Tuesday, June 28, 2011

cabaran dunia pendidikan

salam...
setiap sekolah mempunyai kemudahan, kebaikan dan keburukan tersendiri...tapi usahlah kita mnyalahi tempat itu...kita usaha semampu habis utk apa yg mampu kita berikan... semoga kita berjaya menempuhi alam pekerjaan dengn hati yg tenang dan gembira

Wednesday, June 15, 2011

pengaruh filem terhadap golongan remaja

salam...
perkongsian ilmu kita bersama...salam ukhwah saya ucapkan... memang peranan filem atau cerita/cerita di kaca tv pada hari ini adalah aktiviti santai atau aktiviti bersama yang dilakukan bersama ahli keluarga, namun pada akhir2 ini saya rasa cerita2 yang disiarkan banyak membawa impak buruk kepada golongan remaja, moraliti atau nilai murni didalam cerita diabaikan, sebaliknya mereka dipengaruhi dengan cara percakapan seperti: lu, gua, beb, wak lu. ini mencerminkan remaja yang semakin cenderung kepada gejala negatif. Setiap filem baru yang dimainkan di pawagam, tidak perlu menunggu masa yang lama pengaruh itu akan didengar di dalam kelas atau dikawasan sekolah, para remaja ini atau pelajar sekolah akan sentiasa mengajuk percakapan artis2 yang mereka minati walaupun tanpa memahami maksud sebenar perkataan itu.

sedih melihat situasi ini saya rasa gaya bahasa yang digunakan haruslah diperbaiki dan diperkemaskan lagi agar kita sama-sama dapat memertabatkan penggunaan bahasa kebangsaan agar ia dapat memberi pengetahuan atau ilmu baru kepada para remaja ini. ini kerana setiap filem akan memfokuskan kepada golongan umur remaja kerana mereka lebih banyak memiliki waktu terluang bagi menonton sesuatu cerita...

sesungguhnya ilmu yang disampaikan walaupun sedikit tetap memberi manfaat kepada insan lain. Namun kalau kita penyebab sesuatu gejala atau perkara negatif bukankah kita juga bertanggungjawab terhadap perkara itu...ingat2lah walaupun kita mengejar harta keduniaan ...bagaimana kelak kita di soal dihari akhirat... bagaimana utk kita menjawab bagaimana kita merosakkan masa hadapan anak2 yang bakal menjadi pemimpin dunia...

sama-samalah kita merenungi...saya tidak menunding jari kepada sesiapa...peranan siapa harus diperjelaskan lagi...sama2lah kita fikirkan utk masa depan yang cemerlang kepada semua rakyat di Malaysia...

salam sayang, mohon maaf andai pandangan mata dan hati saya mengguris perasaan sesiapa, tiada niat utk menyakiti sesiapa...hanya sekadar berkongsi cerita...