Friday, October 14, 2011

salam perkongsian ilmu

salam...

pada pandangan saya sahaja, tak tahu pulak apa yang lain fikirkan... dah beberapa tahun saya fikirkan perkara ini... di tambah pula desas desus mengatakan peperiksaan PMR akan di mansuhkan. Terfikir akan saya satu perkara...harap2 boleh sama2 berkongsi pendapat. Jika ada salah tegurlah.

Mungkin pada peringkat umur rendah betul para pelajar ini akan cuba belajar dalam tempoh 5 tahun belajar barulah tahun ke 6 mereka akan menduduki peperiksaan sebenar iaitu UPSR. Disini kalau dahulu gagal anda kena ulang atau berhenti dari beljar... Namun kini segalanya telah dipermudahkan menyebabkan para pelajar menganggap semua berkaitan peperiksaan tidak penting lagi. Menyebabkan hanya sesetengah plajar sahaja berusaha utk  berjaya...

Kerisauan saya bercambah pada peringkat mereka naik ke sekolah menengah . Saya tahu sekiranya tdk pandai seseorang masih boleh berusaha utk berjaya dalam peringkat menengah bak kata orang semakin dewasa semakin matang pemikiran mereka. Namun apa yang saya kesalkan.Ada segelintir bilangan dari pelajar sekolah rendah ini masih tidak dapat membaca menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik.. sehiggakan bila timbul perasaan malas dan boring para pelajar ini mengambil keputusan mudah hanya dengan bermain, buang masa dan berbuat nakal. Pada pemerhatian saya sistem pendidikan sekolah yang lama mmg akan menjadikan seseorang bosan dan letih utk berusaha. Tapi bila saya dengar sistem pendidikan di Malaysia mungkin akan dikaji lagi...ini salah satu berita yang gembira... Namun kegembiraan sya tidak lama apabila saya sendiri terdengar bahawa PMR mungkin akan dimansuhkan... Bagi pelajar sekrang yang sya nampak apalah guna beljar jika  masih belum peperiksaan BESAR.

Kalau kita lihat pelajar sekarang ini, bukan hanya sekarang lihat juga zaman saya sekolah dahulu. Semasa ditingkatan 4 kami sentiasa melabelkan ia adalah "honeymood years" kerana dah peperiksaan tingkatan 3 jadi tingkatan 4 utk rehat tingkatan 5 baru nak belajar. Bukan saya nak kerajaan terus bagi peperiksaan sekurang-kurangnya letaklah peperiksaan penting di sini untuk menjadikan pelajar kita tidak membuang masa selama setahun atau bertahun-tahun belajar namun ilmu itu sama saja jika mereka dapat belajar dalam tempoh terdekat. Kadang2 saya perhatikan tempoh yang lama utk habiskan peringkat sekolaha macam saya sendiri sudah bosan ke sekolah dahulu, bayangkanlah 6 tahun sek rendah, 5 tahun sek men, 2 tahun sek men atas. 13 tahun saya belajar di sebuah tempat yang dinamakan sekolah...mmg kadang2 terdetik rasa bosan... jika tiada dorongan dan semangat dari keluarga tercinta mungkin saya juga telah terkandas.

Sekarang kita boleh lihat, ibu bapa yang bekerja tidak ada masa  utk bersama anak-anak mereka ini salah satu kenapa remaja sekrag lebih memilih kawan2 dari keluarga. Ini juga mengapa mereka bosan akan ke sekolah. Terdapat juga ibu baoa yang mahu anak mereka bersekolah tanpa mengetahui kemampuan dan yang paling penting kemahuan diri anak2 mereka. Rata2 pelajar yang bermasalah yang saya jumpa mengatakan mereka tidak mahu bersekolah namun bila ditanya kenapa tidak mahu berhenti sahaja supaya tidak menganggu kawan yang lain. Mereka menyatakan bahawa ibu dan bapa mereka tidak memberi keizinan. Namun saya boleh berharap mereka akan berubah tidak mustahil seseorang yang tidak minat belajar boleh meminati subjek ini. Namun terpulang pada kesedaran dalam diri mereka sendiri. Andai mereka masih begini, tiada juga faedahnya nanti.

Terdapat satu lagi perkara yang membimbangkan saya, duit yang dikutip ke sek atau yuran yg telah dihapuskan saya ucpkn terima kasih kepada sikap prihatin PM kita.Namun ada sedikit musykil apa yg bakal terjadi kelak. bagi saya ada juga yg akan mengambil kesempatan terhadap perkara ini. Mereka merasa sesuatu perkara itu mudah didapati dan tidak perlu berusaha lagi... Jika kita selalu mudah mendapat sesuatu secara terlahirnya kita tiada lagi kemahuan berjuang dalam hidup... Namun ini tidaklah akan terjadi kepada semua pelajar namun adalah seorang dua pelajar akan mempunyai sikap begitu...

Lihat sahajalah sekarang ini bukan lagi guru yang patut dihormati namun guru menerima segala makian, cacian walaupun telah berusaha mendidik para pelajarnya. Tiada guru meminta lebih dari menghormati dan bersopan. Sikap kenakalan pelajar yang tidak tahu batas dalam salah atau benarnya sesuatu perkara yang mereka lakukan merupakan punca kerosakan akhlak dan sahsiah diri pelajar kini.

Marilah kita sama2 berdoa agar sistem pendidikan di Malaysia akan menjadi yang terbaik dan berkualiti tinggi dengan bilangan A. Bukan hanya bilangan A yang banyak tapi kualiti tetap tidak ada... Sama2lah kita fikirkan, sama2 kita gerakkan dan melakar kejayaan di Medan Pena ini...

salam ukhwah
shila ismail

p/s: maaf jika ada sebarang kesilapan pada ruangan perkongsian minda

No comments: