Tuesday, September 10, 2013

bahagia pilihan kita

Assalamualaikum... selamat bertemu lagi... kestressan keje melanda diri lagi di kala kesibukkan menjadi intipati kehidupan diri. Salam sayang buat semua ...

Bagaimana nak rasa bahagia ya? Adakah perlu merampas daripada orang lain, tengok saja orang lain bahagia, biar sahaja, jalani kehidupan macam hidup segan, mati tak mau... aduhh...kekadang kita fikir ketidakadilan dalam kehidupan sedangkan itulah nikmat bahagianya hidup dengan adanya masalah. Memanglah dalam hidup perlu ada semuanya... pahit, manis dan segala rencah kehidupan. Kembali kepada anafora masakan boleh... Masakan yang paling sedap adalah masakan yang memiliki cukup garam, cukup gulanya, cukup segala-galanya. Barulah masakan yang kita makan amat menyelerakan dan menggembirakan... macam tue dengan kehidupan sekiranya setiap hari yang kita lalui sama saja bukankah kita akan bosan???

Saya memang jenis yang cepat bosan sekiranya selalu melakukan perkara yang sama. Namun, Alhamdulilah semoga Allah swt berikan ketetapan dalam hati agar tidak ada yang boleh membolak balik hatiku.. Hanya padaNYA cinta yang aku serah...

Selagi kita yakin segala yang berlaku adalah yang terbaik Allah swt beri pada kita selagi itu kita akan tetap rasa bahagia...

salam sayang,
semoga perasaan dan kata-kata yang saya kongsi bersama dapat membantu anda untuk mendapat bahagia... banyakkan beristifar...

p/s: kekadang kalau sedih melihat orang yang kita sayang tersenyum dengan orang lain...fikirkan mahukah anda lihat ... dia sentiasa menangis jika disisi anda? Kadang-kadang bila kita sayang seseorang kita kena sentiasa lepaskan dia untuk mencari kebahagiaannya... jika orang yang kita sayang bahagia... pasti kita juga akan bahagia...

bye :)