Wednesday, February 24, 2010

guru pembimbing observe at a first time

salam...
detik 24 feb akan menjadi kenangan buatku...
guru pembimbing saya telah menjalankan pemerhatian secara menyeluruh...alhamdulilah biarpun keseluruhannya dalam sederhana bukan markah namun penyediaan aku untuk menjalani p&p...memang aku dah setkan dalam otak agar sentiasa bersedia untuk setiap kali kelas pengajaran...

alhamdulilah aku agak nervous jugak sehingga pengurusan masa aku hampir terkantoi...almaklumla aku dah terkelam kabut sebentar... insyaAllah semoga kelas2 yang akan datang dan buatkan sahaja dgn praktikkan sentiasa semoga aku dapat memperbaiki kelemahan diri sentiasa... bukan hanya bila kena seliaan...that not me okay...

mengenai percakapan aku pula...aku terlalu kerap menggunakan ayat atau kata ganti nama diri kepada pelajar ="ko"...nampak kasarkan...klu utk kawan tak mengapalah...ini bkn disengajakan tapi bila kelas terlalu byk nak kawal... penggunaan bahasa aku dh jadi tunggang langgang... penggunaan bahasa ko nie pun masa kat UPSI le...masa berkawan dgn bebdk sabah...klu tak biasanya guna hang...klu aku guna hg kat sek alamatnya mati le aku dgn pengetua...hahaha kasar tue... insyaAllah aku yakin..masih boleh ubah...kepada pelajar atau nama pelajar sendiri tak pun kome atau kamu...

kalau komunikasi dengan pelajar masa aktiviti pulak...ada jugak masalah aku kat sini...mungkin aku terlepas pandang...mgkin ada pelajar akan kata aku nie pilih kasih ...nmun aku bukan begitu...aku syg semua pelajar kelas tue.. namun sebagai manusia biasa aku juga ada kelemahan dan kekurangan diri... aku terlepas pandang tue kira masalah besar yang perlu aku berhati2 dilain masa...insyaAllah aku akan semtiasa perbaiki...semoga semua pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap apa yg ingin aku sampaikan... semoga pelajar dapat sma2 bergembira belajar bersama saya... konsep kelas yg akan aku perkenalkan learns is fun...learning with fun...
semoga aku akan sentiasa adil pada yang aktif dan yang tidak aktif didalam kelas...insyaAllah... terutama masa aku bertanya soalan dan respon dr pelajar perlu libatkan semua pelajar sama ada yg aktif atau yang tak aktif...

satu lagi masalah aku yang rasanya perlu aku beri penekanan ialah suara...intonasi suara dan lever lontaran suara peru diperbaiki supaya pelajar tahu apa yang kita kena sampaikan dan ketegasan seroang guru...aku boleh tegas tapi bukan sentiasa tegas didalam kelas...even ada masa pelajar boleh lagi bergelak ketawa dan ada masa mereka kena serius belajar utk masa hadapan...igt tumpukan pada semua org didalam kelas...

satu lagi kelemahan aku ialah aku menyampaikan arahan tanpa menunggu pelajar menumpu pada aku yang berada dihadapan...aku cuma tumpu pada beberapa org sahaja...bukan aku sengaja pun tapi ini kerana aku juga bukan takut...entahlah mungkin aku dh biasa dgn penyampaian arahan kepada wakil...namun aku perlu ubah cara begitu kerana pelajar memerlukan penegasan atau disiplin utk membentuk jati diri dalam mendalami ilmu multimedia... multimedia adalah sesuatu yang mudah dan sgt seronok jika seseroang itu memahami apa itu multimedia... pemantauan terhadap apa yg pelajar tgh lakukan haruslah diperketat ...maksudnya tiadalah pelajar membuat keje sambil melepak2...
jadi aku perlu menunggu semua pelajar bg tumpuan sebelum menyampaikan arahan

bahagian penutup juga seharusnya aku bagi penumpuan disini dari segi kebersihan bengkel serta kekemasan kelas yang telah digunakan. selain memastikan suis serta lampu yg telah dipasang ditutp...serta maklumat pada buku perlu diisikan...
ada lagi penyampaian maklumat pada masa bahagian penutup perlu diperhatikan...

alhamdulilah setakat ini sahaja apa yang komen aku dapat kongsikan bersama kawan2 ...klu ada yang cikgu pembimbing sy cakap yg sy tak masukkan maaflah bukan tak masukkan tapi dh dihuraikan bersama beberapa perkara tadi...klu ada yg tertinggal maaflah sy hanya manusia biasa...insyaAllah sy akan membuat lebih baik lagi pada masa akan datang...

terima kasih pada guru pembimbing sya...saya faham ini kali pertama saya datang praktikal...dan kebetulan saya dapat guru pembimbing yg pertama kali mengobserve pelajar praktikal...terima kasih ke atas kesudiaan beliau yang sudi memberi tunjuk ajar , kerjasama, bimbingan, berkongsi pengalaman serta membincangkan perkembangan serta ilmu produksi multimedia dibawah vokasional bersama saya...insyaAllah sy akn memberi komitmen sebanyak 100% utk memastikan sy mempelajari yg terbaik pada peluang yang telah diberi pada saya oleh Allah SWT... dikesempatan ini akan saya belajar bukan sahaja dari guru pembimbing saya tapi pada terima kasih juga semua guru yang berpengalaman di SMK RAJA MUDA MUSA termasuk Pengetua dan Pen Kanan 1 yang byk memberi peluang saya menimba ilmu, pengalaman serta peluang saya mendidik anak bangsa MALAYSIA serta berkongsi ilmu dengan mereka utk bekalan masa akan datang...insyaAllah...dan sudi menerima kedatangan kami ke sekolah SMKRMM dengan hati dan tangan terbuka dan sudi berkongsi pengalaman mengajar dan ilmu mereka...insyaAllah budi cikgu2 tak dapat kami balas namun doa supaya semua cikgu2 diberi kesihatan yang baik dan semoga dapat mendidik lebih ramai lagi bangsa MALAYSIA...insyaAllah....

thanks a lot SMKRMM... memberi peluang sy menimba ilmu mengajar...semoga hari2 mendatang sy dapat membuat yang terbaik bt sek ini dan semoga sy dapat memperbaik diri... insyaAllah

No comments: