Wednesday, July 22, 2015

manusia yang berkepentingan pada diri sendiri

Assalammualaikum,

sebelum saya berbicara saya memohon maaf kepada insan-insan yang bakal terasa dengan apa yang saya katakan. saya berharap anda berubah dan bukannya kritikan ini menghina namun sebaliknya setiap kritikan bagi membina sesuatu yang lebih baik. Saya sendiri tak pernah sempurna dan saya tahu tak ada orang yang sempurna namun kita sentiasa perlu berusaha untuk jadi yang terbaik. ada beberapa perkara bukan saja ingatan kepada orang lain namun kepada diri saya sendiri. saya akan cuba rahsiakan beberapa nama sebenar agar segala teguran adalah untuk kebaikan kita bersama... mohon maaf dan semoga kita semua dipermudahkan urusan.

perkara yang biasa manusia lakukan kadang-kadang tanpa mereka merelakan ataupun tanpa sebarang perasaan bersalah terhadap orang lain... hehe

1. ruangan parking kereta/motosikal - percaya atau tidak kita semua memang mementingkan diri sendiri. betul tak. kadang-kadang kalau di kawasan flat, macam tempat saya tinggal. flat kos rendah di pulau pinang. Betapa manusia itu busuk sangat hatinya. mungkin baru 3 bulan saya di sini dan saya terpaksa akui betapa marahnya melihat manusia yang bertopengkan syaitan hadapan kita baik sangat-sangat namun di belakang kita tak tahulah apa yang berlaku. tempat parking kereta letak bunga, letak motosikal, letak segala macam-macam. bila kita ikut dan letak juga sesuatu barang. boleh sahaja mereka ubah. bila dah bosan saya akui saya lebih rela parking lebih jauh daripada rumah kerana sangat malas berebut. Apatah lagi lihat wajah manusia-manusia ini yang hanya tahu menjeling daripada mengucap syukur dengan rezeki yang ada. Tempat kita parking baik motosikal atau kereta ada sahaja insan yang tiada perasaan baling sampah dari atas ke kereta atau letak sampah dan lumur sampah pada kenderaan kita. sungguh sakit hati aku lihat manusia yang busuk hati ini. paling aku tidak tahu bila kita buat yang sama kita dimarah dan dimaki. bila mereka buat semua boleh... manusia yang penting diri...di dunia mungkin luas untuk anda. fikirkan di kubur nanti adakah anda pasti ia akan seluas-luasnya jika anda masih teruskan sikap begini.

cadangan langkah atasi: 1.  boleh tak ada pemantauan daripada pihak berwajib, kalau betul nak booking tempat,cadangkan sewaan dan tulis nombor plat kereta ia lebih berbalaoi pada semua orang daripada setiap kali bergaduh ayat yang bosan didengar "aku beli rumah kat sini, hang tu dok sewa ja jangan banyak cakap"
ingat ya beli la apa kamu nak mungkin kamu rasa barang yang kamu beli itu milik kamu, semua salah memang kamu miliki barang itu tapi barang itu tetap Allah yang bagi. bersyukurlah jangan terlalu tamak. 2. selain itu, tolonglah cari satu ruangan khas untuk buat tempat parking yang lebih banyak dan boleh menampung kenderaan yang ada. memang sini rumah kos rendah tapi kereta sekarang dah jadi satu keperluan memang semua orang cuba pentingkan diri untuk keselesaan.mungkin 10 tahun dahulu motosikal lebih banyak digunakan daripada kereta kan... fikir-fikirlah sampai bila kita perlu berebut untuk parking... bila mati semuanya akan dihitungkan secara adil. ingat warga flat H yang saya tinggal, saya tak marah sangat tapi kecewa. ada gambar yang saya ambil namun saya memang tidak akan masukkan kerana saya mahu semua orang berfikir berbanding saling menyalahkan. pernah saya lihat teknologi jepun walaupun kekadang faktor tanah yang berbeza tapi ada perkara yang boleh kita ambil daripada teknologi mereka.

2. harta pusaka -adik beradik - kalau tak salah saya hampir semua orang alami masalah yang sama. ingatlah uruskan harta pusaka sebaik-baiknya dan rujuklah ustaz dan ustazah sebelum kita beri pendapat atau buat sebarang keputusan. kadangkala sesuatu yang berlaku boleh menyebabkan hubungan bersama ahli keluarga yang lain akan berpecah. mungkin sampai putus hubungan. sayangkan sebab kita tahu hubungan sesama umat islam pun dianggap bersaudara inikan pula adik beradik. saya pernah lihat dan dengar hanya kerana iri hati, marah dan sedih . sanggup menggunakan cara halus untuk hapuskan adik beradik sendiri, untuk gangguan terhadap orang lain. percayalah anda bebas di dunia, tapi anda jangan lupa Allah tahu semuanya walaupun niat yang terdetik dihati kita. mungkin ada yang caci maki saya tapi saya nak ingatkan jangan keluarkan dialog " gila duit laa tue" secara sebarangan. setiap orang berfikir sebelum buat keputusan. pepatah ada mengatakan orang tamak selalu rugi, namun saya masih tak nampak... huhu salah saya yang percayakan pepatah atau salah sebab pepatah ini memang tak sesuai. bukan saya doakan tidak baik. tapi keadilan yang semakin menipis dalam kalangan masyarakat membuatkan sesuatu perkara terjadi. Semua orang ada kepentingan sendiri....

langkah atasi: 1. adik beradik -semoga kita saling ambil berat bersama
2. doa keluarga kita sejahtera
3. jangan beli harta banyak-banyak -kalau kita mati orang berebut roh kita jugak tak tenang
4. beli terus letak nama seorang ja
5 ataupun lahirkan seorang anak saja, pak saudara pun seorang sahaja jadi lagi mudah dan tidak ada perebutan...

3. bab cuti semasa bekerja -tidak kisahla kerja apa??? - tolonglah fikir orang lain sebelum kita buat keputusan, semua orang kalau boleh nak lebih cuti sama macam kita. ini memang tak adil sangat tidak adil bebankan orang lain hanya untuk kepentingan diri yang hanya ingin bersuka-suka dengan ahli keluarga sendiri, lainlah kalau kita memerlukan cuti rehat sebagai hal kecemasan dan dirancang lebih awal dan tidak susahkan pihak lain. Ada pulak situasi sanggup ambil mc hanya sekadar perancangan nak cuti lebih. hati-hati anda sendiri meminta doa untuk sakit, jangan sampai Allah ambil balik rezeki sihat anda. niat anda baik, baiklah dan tenang kehidupan, kalau sebaliknya anda tanggung sendiri ya. orang lain sabar mungkin bila sampai satu tahap marah, mungkin mereka jugak akan ikut langkah salah ini.

langkah atasi: 1. tolonglah berhenti kerja atau cari kerja yang sesuai dengan permintaan cuti anda
2. bekerja sendiri atau buat bisnes dari rumah, senang bila anda nak cuti

peringatan ini untuk kita semua. Agar kita tidak akan lakukan tindakan yang salah dan mungkin kita akan sesalkan kemudian hari, oklah saya akan sambung kerja sendiri dahulu sebelum bertambah masalah lain. novel terbaru saya akan saya garap setiap hari sabtu dan ahad. InsyaAllah saya akan usahakan secepat mungkin kerana menulis adalah minat saya.

terima kasih