Saturday, October 31, 2009

kecelaruan pemikiran

seperti diari pulak aku rasa blog aku nie... tapi takpelah sekadar aku berkongsi pengalaman hidup... diharap sesiapa yang membaca tidak mengalami nasib seperti diriku ini.

setiap kali aku menyayangi seseorang pasti asa saja masalahnya... begitu juga kali ini. namun aku tak pernah slahkan nasib atau apa...cuma mustahil lah aku tidak kecewa kan... namun aku masih blh berfikir secara waras lagi. itulah pilihan yang ada lagipun keutamaan dalam kehidupan aku adalah sentiasa belajar, cinta entahlah yg keberapa... tapi seperti yang aku kata dulu... mustahil kita akan tolak cinta yang tetiba hadir dalam hati kita... lagipun kita hanyalah manusia biasa yang sering dahagakan kasih sayang (perlu igt biarlah bertempat dan jgn lah fikir bebukan pulak...hahah) ingin mencinta dan dicintai...perasaan ini normal sahaja...tiada istilah cinta buta ke, cinta monyet ka...yg penting kita perlu tahu apa yg ada dalam hati kita...
benar2 kasih sayang seikhlasnya atau pun sekadar suka s


Wednesday, October 28, 2009

Dilema -by hijjaz; Untuk semua kaum Wanita

Salam... hayatilah lirik lagu ini... dan dengarlah lagu ini... Jika anda merupakan seorang wanita kembalilah berfikirlah kebaikan mengenai lagu ini.

Dilema
Album : Pelita Hidup IV
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

c/o
Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya

Pengirim : kahfi_8

Saturday, October 24, 2009

ku terima andainya itulah yang terbaik

salam...biarlah diantara kita wujud persahabatan yang kuat...
andai hadir suatu perasaan lain akan aku abaikan...tidak aku tidak mahu terlibat lagi...
menaruh hati dan menanti kasih yang tidak pasti...
biarkan aku sendri dari aku terus menanti2 kasih yang tidak mungkin aku miliki...

aku mmg betul kasih namun aku tahu apa yang terbaik utk kita... biarkan ia berakhir dan teruskan persahabatan kita ini mungkin jalan yang terbaik...

terima kasih....

daripada adek ila...

Monday, October 19, 2009

kembalikan keceriaanku....

salam nak tahu serba sikit kisah aku waktu kanak-kanak dulu...rsanya sekarang pun masih tiada perubahan...hehe...

aku nie agak tidak sabar utk melihat dunia dan mengejar cita-cita...itulah atas bidalah arwah tok ku... belum masanya lahir tapi aku nie tak sabar nak melihat dunia...tapi dunia ini tempat yang penuh cobaan... masih teringat lagi kata-kata arwah tok aku... miss u...muahhh



Disebabkan aku lahir di rumah adalah terjadi sedikit komplikasi...hehe...tau tak jururawat tue terkejut tgk kecomelan aku dan terus lupakan mak aku yg tgh sakit tue... oleh sebab beberapa kejadian yg tak dapat dielakkan....
Pada 6 march 1986 pada jam 2.25 a.m aku selamat dilahirkan... selapas itu barulah kami dibawa ke hospital sebab mak aku kena tambah darah...hehehe
Tembam tak aku...hehhe...aku ni adalah dalam kategori comel+nakal+degil+kuat merajuk+sensitif+manja+garang+pendam =norshafilah binti ismail...

nama aku pula mak sedara aku yg bagi...sesuatu yg pelik dan jarang ditemui...sebab itulah kelakuan aku adalah antara yang terdegil dalam keluarga...anak tengah nie senang sgt jadi baik dan senang sgt jadi yang terteruk...huhuhu

apapun mak aku tetap puji la aku suka bebas tapi masih tahu batas dan family aku tak pernahlah halang apa yang aku nak selagi benda tue berbaloi...cam aku stdy skrg...hehhehe kat sini aku sertakan beberapa gambar comelku zaman kanak-kanak....yang lain aku tak sure lah...takut salah pulak masukkan gambar tak bertudung nie ... nie masih baby... klu salah... tlgle tegur...nnt leh saya delete the photo...almaklum...belajar dari kesilapan

Saturday, October 17, 2009

entah bila masanya aku sedari

salam...sampai saat ini teman rapat aku sering kali memuntahkan kata2 kurang enak untuk ku dengar bila mana kita sukakan seseorang andai dia jhat dan terdetik dihati kita utk terus menyukainya...adakah ia merupakn salah diri kita
kekdg aku terfikir...
wanita ini bodoh kerana terlalu mendamba pada cinta
tatkala seketika aku terfikir lagi
lelaki itu bodoh kerana suka mempermainkan wanita
tapi bila aku fikir dan amati kembali tiada yang bodoh...cuma ini hanyalah lumrah dan halangan dalam kehidupan
setiap org yg kita temui bukan semestinya kita menemui jodoh sendiri... namun paling tidak gemari...mengata atau mengtuk...andai kita berkawan dengan org itu biarlah ada keikhlasan janganlah kita bermuka-muka...andai dia jahat atau suka mempermainkan wanita jangan dihalang dan menyekat org lain dari memahami masalah seseorang...sebab dimana sesuatu masalah itu berlaku pasti ada puncanya...andai semua hanya meminggirkan insan2 yang bermasalah tanpa memahami sikap atau masalah yg mereka hadapi...bagaimana mereka harus mengharungi hidup...selamanya mereka akan diketepikan dan dijauhi....

andai ada teman anda yang bermasalah jgnlah dibiarkan dia sendiri selamilah dan dekatilah dia cubalah memahami masalahnya...bantulah dirinya keluar dari masalah...

maaflah andai aku kini bagaikan mengganggu situasi keadaan...nmun aku tidak mahu sesuatu seperti sebuah persahabatan yang terjalin hilang begitu sahaja...namun jika aku dah mencuba dan berusaha...hanya satu jalan yang terbaik sahaja ada...aku pati memilih jalan itu sebgai jalan terakhir bagi keluar dari masalah yang sedang melanda diriku ini...

ikhlas ku katakan aku tidak lagi keliru dengan keadaan diri...hakikatnya kini kau tetap kawanku...andai jika kau rasa sebagai kawan pun aku tidak layak...akan ku menjauh...tapi itulah jalan terakhir pilihanku...keputusannya ditanganmu sahabat...jgn diharap pada yang tidak pasti...

orang yang yang tidak berani mencuba dalam hidupnya dia adalah insan yang benar2 gagal... bila mana kita sudah mencuba... biarlah keadaan dan masa pula yg menentukan...

Allah SWT tahu apa yang terbaik utk hamba-hambaNYA....

ku izinkan kau pergi

selamat kita manjadi kawan...biarlah aku nak terus bt tesis nie... huhuhu...aku tak sihat nie...huhuhuhu...rindukan keluarga...

Thursday, October 15, 2009

saat ku ingin lupakanmu

salam... alahai mmg aku dah semakin melupakan dirinya dan cinta yang hadir dihati ini buatnya...
namun tanpa ku sedari semakin aku menjauh dan menghilang darinya...sebenarnya keadaan pula menemukan kami dan mendekatkan...
aku ingin terima dia sebagai temanku sebagaimana waktu dahulu...namun jika begini keadaanya aku takut tersalah kawal perasaan...aku tidak boleh bermain lagi dengan cinta kerana aku tidak pasti kebenaran mengenainya... adakah aku perlu mencari insan lain disaat ini dan biarkan terus begitu...tapi adilkah pula pada insan lain iitu... tatkala ini aku masih keliru...
kalaulah dia mahu berterus terang maka selesaikan tanda tanya dalam benakku...selagi dia ingin mendiam tiada jua dapat ku memaksa...
jgn berteka teki...sejak kawan aku mempermainkan aku di sekolah rendah aku semakin benci dengan teka teki...huhu

teman andai kau menolak diri ini aku tetap menerima takdir...namun janganlah kau diam begini... jika dirimu mencintai insan lain,..tiada jua ku memaksa kau menerimaku...ku hanya ingin mengucapkan tahniah...namun jgnlah kau seksa perasaanku ini...tolonglah teman...di saat ini aku masih lagi menghormati dirimu...
jgn buat aku menjauh dan terus menjauh...

disaat ini yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa agar aku memperoleh ketenangan dan dapat mengawal segalanya...insyaAllah...

"Ya Allah... jika dia benar utkku dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
jika dia...bukan millikku...damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu..."

Saturday, October 10, 2009

kasih yang tak kesampaian

salam... pagi ini aku cuma nak coretkan sedikit rasa terkilan terhadap perjalanan cinta yang hadir dalam hidupku sepanjang 23 tahun aku bernafas dimuka bumi ini... cinta yang tetiba hadir dalam diriku telah kutanam begitu saja...mau tahu kenapa...

aku dengan yakinnya menyampaikan isihatiku melalui surat krn ku rs inilah salah satu jalan yg baik...dan tidak menunjukkan salah faham..namun dia tiada membalas...jadi sehingga kini aku yakin kasihku telah ditolak...jadi sekiranya hadir nya cinta selepas dirinya dalam hidupku...akan ku terima tanpa menoleh seketika kepada dirinya kerana aku kini yakin cinta yg ada bt dirinya hanyalah untuk seorang sahabat... aku doakan dia bertemu dengan insan yang baik...malah lebih baik dariku... aku tidak mungkin menoleh kebelakang lagi...hidup mesti terus ke hadapan...

aku tidak menolak kemungkinan untuk bercnta...cuma dari dulu lagi aku dah ttpkan prinsip...cinta sesama manusia bukan yg pertama dalam senarai impianku...aku tak nafikan aku juga punya perasaan cinta dan syang namun ia tidaklah melebihi sayangku kepada Allah... selain itu aku tidak jugak seorang yag tidak mahu berkahwin...aku tahu segalanya telah ditentukan dan ditakdirkan...ada sesetengah kawan aku meminta kau berusaha...namun aku tidak mahu terlalu memikirkan bab cinta hingga mengabaikan apa misi dan visi utama aku datang ke UPSI...

ya aku sentiasa berdoa agar ditemukan dengan seseorang yang menyayangi diriku seadanya dan dapat menerima segala kelemahan dan kelebihanku serta dapat menyempurnakan diriku serta berkongsi segalanya dengan ku...namun kita sebgai manusia haruslah percaya setiap perancangan yang kita buat tak semestinya kita akan dapat capai semuany...aku sentiasa berdoa...

sekiranya jodohku adalah pilihan keluarga aku tetap terima ...siapa juga jodohku aku terima...namun utk menggelakakn soal jodoh itu bukan aku...sekiranya org mengatakan sesuatu aku tetp aku tiada siapa yang mampu menukarku...namun selagi ada niat dihati ini untuk menjadi insan yang boleh digelar muslimah sejati...namun sekarang diriku hanya memikirkan soal keje kje yang tak pernah habis...namun aku yakin segalanya pasti ada balasan...sekiranya kita benar2 melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas pasti balasan baik yang kita perolehi...

aku tidak pernah berhenti dari berdoa... segalanya...

p/s: percayalah setiap benda yang dibuat pasti ada balasan...
~segalanya pasti ada hikmahnya~ sama tak macam segalanya multimedia...hehehe

Wednesday, October 7, 2009

hari ini aku terkenang

salam... memang banyak betul cabaran semester ini...alhamdulilah atas sokongan kengkawan semua dapatlah saya laksakan beberapa tugasan ...dan sekarang byk ttg kelas, lab task, asgmnt ind dan asgmnt group on the progress... mmg apa2 pun sy kena bt sebab sem nie tetap akan ditamatkan...apapun sy kena usaha... insyaAllah

ada beberapa berita terbaru yang aku tahu...alhamdulilah byk diaorg dah byk yang berpasangan teringat pulak saya pada pesanan cikguu saya diskolah dulu...hahhaha... tahniah

kerap soalan itu terpancul dari bibir kawan2 saya...adakah saya sudah mempunyai seseorang teman yang boleh dikatakan istimewa dalam hidup ini....

jawapan nya...hahha...saya masih solo dan single seperti ini...saya tau klu disebabkan cinta sebelah pihak bukan salah satu sebab utk saya pinggirkan diri dari menerima kehadiran cinta baru dalam hidup...

sebelum saya terbaca satu artikel saya juga pernah dibayangi mimpi akan dicintai oleh seseorang yg benar2 ikhlas menyayangi diri ini, rasa diambil berat, macam2 juga seperti mana teman2 saya bercinta...mungkin juga tiada antara org yang minat akan saya...atau sikap saya yang meyebabkan orng tidak mendekati sy untuk dikenali...sy sendiri juga tidak tahu sehingga kan suatu masa saya rasa keyakinan diri saya semakin menurun dan teruk...

sehinggalah suatu malam saya bermimpi akan seseornag insan yang sayangkan saya...arwah tok saya barulah saya sedar betapa jauhnya saya membuat kesalahan...

saat itu, saya meyakinkan diri sendiri akan apa yg saya ada adalah cukup...dan saya patut bersyukur dan bukannya tamak,...
sejak itu...saya dah membiasakan diri berkawan...

cinta...

bukan saya mengelak...tapi klu bercinta selepas kahwin mungkin lebih baik...mmg ada yg kata akan ada masalah,...tapi klu kita yakin insyaAllah mana2 cinta yang hadir biarlah seikhlas mungkin...

mungkin suatu hari kelak saya akan bertemu dengan cinta sejati... biarlah kami bersatu kelak kerana Allah dan bercinta selepas berkahwin....

p/s: yang penting kebahagian yang kita miliki bukan dari kesedihan org lain...

Thursday, October 1, 2009

Kenangan di hari lahir Satriani, roomateku atau akak angkat ku...hahaha(jgn mare)

salam... tarikh terakhir dalam bulan september merupakan tarikh keramat bt seorang teman rapat diriku di UPSI... kami berkenalan sejak semester 1...sama2 mengikuti PALAPES UPSI...mmglah kami bukan sama2 berjanji masuk PALAPES...tapi inilah permulaanya kami berkenalandisinilah bermulah sebuah kisah persahabatan antara kami semua bermula...

biar aku terangkan sikit perangai pelikku agar semua lebih memahami cerita ini...hehehe...
aku nie susah sikit nak dapat kawan...tapi sekali dia kawanku selamanya aku menjadi sahabat...
kalau nak tau umah B-4-1 menemukan sahabat2 yang memahami isi hati aku sehingga sekarang...

kalau nak tau semua kawan rumahku yang dulu kata aku nie sombong ... belagak dan macam2 lagi la almaklum aku budak pulau tak pandai sgt kawan2 nie...bagi aku klu kita ikhlas pasti org
suka kwn dgn kita...alhamdulilah...biarpun hanya aku seorang org semenanjung dlm group mereka aku masih rasa gembira...biarlah diorg kata mcm2 dulu...lagipun bukankah klu tak kenal maka tak cinta jadi tiada apa yg perlu disimpan dalam hati...lagipun aku percaya mereka semua mengasihi aku dan sayang cuma bak kata org aku nie mmg cepat sensitif dan merajuk...susah diorg nak pujuk...huhuhu..tu je kot salah satu sikap aku yg paling susah utk aku ubh...cuma aku akan cuba berubah menjadi insan yg lebih berguna


macam aku kata cuma sikap aku tue je kot mungkin akan bt mereka rimas nak dekat dgn aku...tapi aku ikhlas katakan kat sini walau apapun aku gembira dapat berkawan dgn mereka...aku doakan kita semua sama2 berjaya dalam kehidupan
...insyaAllah

roomate aku sekali sahabat paling karib aku...dah 4 sem kami tgl bersama...sem nie kami last tgl bersama lepas nie semua dah keluar praktikal ikut tempat yg terdapat lerr... sem terakhir nie aku just atau hanya mampu bt majlis kecik2 ajak2 org rumah kami je...hadiah aku pun tak seberapa la kan...hehehe

apa2pun...aku mmg ikhlas...terima kasihlah kerana tahan dengan kerenah ila...sebab mak aku sendiri hairan macam mana aku blh rapat dgn korang sebab aku nie kepala angin lain macam...suka2 nak marah sikit2 nak merajuk...mesti ko dah rimas kan dgn adanya aku...maafkanlah sekiranya aku disini selalu menyusahkan dan menyakitkan hati hg... al maklumlah...kita tak tahu bila kita akan dijemput kembali...

cuma kat sini ila nak minta maaf kat sesiapa yang mengenali ila dan ada kata2 atau perbuatan ila yang terkasar...maafkanlah diriku ini aku hanyalah hamba yang lemah... terutama teman2 yang rapat dengan diriku...terima kasih juga kerana sudi membimbing dan membantu diriku ini tatkala aku sendirian terdampar disini jauh dari pangkuan keluarga..
bak kata org perantau sepilah...hehehe

steph, sat, sudi, marina, pony,jue, dan lian...terima kasih kerana selalu penuhi segala yang aku nak makan

pada kengkawan yg lain yg tak sempat nak sebut nama kat sini...terima kasih ye...terutama dua junior kesayangan aku..(bukan sebb apa sem lepas depa dok serumah aku...lagipun...dua2 baik... jen n nad...TQ)

laa... lari tajuk lagi...

kembali pada roomateku, SATRIANI OSMAN... Tq KERANA hadir mengisi tempat sebagai salah seorng sahabatku...
ila percaya segala yg baik dan buruk yang terjadi antara kita adalah asam garam dalam kehidupan ini semoga kita dipertemukan lagi...insyaAllah... selamat hari lahir buatmu...adek nie mmg dah nakal...haha tahan jelah beberapa bulan lagi dok dgn adik ye

pada tarikh ini juga terjadi kejadian Tsunami di ? Amerika...kawasan mana ila tak igt laa...dan gempa bumi yang berlaku di Sumatera laa... kat Malaysia pun terjadi juga gempa bumi dan masih terasa gegaran...

6.00(tak tau yg tepat kul brapa tgh risau sgt tak semoat tgk jam) ...
tetiba je aku rasa pening dan rasanya segala benda dalam bilik aku bergerak 2 dan bergoncang2..aku fikir aku dah kena penyakit keturunan iaitu darah tinggi sebab aku baru lepas makan daging...tetiba aku terfikr???
aku hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah...teringat kembali gemba bumi yang kedua terjadi selepas Tsunami di Penang dulu...
dalam hatiku berkata2 "jadi balik ke tsunami...huhu...Ya Allah selamtkanlah keluargaku yang jauh disana...entah mcm manalah mereka..."itulah yg mampu aku fikir...

huhuhu...aku terdengar housemate aku yg dok bilik satu...dia kata bergoyang kuat dan macam ada orrg main kerusi dia...time tu aku siap gelak lagi kat bilik...masa tue roomate aku pi washroom lerr...
aku serbu pi bilik sebelah...weii...ni gempa bumi laa.. jom kita turun...kat bawah tue dah terpekiq2 dah...huhuhu
dalam suasana kelam kabut tue...roomate aku kuar washroom...kami bgtau gempa bumi jom turun...dia buat muka blur...haha
cuma dia jawab aku belum solat? bila aku pun kata sama tak solat lagi... dia pun ermmm...ada sorang mber kami siap tegur lagi...tue le suka sgt melambatkan solat...terpaku aku... huhu
"nasihat kat kengkawan...bayangkan klu time tue kami meninggal bukankah km yg bersalah melewat2 kan solat...igt janganlah dilambat2 kan solat" aku menasihatkan diriku sendiri dalam hatiku...

kami bergegas turun dahulu... nak tau...kami cuma bawa hp,kunci,kad matrik dengan kad bank...yg lain tinggal je kat umh...roomate aku lerr paling besh dia bawa trn hp jer...yg lain dia tgl...kami tgk bebudak lain segala dokumen dgn laptop bw trn...terbayang pulak betapa kami kelam kabut dan tak penting yg lain kecuali nyawa diri je...hahaha... (lgpun nie bkn lat kebakaran...nie betul2) mgkn terlalu terkejut kot... lgpun kita tak pernah diberi latihan apa yg kena bawa dan apa yang tidak...

nak cerita skit pasal housemate aku sorang nie...lianah...dia dgr je gempa...kelam kabut dia siap2 bergegas turun...entahlah dia trn dgn tangan kosong gak...kami yg dibelakang nie ditinggalkan je..hahaha

yg aku tak tahan gelak roomate dia yg tgh tido si marina tue...dia kejutkan je pastu dia terus blah...hahha housemate aku sorang lagi, stephanie yang tido kat bilik 3 tue pun hampir kami tertinggal nasib baik ketuk juga...cuma
dia trn dalam keadaan mengantuk lagi...cuma aku tak tahan ketawa bila aku kata jom trn gempa bumi nie...selamba dia cakap nak pegi mana nie..aku ngantuk...kena turun juga ke? hahahhaa
bila kami berkumpul kat bawah barulah...dia cakap nyesal aku tido kan dah tak dapat rasa gegaran gempa bumi tue...

inilah pengalaman kedua aku hadapi gegaran gempa bumi...

sekarang nie aku dah makin takut pada keadaan angin ribut ...aku akan mula rasa risau pada semua orng...sebab bunyi angin tue buat aku seram...aku mmg takkan tido kalau tetiba angin kuat pada waktu malam...huhuhu


buat kengkawan kalau nak komen tue komen jelah tak perlu disimpan2 kalau ingin menegur tegur sajalah lagipun aku sebagai bakal guru perlu mengubah sikap yg buruk...agar aku dapat membimbing anak2 bangsa Malaysia kelak...insyaAllah...