Saturday, February 27, 2010

SENYUMLAH

salam...

ada pepatah mengatakan...senyumlah walaupun dihati kita penuh dengan kesedihan... huhuhu...

memanglah pada dasarnya aku tidak bercinta tapi aku syok sendiri...dikala penolakan terhadap cinta berlalu pergi...dihati ini susah benar ingin mempercayai kaum adam yang penuh dengan helah mereka...namun aku tetap berdoa agar suatu hari nnt aku ketemu dengan jodoh yang terbaik buatku dari Allah...

walaupun ada kawan2 yg prihatin minta aku mencari dan berfikir mengenai cinta dan perkahwinan sekarang...maaflah masih susah nak ku ubati kelukaan yang mendalam yg masih berbekas dihatiku kini... biarlah masa berlalu pergi membawa segala kelukaan diri ku ini...

sapalah aku dihatimu...cuma teman/sahabat sejati...biarlah selamanya begini

Thursday, February 25, 2010

hari temasya sukan tahunan SMK RMM

salam...

hari nie...berpakaian sukan le gamaknya pepagi lagi kakiku melangkah ke sekolah...bukannya tak de insan sudi menumpangkan diriku ini...namun aku segan meminta pertolongan selagi disaat aku masih mampu berdiri dan berjalan sendiri... byk terhutang budi susah pulak nak dibalas nanti...

hari ini aku membantu cikgu keetha di bahagian board scoring... dan ada sedikit kerja tambahan yang perlu kami lakukan iaitu kami diminta mencari hampir 20 orang pelajar dalam membantu beberapa bahagian. pada awalnya ada sedikit masalah pelajar yang diminta membantu entah hilang kemana...alahai sikap pelajar kan...susahnya kita nak paksa...dlam keadaan keterpaksaan aku mencari beberapa orang pelajar yang sudi membantu dalam aktiviti ini...menarik dan meminta bantuan pelajar...alhamdulilah segalanya telah berjalan dengan lancar...bukan setakat 20 org malah lebih lagi...namun segalanya aku hadapi dengan tenang...

Kami perlu update score setiap rumah sukan utk para tetamu. Namun memang perbezaan punggutan mata mnyebabkan pelajar blh hilang semangat diri dalam memperjuangkan rumah sukan mereka... namun kecekalan mereka dapat sya puji disini...

biarpun tahu diri hampir kalah namun semangat utk mencuba berkobar2 dlm diri setiap pelajar... aku duduk dibahagian board je sambil melayan pelajar yang bekerja kami duduk sahaja...

setiap hari soalan yang sama akan aku dapat dr kawanku...ada ke patut suruh aku berkahwin dan fikirkan ttg kahwin... alahai pelik...hehhee...sabo jelah...sampaikan cikgu dan student dah salah faham...ada ke depa kata dia sendiri syok kat aku...sedangkan aku faham dia punya perangai...aduhai...lagu mana aku nak tegur dia...supaya jgn bt cam tue...

entahlah...penat aku fikir ...abaikan saja...

pasal rumah sukan...agak happening dan sudah tentunya rumah purnama johan...suria kedua diikuti buana dan akhir sekali rumah segara...

oklah jumpa lagi nnt..esk dah cuti...

apa2 puntakziah bt pelajar yg accident...mmg tak disengajakan...semoga cepat sembuh...cikgu boleh doakan dari jauh...insyaAllah...marilah kita doakan kesejahteraan pelajar ini...

pada pelajar yang lain...berhati2lah semasa melintas jalan...

cikgu shila

Wednesday, February 24, 2010

guru pembimbing observe at a first time

salam...
detik 24 feb akan menjadi kenangan buatku...
guru pembimbing saya telah menjalankan pemerhatian secara menyeluruh...alhamdulilah biarpun keseluruhannya dalam sederhana bukan markah namun penyediaan aku untuk menjalani p&p...memang aku dah setkan dalam otak agar sentiasa bersedia untuk setiap kali kelas pengajaran...

alhamdulilah aku agak nervous jugak sehingga pengurusan masa aku hampir terkantoi...almaklumla aku dah terkelam kabut sebentar... insyaAllah semoga kelas2 yang akan datang dan buatkan sahaja dgn praktikkan sentiasa semoga aku dapat memperbaiki kelemahan diri sentiasa... bukan hanya bila kena seliaan...that not me okay...

mengenai percakapan aku pula...aku terlalu kerap menggunakan ayat atau kata ganti nama diri kepada pelajar ="ko"...nampak kasarkan...klu utk kawan tak mengapalah...ini bkn disengajakan tapi bila kelas terlalu byk nak kawal... penggunaan bahasa aku dh jadi tunggang langgang... penggunaan bahasa ko nie pun masa kat UPSI le...masa berkawan dgn bebdk sabah...klu tak biasanya guna hang...klu aku guna hg kat sek alamatnya mati le aku dgn pengetua...hahaha kasar tue... insyaAllah aku yakin..masih boleh ubah...kepada pelajar atau nama pelajar sendiri tak pun kome atau kamu...

kalau komunikasi dengan pelajar masa aktiviti pulak...ada jugak masalah aku kat sini...mungkin aku terlepas pandang...mgkin ada pelajar akan kata aku nie pilih kasih ...nmun aku bukan begitu...aku syg semua pelajar kelas tue.. namun sebagai manusia biasa aku juga ada kelemahan dan kekurangan diri... aku terlepas pandang tue kira masalah besar yang perlu aku berhati2 dilain masa...insyaAllah aku akan semtiasa perbaiki...semoga semua pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap apa yg ingin aku sampaikan... semoga pelajar dapat sma2 bergembira belajar bersama saya... konsep kelas yg akan aku perkenalkan learns is fun...learning with fun...
semoga aku akan sentiasa adil pada yang aktif dan yang tidak aktif didalam kelas...insyaAllah... terutama masa aku bertanya soalan dan respon dr pelajar perlu libatkan semua pelajar sama ada yg aktif atau yang tak aktif...

satu lagi masalah aku yang rasanya perlu aku beri penekanan ialah suara...intonasi suara dan lever lontaran suara peru diperbaiki supaya pelajar tahu apa yang kita kena sampaikan dan ketegasan seroang guru...aku boleh tegas tapi bukan sentiasa tegas didalam kelas...even ada masa pelajar boleh lagi bergelak ketawa dan ada masa mereka kena serius belajar utk masa hadapan...igt tumpukan pada semua org didalam kelas...

satu lagi kelemahan aku ialah aku menyampaikan arahan tanpa menunggu pelajar menumpu pada aku yang berada dihadapan...aku cuma tumpu pada beberapa org sahaja...bukan aku sengaja pun tapi ini kerana aku juga bukan takut...entahlah mungkin aku dh biasa dgn penyampaian arahan kepada wakil...namun aku perlu ubah cara begitu kerana pelajar memerlukan penegasan atau disiplin utk membentuk jati diri dalam mendalami ilmu multimedia... multimedia adalah sesuatu yang mudah dan sgt seronok jika seseroang itu memahami apa itu multimedia... pemantauan terhadap apa yg pelajar tgh lakukan haruslah diperketat ...maksudnya tiadalah pelajar membuat keje sambil melepak2...
jadi aku perlu menunggu semua pelajar bg tumpuan sebelum menyampaikan arahan

bahagian penutup juga seharusnya aku bagi penumpuan disini dari segi kebersihan bengkel serta kekemasan kelas yang telah digunakan. selain memastikan suis serta lampu yg telah dipasang ditutp...serta maklumat pada buku perlu diisikan...
ada lagi penyampaian maklumat pada masa bahagian penutup perlu diperhatikan...

alhamdulilah setakat ini sahaja apa yang komen aku dapat kongsikan bersama kawan2 ...klu ada yang cikgu pembimbing sy cakap yg sy tak masukkan maaflah bukan tak masukkan tapi dh dihuraikan bersama beberapa perkara tadi...klu ada yg tertinggal maaflah sy hanya manusia biasa...insyaAllah sy akan membuat lebih baik lagi pada masa akan datang...

terima kasih pada guru pembimbing sya...saya faham ini kali pertama saya datang praktikal...dan kebetulan saya dapat guru pembimbing yg pertama kali mengobserve pelajar praktikal...terima kasih ke atas kesudiaan beliau yang sudi memberi tunjuk ajar , kerjasama, bimbingan, berkongsi pengalaman serta membincangkan perkembangan serta ilmu produksi multimedia dibawah vokasional bersama saya...insyaAllah sy akn memberi komitmen sebanyak 100% utk memastikan sy mempelajari yg terbaik pada peluang yang telah diberi pada saya oleh Allah SWT... dikesempatan ini akan saya belajar bukan sahaja dari guru pembimbing saya tapi pada terima kasih juga semua guru yang berpengalaman di SMK RAJA MUDA MUSA termasuk Pengetua dan Pen Kanan 1 yang byk memberi peluang saya menimba ilmu, pengalaman serta peluang saya mendidik anak bangsa MALAYSIA serta berkongsi ilmu dengan mereka utk bekalan masa akan datang...insyaAllah...dan sudi menerima kedatangan kami ke sekolah SMKRMM dengan hati dan tangan terbuka dan sudi berkongsi pengalaman mengajar dan ilmu mereka...insyaAllah budi cikgu2 tak dapat kami balas namun doa supaya semua cikgu2 diberi kesihatan yang baik dan semoga dapat mendidik lebih ramai lagi bangsa MALAYSIA...insyaAllah....

thanks a lot SMKRMM... memberi peluang sy menimba ilmu mengajar...semoga hari2 mendatang sy dapat membuat yang terbaik bt sek ini dan semoga sy dapat memperbaik diri... insyaAllah

guru pembimbing observe at a first time

salam...
detik 24 feb akan menjadi kenangan buatku...

Monday, February 22, 2010

alkisah praktikum

salam...
mmg praktikal kali ke2 ini mencabar diri saya... sebelum ini saya menjalani praktikal di industri.Tidak terasa sangat bagaimana berdepan dengan pelajar dan sebaliknya.

Namun praktikal kali ini mmg mencabar mental dan fizikal. rumah tempat saya menumpang dari panas dan hujan, punya kisah disebaliknya. mesti kengkawan akan kata...semua tempat sama ...namun setiap tempat punya cerita sendiri...namun saya harus kuatkan hati dan diri, semoga niat baik saya akan dipermudah dan diberi pelindungan dari Allah SWT...

disekolah juga cabaran sebagai seorang pendidik yang harus berusaha kuat memahami dan mendalami diri setiap pelajar agar dapat menarik minat mereka mempelajari ilmu yang berguna untuk masa hadapan mereka sendiri... namun aku harus kuatkan diri supaya dapat membentuk dan memberi semangat kepada adik2 ini untuk memperjuangkan masa hadapan mereka...

kisah disekolah...tiada benda yang rahsia namun mungkin ini dugaan yang Allah berikan dan salah satunya adalah kita manusia haruslah mengambil iktibar terhadap setiap peristiwa yang berlaku. InsyaAllah segala peristiwa yang berlaku disini mungkin akan jadi kenangan yang terindah atau sebaliknya...namun kenangan ini akan memberi seribu warna dalam memori diriku...


salam sayang...
shila ismail

Saturday, February 20, 2010

kisah kawin lagi...

salam...


cukup2 la... penat dah aku nie


10 alasan aku utk tajuk nie

1. aku punya impian dan fokus utama pelajaran

2. aku masih belum bekerja dan tunaikan tanggungjawab sbg anak

3.tiada calon langsung

4. tidak mahu mengkhianati keluarga

5.tiada insan yang ingin menjadikan aku seorang kekasih

6.belum punya duit sendiri

7. belum punya rumah sendiri

8.belum punya kereta sendiri

9. tiada masa utk memikirkan cinta

10. tiada masa utk komitmen cinta tanpa tujuan



itulah antara sebab musabab aku maih tidak mhu memikirkan soal jodoh...jgn le terkejut pun ...almaklum aku masih single calon pun belum ada...jadi biarlah aku mcm nie...lgpun muda lagi nie...paling awal 5 tahun lagi kot klu nak kahwin pun...


p/s: insyaAllah klu dah jodoh tak kemana...

Wednesday, February 17, 2010

Aduhai...hati...fokus pada kerjaya

salam...

tak kusangka akan punya perasaan seperti ini lagi...tatkala diriku masih belum sepenuhnya melupakan insan itu...hadir pula insan lain yg berjaya membuat hatiku merindui dirinya. Namun adakah ini perasaan suka yang hadir atau perasaan yg akan menjadi bibit cinta...

duhai hati berkatalah dikau... namun jauh disudut hatiku masih melarang aku utk membuka pintu hatiku...bukan kerana apa tanggungjawab aku sbg anak masih belum terlaksana kini...

biarlah masa berlalu memberikan jawapan dimasa akan datang. sebagai umat islam aku terima sebuah persahabatan ikhlas dari org yg benar2 ingin berkawan...apa yg jadi di masa akan datang hanya Allah sahaja yg tahu...kita sebagai umatNYA seharusnya berdoa dan berusaha... biarlah aku memberi masa pada kami untuk saling berkenalan...namun jodoh pertemuan bukan aku yg tentukan... kalau benar kami berjodoh...insyaAllah aku tetap terima dgn hati yg ikhlas...jika dia bkn jodohku...aku tetap akan terus bersabar...mungkin jodoh aku akan datang jua nanti...

apa2 pun biarlah kami berkawan... perkenalan yg singkat dan ramahnya dia sera senyum manisnya berjaya memikat hati ini utk mengenalinya... apa 2 pun masih terlalu awal utk aku membuat keputusan..biarlah masa yg menentukan...lagipun berkawan itu lebih baik...tiada yg marah atau sakit hati...

actually, aku suka berkawan... dan suka aturkan kawan utk kawan2 aku...minta maaf sekiranya aku bersalah namun... aku ingin melihat org lain bahagia...andai kata aku terpaksa korbankan kebahagiaan aku demi org yg aku syg...aku sanggup asalkan dijalan Allah...

Maaflah diri ini hanya ingin berkawan buat masa ini...career first...bab cinta biarlah dahulu...sebab itu aku akan kenalkan sesiapa sahaja dgn org yg rapat dgnku...atleast aku tgk budi dia dulu...

bak kata one of my friend...seseorang yg baik akan diketemukan dgn org yg baik...biarpun aku adalah perantara...sebuah cinta tidak akan hadir andai kita tidak tahu menghargai dan menjagainya...

bagiku persahabatan bersama kawanku itu adalah kenangan terindah namun hati ini hanya mampu memberi sebuah ikatan persahabatan...wlpn tanpa bicara aku sering terfikir utk tidak memberi harapan kepada sesiapa jua...andai dah takdir suatu masa nnt...insyaAllah aku tetap terima...namun biarlah kini...semuanya dilihat dgn jelas...byk lagi wanita yg baik diluar sana...jgn mengharap pada insan seperti aku..kerana aku masih lagi ibarat layang2 yang terbang mengikut pukulan angin... andai angin bertiup dari timur...ketimurlah aku...andai angin bertiup dari barat...kebaratlah aku...ini bkn bermaksud aku tidak punya pendirian tetap namun aku tidak mahu menghancurkan harapan ibu dan bapa...

biarlah kali ini aku berusaha dan terus berusaha dan berkorban utk kegembiraan mereka... andai dah jodoh tak kemana...biarlah waktu yg tentukan sebagai umat islam kita wajib berusaha, berdoa dan bertawakal... aku tidak pernah menolak utk berkahwin...cuma skrg bukan waktunya...

aku percaya andai ada insan yg benar ikhlas menyayangi diri ini...pasti dia sudi menunggu saat aku benar2 bersedia utk memberi komitmen pada cinta...sekarang komitmen aku pada kerjaya dan juga keluargaku.... penantian cintaku (menunggu insan yg ikhlas mencintaiku dan tidak sanggup menduakan, mentigakan atau mengempatkan diriku...)... masih adakah insan yg setia buat diriku...

Ya Allah jika dia benar milikku...dekatkan hatiku dengan hatinya...
Jika dia bukan milikku ... damaikan hatiku...dengan ketentuanMU...

Monday, February 15, 2010

kisah hari hari yang lalu

salam ...
kata org jgn dikenang apa yang telah berlaku, namun susah utk saya katakan yang saya tidak kenang apa2 yang telah berlaku... paling tidak saya masih mengingati perkara2 bahagia,sedih dan perkara yang menarik yang pernah terjadi dalam hidup saya...

berbagai perkara yang saya coret disini supaya menjadi teladan kepada diri sendiri dan juga kenangan yang saya akan ingat dan tidak lupakan...

perkara 1:
pernah sekali saya bermimpi didatangi arwah tok dan tokwan saya...arwah hanya merenung saya sambil menghulurkan tangan mereka..mungkin arwah mngajak saya bersama2 mereka...saya tahu lambat atau cepat...semua manusia akan mati begitu juga diri saya. saya takut ...sgt takut akan mimpi itu...tatkala pada masa itu juga saya rasa nyawa saya bagai ditarik oleh malaikat jibrail...Ya Allah...hanya itulah saya yang mampu sy fikir dan lafaz...terbit dibenak sya...mgkin kah sy tidak lagi melihat hari esk...takut menyelubungi dri ini... saya cuba utk bangun tapi dada saya sakit, saya terfikir dan ternampak semua ahli keluarga saya serta org2 yang saya sayang dalam hidup ini...tak mampu sy fikir lebih...cuma yang trimbas dosa-dosa yang pernah saya lakukan dulu...Ya Allah betapa takutnya saya masa itu
Rasanya sy tidak akan bgn lagi...terfikir sejenak sya sendirian dirumah sewa itu, mungkin klu sy mmg mati saat itu entahlah bila pula saya akan dikebumikan...betapa berdosanya saya jika lambat dikebumikan ...saat itu menitis air mata terfikir doasa2...kesakitan yang amat perit dibahagian2 hati... saya hanya mampu mengucap dan memanggil nama Allah... sy tahu klu dah ajal ia tidak akan lambat sesaat atau cepat sesaat... itulah sy sedih kerana belum sempat membalas jasa ibu bapa... dan belum sempat berbakti kepada seorang lelaki yang bernama suami...
pada ketika saya bangun terkejut dari mimpi...sy bersyukur kerana masih diberi peluang utk bernafas dimuka bumi ini...disaat ini sy rasa seperti mati hidup semula ja...hhuhuhu ... Alhamdulilah selepas mimpi itu, saya takut utk membuat kesalahan atau dosa...sy cuba memperbanyakkan amalan pahala...mengumpulkan segala kebaikan utk bekalan diakhirat kelak... insyaAllah...

perkara 2:
kisah antara"si tanggang moden" janganlah anda ketawa jika melihat tajuk ini...saya sendiri masih melihat akan sikap ini didepan mata...klu dulu sy sendiri ketawa akan apa yang dikatakan org ttg anak berhaka...namun kini bila saya sendiri melihatnya...sebaknya dihati saya ...sedih melihat kaum ibu iaitu kaum wanita yg tabah ...yg sanggup mempertaruhkan nyawa utk mengandung selama lebih 9bulan dan melahirkan anaknya diseksa wlpn bukan sec fizikal tetapi secara mentalnya.
itukah balasan seorang anak terhadap ibu bapa setelah mereka memiliki sebuah rumah yang gah, sebuah kereta yg mewah dan seorang isteri yg cantik..dan memiliki anak??? adakah anak ini akan menjadi soleh dan solehah atas dididkan ibu bapa yang derhaka dan membuat tahana terhadap ibu kandung sendiri. Sanggup mengabaikan keluarga sendiri...perkara yang semua org tidak mungkin terfikir utk lakukannya..tapi inilah yg terjadi dlm masyarakat kita pada hari ini... bahkan pada insan yang terdekat dgn kita... dengarlah wahai dunia...kasihanilah ibu anda...igtilah setiap jasa mereka...biarpun kekdg mereka menyakiti kita tetapi mereka juga tidak bermaksud begitu...sabarlah menghadapi kerenah org tua...syukurlah atas apa yg kita ada...penuhilah tanggungjawab kita sebagai anak selagi mereka masih bernyawa... insyaAllah...

perkara 3:
seterusnya atau perkara terakhir yang saya nak kupas pada malam ini adalah manusia yang tidak pernah rasa puas dalam kehidupannya...sikap tamak yang ada dlm diri mereka. tamak kasih sayang, tamak harta dan tamak segalanya.

tamak harta...
kisahnya simple je...walaupun dimulut kata tidak tamakkan harta tapi sbrnya tlah membolot segala harta sendirian...namun tahukah kita jika harta pusaka ...biarpun direbut dan dijual...sebenarnya klu blh biarlah ia dijadikan harta yg diwasiatkan atau diwakafkan...namun jika dibahagi secara adil dan tiada perebutan juga lebih elok...betul kata bidalan dulu2...kerana harta sebuah keluarga boleh berpecah belah..sedih kekdg teringat zaman dulu ...zaman yg penuh dgn kebahagian musnah sedikit demi sedikit kerana ketamakan harta dunia...igtlah semiskin mana kita, sesudah mana kita...hanya keluarga yg ada bersama kita...klu ahli keluarga sediri yg hancurkan kepercayaan sendri pada siapa lagi manusia akan bergantung...tapi sy percaya tidak semua org mengalami nasib yg sama cuma yg saya blh nasihatkan sabarlah menghadapi dugaan didunia ini... kekdg segala kesukaran akan mematangkan kita...dan kekadang kesusahkan memberi kita pengalaman utk menghadapi hari esk...

tamak kasih sayang...
saya tahu semua dapat agak topik apa yang akan saya bincangkan...ya betul... poligami...saya tahu tidak semua wanita suka akan topik ini...tapi klu topik ini diajukan kepada saya sekalipun...saya akan mencebik dan mungkin menyumpah dalam hati...namun semakin lama saya menghadapi pengalaman hidup ini...sya rasa sy dh jumpa jalan utk mematang kan diri...mgkin klu suatu hari nnt klu suami sy minta utk kahwin lain...mgkin sy akan izinkan asalkan dia mampu dan tidak melakukan maksiat..kerana disini mgkin kita kena belajar utk bersabar dan terima...diakhirat kelak kita tidak akan ada lagi rasa dengki dan iri dlam hati...
entahlah mungkin dihati ini kata ya atau tidak...sy tidak tahu krn itu ms depan cuma sy berharap suami sy kelak boleh berlaku jujur pada diri saya...pada saya jujur dan ikhlas adalah penting begitu juga setia dan kasih sayang....sy nak diketemukan dgn insan yg benar2 ikhlas inginkan cinta sy bkn hanya inginkan kemewahan atau apa sj...bg saya yg miskin harta dan sederhana budi ini...berharap sgt bertemu dengan seseorang yang bijak berdikari dan boleh bangun ketika jatuhnya dia... serta seorang yg kaya dgn budi...sgt berbudi dan berhemah tinggi... itu yg sy ...semoga kita semua diketemukan dgn org yg ihklas mencintai kita bukan kerana org lain...
kisah insan lain biarpun apa terjadi jgnlah kita gunakan ilmu hitam atau cara bodoh , kotor dan jijik utk menjatuhkan kehidupan org...percayalah jika kita ikhlas sygkan seseorang dan melakukan sesuatu dgn ikhlas dan sabar...tak mustahil insan itu akan menyayangi kita... tak perlulah kita guna ilmu hitam utk mendapatkan cinta...ia takkan kekal lama...kita dikehendaki berubat...berubatlah utk kebaikan...
lagi satu jika kita syg seseorg dlm hidup jujurlah dan berusahalah utk bahagiakan hidup org yg kita syg...jgnlah kita hancurkan masa depan insan lain...seperti mana sy pernah kata dulu...jika kita benar2 mencintai seseorang...kita perlu melepaskan ia mencari kebahagiaannya sendiri...jika dia tidak mencintai kita...dia pasti bahagia dgn insan yg dia cintai... biarlah mereka bahagia...dgn kebahagiaan mereka... kita pasti juga tumpang gembira...
jgn lah hancurkan masa depan org lain demi kepentingan diri kita sendiri... cinta tiada yg kekal kecuali cinta kepada Allah...

p/s: bersyukurlah jika ada masih bangun pada esk hari...dan bersyukurlah kerana diberi masa utk bertaubat.... insyaAllah dgn mengingati mati kita akan lebih dekat dengan Allah Maha Pencipta...

Friday, February 5, 2010

Thursday, February 4, 2010

Alahai 2 Damai...

salam...

alkisah suatu hari aku terpaksa relief kelas nie...entahlah mungkin kerana diriku wanita...bebudak ini ingin mainkan aku...alhamdulilah aku dapat kawal suara dan meninggikan suara...menggunakan sedikit psikologi...pelajar hanya terkesan selama hampir 10 minit selepas itu...bising balik...aduhai...kelas 2 D...mmg damai msk kelas tue...rasa cam nak daftar diri kat tjg motan...ahahhaha

nak tau ke apa kisahnya...pelajar keluar kelas sesuka suki hatinya...aku nie naik pening dah otak...dgn bisingnya aku bg peluang bt keje masing2 tak mau bt pulak...aduhai sadisnya...

ada ke yg suka2 mengganggu kelas mcm kena angau...asyik nyanyi je...dh tue pantang ada perempuan lalu...mcm semut yng lelaki nie dok sweet2x tepi tingkap...klu ikut panas di hati kebetulan hari tue mmg panas...aku kahwinkan ajer bebudak nie...hahha

ada lagi yg tegur...cikgu jgn le suara tinggi...sedap benar bunyinya...nak bt camne...klu aku ckp slow...n baik2 bebudak kata tak dengar...bila dah naikkan suara kata jgn...mmg tak tau nak bt apa...yg penting aku cubalah...entahlah...aku harap sgt... segalanya berjalan dengan lancar...insyaAllah...mencuba sebaik mungkin... huhuhu

esk nak minta nota2 dari kak aya...nak balik kaji...dan seterusnya nak minta cth2 soklan utk pelajar2 buat semasa cuti sekolah nie...aduhai...skrg bagi bt labeling laa dulu... bukan tak mahu ikut huraian sukatan pelajaran...sbb sek ikut rancgn mengajar tahunan ...itulah yg kena follow...huhuhu

nie kisah 4PM...
sekolah nie pelik laa...nak bt camna laa...mmg susah nak keluar dari kepompong dijaga...insyaAllah aku blh...boleh buat... jadi keputusan aku biarlah aku ikut je kelas yang kak aya ambik agar aku tahu perkembangan bebudak tue...aku kena cari soklan utk dpa2 nie...esk nak menyuruh jawab soalan dulu baru mula pentaksiran dan buat keje lain...sebabnya...payah laa...

Wednesday, February 3, 2010

hari yang penuh kepenatan

salam
tak sempat langsung naip apa2 utk ros...esklah...sambil bljr software baru n bt lesson plan mgu depan...kena la bt ros report mgu depan nak hantar nie
aduhai cepatlah siap nie...huhuu
yg lain dah hantar pun...sabtu ahad nie dah tak leh menaip...huhuhu...apalah dugaan byk...insyaAllah hrp2 leh bt...

hari yang penuh kepenatan

salam
tak sempat langsung naip apa2 utk ros...esklah...sambil bljr software baru n bt lesson plan mgu depan...kena la bt ros report mgu depan nak hantar nie
aduhai cepatlah siap nie...huhuu
yg lain dah hantar pun...sabtu ahad nie dah tak leh menaip...huhuhu...apalah dugaan byk...insyaAllah hrp2 leh bt...

Tuesday, February 2, 2010

hari pertama mengajar

salam
alhamdulilah segala urusan kertas2 dah diserahkan kepada kak aya...

maaf kak zira...mmg ila tak tau jadual...nasib kak zira jenis happy go lucky...

nak citer skit je kot nie...mata mkn mengantuk je nie...sakit kepala sgt2...

okay kelas pertama jam 9.30-10.50 dan sambung jam 11.10-11.50... hari ini ajar mengggunakan bahan2 ringkas ja utk pelajar2 kesayangan 4PM/C. Hari ini aku tunjuk ketegasan bahawa aku bukan boleh dibuli oleh pelajar... alhamdulilah...boleh pun kekdg susah nak kontrol semua pelajar... namun aku cuma mengawal kelas kerana dalam pengawalan kelas memberi impak yang positif kepada lecturer...

selepas penerangan dan menyuruh pelajar membuat kerja...bagus bebudak nie bt kerja...namun ada yg suka bt hal masing2 dan penat jugak terpaksa ke satu2 tempat utk melihat pelajar menjalankan mengikut arahan...klu palapes dah aku suruh semua sideroll biar kotor baju putih tue... nasib baik aku leh control emosi... hehhe...agak pening jugak le...sepanjang 3 waktu jgn harap le blh duduk..heheh...best of luck ila...

ada criter menarik lepas dh sakit kepala layan kerenah adik2 atau anak2 aku ...aku kena relief 1 kelas nie...3B ...kelas si farah...alhamdulilah..ok ja...cuma bila suruh bt kerja sendiri byk yg bising...bila ditegur ada yg dh berubah... namun yang tak tahan...ada pelajar makan dalam kelas aku...bab makan mmg aku pantang...seumur hidup...adoii... apa lagi dah 3 x amaran msh sama ja...jadi terpaksalah ambil tindakan... berdiri la sepanjang kelas aku tue...huhuhu...nasib dia minta maaf dan janji tidak akan makan didalam kelas lagi...bukan dlm kelas aku je tapi kelas cikgu2 lain sama... hehehe...

itu jelah tugas pertama aku sebagai guru praktikum...dlm diri dan hati skrg aku dah set mind menuntut ilmu perlu pengorbanan...aku bkn praktikal tetapi aku cikgu...dan aku akan bt segala keja utk memenuhi syarat lulus sebagai guru...sbb bg aku guru punya cara utk mendidik anak bangsa...
klu skrg byk remaja dah rosak...klu aku dapat pulihkan 50% dari kerosakan remaja...atau membimbing mereka membentuk sahsiah diri...insyaAllah tiada perkataan gagal sebelum usaha...dan ingat tiada manusia bodoh... semua nya bergantung pada usaha diri sendiri...biar pun kita dah usaha teruk mana ...namun tak diiringi doa pun takkan mujarab...kekdg dr usaha mmg lambat membuahkan hasil sebab itu kita perlu bajainya dengan penuh kesabaran ...semoga bunga yg tumbuh nanti menjadi pemimpin negara...