya... bila aku suka org pulak tolak cinta aku...hehe...adat duniakan setiap apa yg kita buat kita akan terima balik balasan...bak kata pepatah macam hukum karma...

tapi aku tak pernah rasa sesdih atau terlalu menyesal cuma terfikir bila nak dtg seseorg yg sanggup mengejar dan berusaha utk mendapatkan cinta... aku bukan seorg yg mudah mengenali sesorg jadi klu org datang sekali ckp tidak terus terang tak siapa tahu tul tak...hehe...bg aku yg penting terus terang dan kejujuran adalah penting dalam memulakan sesuatu salam persahabatan...

aku berharap sangat agar aku dapat menjalani kehidupan dng hati yang tenang agar segala cabaran dunia dapat aku atasi...dan aku menemui seseorg yg Allah takdirkan buatku...aku akan menunggu dan meneruskan pencarian...namun disamping itu aku tetap meneruskan perjalanan ku sebagai seorang muslimah sejati ...belajar dan memcari agama islam agar hatiku sentiasa ikhlas dgn setiap pekerjaanku...

bak kata pepatah "selagi belum tutup mata jangan pernah berhenti berusaha"

perjuangan mencari "nur iman"

Thursday, February 3, 2011

Filem: Damping malam

salam...

komen ikhlas saya buat filem ini adalah jalan cerita filem ini sangat mantap dan menarik...para pelakon pulak kesemuanya pelakon lama yang boleh dikatakan sangat berpengalaman dalam bidang lakonan... paling saya suka watak ahmad idham dan eizlan yusof...yang lain macam buat2 sahaja berlakon... bayangkan filem ini seantara or sama genre dengan santau...tapi saya lebih suka para pelakon santau wlpn kebanykkn para pelakon baru dan kurang berpengalaman namun keseraman tetap terasa... malangnya dalam damping malam seram hanya seketika kemudian tiada lagi perasaan itu... tak tahu apa yg silapnya...namun jalan cerita dan konsep sudah sangat menarik...mungkin penghayatan watak oleh seseorg pelakon tidak berjaya membawa penonton meletakkan dirinya dlam diri pelakon itu...
saya sgt gemar menonton filem seram dan filem2 baru...
saya sgt gemar watak antoganis...pelakon paling saya gemari dan hormat apabila melihat lakonannya adalah akak shiela rusly...dia sgt berkaliber atau satu perkataan yg saya blh gambarkan melalui lakonannya adalah "superb"

oklah utk filem ini mungkin 5/10 markah

tahniah.... mmg jalan cerita yg sgt menarik...