Friday, October 28, 2011

kenapa manusia selepas ketiadaan sesorg baru rasa menyesal

salam... nak buat huraian sedikit mengenai satu kisah yang aku menonton tadi ... mmm tv3 selalu menyiarkan cerita2 melayu yang menarik lately nie... tajuk cerekarama nie 'berkalong noda' tak salah aku crita ni dicalonkan dlm ASkrin 2011 kot... kalau tak salah laa...almklum saya nie memory short term jer... hehe

crita dia nie mmg la akhirnya tergantung... tapi adatla cerita2 MALAYWOOD... hehe by the ways kita dpt teka kan akhirnya... best mmg best...

kisahnya mmg tetg kisah sekitar atau sentiasa yang berlaku dalam masyarakat sekeliling pada masa kini... bila kita dah  kaya, memiliki segala-galanya kita sangat mudah lupa dan alpa... pada setiap perkara yg ada dlm hidup kita sebelum ni... manusia mmg tamak...entahlah tak pernah hargai apa yg ada depan mata sentiasa mencari kebebasan, keseronokkan di tempat lain... entahlah... bila sudah terpisah or berpisah... baru nak sedih nak ingat dan tau budi org... entahlah...cerita yg menceritakan kisar kehidupan masyarakat moden pada hari ini yg sentiasa dgn dunia mereka sendiri. mencari dan mencapai kejayaan menggunung sehingga lupa insan2 yang berharga dalam kehidupan kita... akhirnya bila masalah berlaku, mulanya semua org menunding jari menunjuk nunjuk kesalahan org lain kan... entahlah kekdg aku terfikir gak kenapala kita nak menghukum org yang salah, tinggalkan dia... sepatutnya kalau kita rasa kita 100% baik tak ada kesalahan langsung...nak inilah peluang buat amal jariah... berilah bimbingan, berilah didikan manusia mana tak boleh berubah cuma mestilah kena dgn caranya...insyaAllah...takde manusia nk jadi jahat...namun yg berlaku skrg ini disebabkan kead yg mendesak...mmg kita kata mereka patut berfikir sebelum buat salah... namun kita tak ada disituasi mereka...cuma mereka tetap salah jalan...kitalah harus membimbing mereka bukan membuang atau membiarkan mereka terus hanyut dgn dunia mereka... tulkan klu kita tak nasihatkan org kita juga akan terpalit dosanya.... contoh mcm yg pelakon perempuan tue kena cerai pastu mak bapa pun buang dia... kan dia akan lagi terus hanyut ... mmg dia lambat menyesal...tapi kita kena igt sapa tak buat kesalahan...mana ada manusia sempurna kecuali Allah dan RasulNya...

kenalah kita fikirkan perkara yg boleh pulihkan mereka kembali bukan mengheret mereka kembali ke jalan yang salah... kerap benar persoalan ini timbul dimana org yang penah bt salah sentiasa dipandang serong masyarakat dan sering menjadi mangsa pertuduhan... tidak pernah masyarakat ini berhenti bercakap keburukannya...igtlah tak da manusia sempurna...siapa kita nak menghukum org...kita hanyalah hambanya yang bertugas menjadi Khalifah.. menyampaikan ilmu2 yg membawa berkat...

itulah kkg kecewa saya...haruslah kita beri peluang kedua utk insan2 ini meneruskan kehidupan yg normal

p/s: jadilah manusia yg sntiasa rasional dan berfikiran waras... sokong yang betul tentang yang salah... keadilan hakiki dan adil seadil-adilnya hanyalah suatu masa nnt...disini.... di dunia...buatlah sebnyk mana mampu bekalan hidup...mcm kita buat bekal makanan laa...kn lapar perlu makan... mcm mn dgn hati perlu juga cari mknnnya...iaitu dengan berzikir....

salam ukhwah

Friday, October 14, 2011

semangat2...walaupun tak tahu bila kepeningan nie akan hilang

Assalam,
entahlah sejak 2 hari nie kepla aku pening sangat nak kata tak cukup tidur...terlebih pun ada. tapi nak kata lebih sangat tak lah jugak sebab aku dah tak tidur petang. Tapi penat dan pening mengalahkan orang lain yang lebih banyak keje. entahlah pening kepala sampai tak tahu nak fikir dah... biarlah sampai mana saja yang aku mampu buat... aku hanyalah insan biasa... setakat yang aku berikan terbaik...selebihnya terpulang kepada org lain utk menilainya... siapalah aku hanya insan biasa yang mendambakan kasih dari org2 yg sudi berkongsi kasih... hehe....

oklah nak wat keje lu... jap gie aku naip lagi... ikhlas dari hati...

emmm novel aku tengah dok nulis...aku tgh nak wat satu blog baru khas utk novel nie... entahlah ada yg sudi terbaca atau tidak...huhu...

p/s: bersangka baik adalah  jalan terbaik yang kita semua ada... ikhlas memberi... ikhlas menjalani hidup ini kerana Allah SWT....

salam perkongsian ilmu

salam...

pada pandangan saya sahaja, tak tahu pulak apa yang lain fikirkan... dah beberapa tahun saya fikirkan perkara ini... di tambah pula desas desus mengatakan peperiksaan PMR akan di mansuhkan. Terfikir akan saya satu perkara...harap2 boleh sama2 berkongsi pendapat. Jika ada salah tegurlah.

Mungkin pada peringkat umur rendah betul para pelajar ini akan cuba belajar dalam tempoh 5 tahun belajar barulah tahun ke 6 mereka akan menduduki peperiksaan sebenar iaitu UPSR. Disini kalau dahulu gagal anda kena ulang atau berhenti dari beljar... Namun kini segalanya telah dipermudahkan menyebabkan para pelajar menganggap semua berkaitan peperiksaan tidak penting lagi. Menyebabkan hanya sesetengah plajar sahaja berusaha utk  berjaya...

Kerisauan saya bercambah pada peringkat mereka naik ke sekolah menengah . Saya tahu sekiranya tdk pandai seseorang masih boleh berusaha utk berjaya dalam peringkat menengah bak kata orang semakin dewasa semakin matang pemikiran mereka. Namun apa yang saya kesalkan.Ada segelintir bilangan dari pelajar sekolah rendah ini masih tidak dapat membaca menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik.. sehiggakan bila timbul perasaan malas dan boring para pelajar ini mengambil keputusan mudah hanya dengan bermain, buang masa dan berbuat nakal. Pada pemerhatian saya sistem pendidikan sekolah yang lama mmg akan menjadikan seseorang bosan dan letih utk berusaha. Tapi bila saya dengar sistem pendidikan di Malaysia mungkin akan dikaji lagi...ini salah satu berita yang gembira... Namun kegembiraan sya tidak lama apabila saya sendiri terdengar bahawa PMR mungkin akan dimansuhkan... Bagi pelajar sekrang yang sya nampak apalah guna beljar jika  masih belum peperiksaan BESAR.

Kalau kita lihat pelajar sekarang ini, bukan hanya sekarang lihat juga zaman saya sekolah dahulu. Semasa ditingkatan 4 kami sentiasa melabelkan ia adalah "honeymood years" kerana dah peperiksaan tingkatan 3 jadi tingkatan 4 utk rehat tingkatan 5 baru nak belajar. Bukan saya nak kerajaan terus bagi peperiksaan sekurang-kurangnya letaklah peperiksaan penting di sini untuk menjadikan pelajar kita tidak membuang masa selama setahun atau bertahun-tahun belajar namun ilmu itu sama saja jika mereka dapat belajar dalam tempoh terdekat. Kadang2 saya perhatikan tempoh yang lama utk habiskan peringkat sekolaha macam saya sendiri sudah bosan ke sekolah dahulu, bayangkanlah 6 tahun sek rendah, 5 tahun sek men, 2 tahun sek men atas. 13 tahun saya belajar di sebuah tempat yang dinamakan sekolah...mmg kadang2 terdetik rasa bosan... jika tiada dorongan dan semangat dari keluarga tercinta mungkin saya juga telah terkandas.

Sekarang kita boleh lihat, ibu bapa yang bekerja tidak ada masa  utk bersama anak-anak mereka ini salah satu kenapa remaja sekrag lebih memilih kawan2 dari keluarga. Ini juga mengapa mereka bosan akan ke sekolah. Terdapat juga ibu baoa yang mahu anak mereka bersekolah tanpa mengetahui kemampuan dan yang paling penting kemahuan diri anak2 mereka. Rata2 pelajar yang bermasalah yang saya jumpa mengatakan mereka tidak mahu bersekolah namun bila ditanya kenapa tidak mahu berhenti sahaja supaya tidak menganggu kawan yang lain. Mereka menyatakan bahawa ibu dan bapa mereka tidak memberi keizinan. Namun saya boleh berharap mereka akan berubah tidak mustahil seseorang yang tidak minat belajar boleh meminati subjek ini. Namun terpulang pada kesedaran dalam diri mereka sendiri. Andai mereka masih begini, tiada juga faedahnya nanti.

Terdapat satu lagi perkara yang membimbangkan saya, duit yang dikutip ke sek atau yuran yg telah dihapuskan saya ucpkn terima kasih kepada sikap prihatin PM kita.Namun ada sedikit musykil apa yg bakal terjadi kelak. bagi saya ada juga yg akan mengambil kesempatan terhadap perkara ini. Mereka merasa sesuatu perkara itu mudah didapati dan tidak perlu berusaha lagi... Jika kita selalu mudah mendapat sesuatu secara terlahirnya kita tiada lagi kemahuan berjuang dalam hidup... Namun ini tidaklah akan terjadi kepada semua pelajar namun adalah seorang dua pelajar akan mempunyai sikap begitu...

Lihat sahajalah sekarang ini bukan lagi guru yang patut dihormati namun guru menerima segala makian, cacian walaupun telah berusaha mendidik para pelajarnya. Tiada guru meminta lebih dari menghormati dan bersopan. Sikap kenakalan pelajar yang tidak tahu batas dalam salah atau benarnya sesuatu perkara yang mereka lakukan merupakan punca kerosakan akhlak dan sahsiah diri pelajar kini.

Marilah kita sama2 berdoa agar sistem pendidikan di Malaysia akan menjadi yang terbaik dan berkualiti tinggi dengan bilangan A. Bukan hanya bilangan A yang banyak tapi kualiti tetap tidak ada... Sama2lah kita fikirkan, sama2 kita gerakkan dan melakar kejayaan di Medan Pena ini...

salam ukhwah
shila ismail

p/s: maaf jika ada sebarang kesilapan pada ruangan perkongsian minda

Tuesday, October 11, 2011

Akhirnya...tercapai jugak

Assalam...akhirnya barang2 atau lebih tepat buku2 yang aku pesan dalam talian dah selamat tiba di pangkuan diriku... akhirnya tercapai jugak impianku utk memilikinya... Alhamdulilah...

nnt dah aku baca... aku huraikan kat sini yer... ada jugak buku yang terpaksa aku tangguhkan dari membeli...sebab kata orang mmg minat semua beli jer laa...tapi dari segi kepentingan dan yang diutamakan aku tetap utamakan duit itu perbelanjaan kecemasan...jadi korbankan dulu yang lain2...hehe


salam sayang...

ila_cute

aku terima

: )
senyum keikhlasan...tidak aku mengatakan apa2...juga tidak aku fikirkan apa2...salah siapa? tidak penting paling utama jangan lupa tidur kena cukup... haha....

salam sayang
ikhlas dari hatiku sendiri buat diriku sendiri...

keheningan pagi

Assalam... selamat pagi Malaysia...terutama sekali di bumi di Sibu Jaya...
Jika ada dari planet lain maaflah saya tidak tahu bahasa di sana...

semoga sihat semuanya...
tips pagi2 nie supaya anda sentiasa ceria dan awet muda andalah senyum...dan paling penting senyum perlulah ikhlas dari dalam hati kamu...bukan senyum buat-buat... ehehe...pedas100x ada yg terasa... alhamdulilah...semuanya snyum ikhlas...semoga kita mencari dan mengumpul lagi bekalan di akhirat kelak...

emmm apa khabar agaknya saudara sesama Islam kita yg mengerjakan Rukun Islam yang ke 5...semoga semuanya mendapat Haji Makbur...(tul ke kalau salah...perbetulkan lah yer...).... insyaAllah...

hari nie byk masa free skit... haha mana satu betul...tapi adalah masa nak tarikh nafas kuat2... haha...

but buku program masih lagi diproses...p&p masih lagi diteruskan ...walaupun tak ku tahu apa yg bakal masuk utk sumatif 4 sekurang2nya aku ajar mereka utk persediaan SPM sekali...ulang kaji sajalah... hahaha

oklah... jap gi aku ngomel lagi...almaklum kat sini mana ada kawan nak aku cakap...dgn kamu... kamu dan kamu sajalah...diary baru saya.... jom  kerja lagi....

Sunday, October 9, 2011

di hati ini merinduimu...

salam...
tahu tak usia kita dah brapa? aduhai bagaikan aku tidak percaya aku masih tidak mampu lagi berdikari keseluruhannya... semuanya aku masih ikut telunjuk kedua orang tua dan nasihat kawan2 ... TAPI aku tetap bahagia sebab aku masih ada org2 yang sayangkan aku... wlpn ada yang tidak memahami hatiku ini... namun aku pasti sekiranya aku ikhlas dan sabar pasti kenyataan akan tetap terbuka... biarlah tak perlu merungut atau bersunggut pasti ia ada...

tahu tak...

mungkin dah takdir aku skrg susah nk jumpa org yang sayangkan aku... nak tau sebab apa? aku pernah tolak atau buat2 tak nampak jer org yg sayangkan aku...semuanya sbb aku terlalu kejarkan cita2... sebab aku pernah kecundang belajar kerana cinta...tapi segala pengorbanan selama ini berhasil kerna aku berjaya menjadi seorng yang berjaya membalas budi org tua.... namun semoga hati ini tetap begitu...biarlah aku tak beli sebarang pakaian baru utkku asalkan aku dapat belikan mereka org yg aku sayang brg2 yang mereka mahu... biarlah aku tak bergaya asalkan aku berikan segalanya utk mereka....

pasal kasih pasti ada...suatu masa nanti...

Sunday, October 2, 2011

pernahkah kita fikir perasaan orang sebelum melakukan sesuatu

Assalam...

cerita hari ini mengenai kisah2 aku masih sukar mengawal kelas... huhuhu... mahu atau tidak ada beberapa perkara yg telah aku katakan dlm kead marah terhadp anak-anak didik aku yang tak bersalah...huhuhu..