Saturday, April 30, 2011

hidup ini

salam,
kekdang aku cuba utk huraikan segala kekusutan di fikiran namun aku tahu setakat mana kemampuan diriku ini... namu sedikit kepelikkan terjadi. masih ada juga pelajar suka bermain di dalam kelas kemudian bila kita dah ajar dia tetap akan kata kita tidak ajar...kerana masa kita mengajar dia main di blkg... bebudak atau lalat seperti ini harus kita cari jalan supaya dia berubah...tapi bagaimana? huhuhu

Thursday, April 28, 2011

cinta pertamaku

Mungkin tanpa engkau dan aku sedari

Makin masa berlalu diantara kita

Sudah tumbuh kasih dihatiku

Kian hari berlalu

Kasihku kian mekar

Namun tidak jua kau sedari

Apalah yang mampu ku katakan

Aku hanyalah sekuntum bunga

Tidak manis dipandang alam

Jika bunga mengejar lebah

Hatiku sakit tatkala melihatmu

Mulut terkunci kata tersusun

Andai masa mampu diulang

Sudah pasti ku ulangi detik itu

Dimana hanya ada dunia ceria

Hanya ada senyum dan tawa

Hanya ada engkau dan aku

Kasih yang wujud di sudut hatiku

Sudah pasti ikhlas buatmu

Namun kupasti kau ada dia

Cuma satu pengharapanku

Semoga dimana saja kau berada

Kau tetap kecapi bahagia

Begitulah indahnya cinta

Hanya ada suka dan gembira

Jangan pernah ada dendam antara kita

Kau tetap insan teristimewa

Yang jauh kusembunyikan disudut hatiku

Nukilan

Shila ismail

Saturday, April 23, 2011

seminggu yang berlalu

salam...minggu nie hanya 4 hari sahaja telah bersekolah...hehe gaya cakap macam aku pulak pelajar...

memang minggu ni satu cabaran buat aku...nak tahu kenapa tak? sepanjang minggu nie masih tiada pun satu hari yang aku tak rasa marah...huhu...

tahu kenapa... isnin mcm mudah ja...aku ajar moral...aku tak ajar pun tapi cuma bagi latihan utk pljr buat lebih kepada aku membimbing atau sebagai fasi...nasib kelas ini aku dapat kelas baik skit... boleh harap utk mereka mencari jawapan dan kita sebagai pembimbing...
hehe ada berita gembira pada hari isnin jugak aku telah berjaya mendapat lesen P utk motor...ahaha...akhirnya penantian aku tidak sia2... alh
amdulilah syukur pada rezeki yang diberikan...

selasa, cuba tgk kelas 4g aduh klu lepas rehat jaa ada yg nak buat aku marah...huhu sabarlah...aku hnaya mmpu berdoa mereka akan sedar betapa pentingnya pelajaran dalam hidup mereka... yang lain tiada masalah...lagipun hari nie aku byk bercerita sahaja... sungguh aku memang rindu zaman aku bersekolah... ikhlas dari hati saya sebagai guru bm kamu semua, saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan cukuplah setakat saya berusaha untuk membuat kamu memahami apa sahaja topik bahasa melayu tingkatan 4... saya hanya mampu cuba yang terbaik kepada pelajar yang ingin belajar ambilah peluang ini...

rabu, lihat pulak hari nie...kelas 4e pulak buat hal kenapa ye? nak tahu apa hasil analisis aku sebagai yang bergelar cikgu baru 5 bulan nie... huhuhu...lepas rehat pelajar akan menjadi lebih aktif dari hari2 lain... huhuhu...disinilah cabaran aku sebgai guru baru utk membuat peljar belajar...bukan mcm dulu2 kita sek...diam je...or bg tumpuan pada apa yg cikgu ajar...namun skrg cikgu pulak perlu buat itu semua...huhu...sabarlah sayang....

khamis apa yang terjadi...aku dah usaha cari bahan rujukan utk mereka belajar...terpulang pada apa yg mereka ingin lakukan...ila jgn terlalu berharap...cuba yang terbaik utk membantu...klu mengharap nnt diri sendiri juga yang kecewa...pastikan...huhu...yang penting aku usaha lebih dari 100 % utk mereka berjaya.... semoga aku tidak bersendirian....sabarlah...kurangkan marah...snyumlah selalu...

emm...jumaat kami bermain badminton...wlpn aku nie...biasa2 je...mainkan...hahhaha...lepas kami sarapan dkt rahmah cafe, sibu jaya kami balik dan kami meneruskan perjalanan ke ng Dong Julau...ada air terjun beb...best giler...sedap air dia sejuk je...kami berenam, aku, mek za, dayah, kak ja, sham, dan kak wani...hehe....dapat mandi mmg best gak la... lepas balik tue kitaorg mmg ngantuk...lepak2 umh kami n makan 2 pau...kemudian baru balik rehat...pastu malam lepak2 pulak kat umh kak ja...hehe...agak happening gak la... malam dkt jam 12 aku balik umh dah ...siot tul aku org nonton aku leh sedap2 tidur plk... hahhahaha

emmm hari nie yek! tak tahu nak buat apa dah... nak tidur kejap lagi nie...petang nnt ada latihan P utk keta...haha, kenalah rajin2 bljr tul 2...barulah bleh cepat beli kereta...huhuhu

Tuesday, April 12, 2011

kepenatan melayan kerenah pelajar

salam...

aduhai apalah itulah resam menjadi warga pendidik bukannya mudah menggalas segala tanggungjawab yang ada...

kekadang sebagai manusia kita tidak pernah lari daripada melakukan segala kesilapan dalam kehidupan... segala rahsia ini saya kongsi bersama pembaca blog supaya suatu saat ada yang boleh berkongsi ilmu dalam mengawal kelas yang sangat mencabar...


kelas bm

~masih menghadapi masalah sebagai guru kelas (masih ada pelajar yang suka menunjuk pandai sedangkan mereka ini sangatlah lemah...bukanlah ingin mengata aku dah anggap mereka seperti anak namun mereka terlalu mengada-ngada dan gemar memandang tempat lain andai aku bercakap... mungkin suatu saat aku perlu marah agar mereka melakukan apa yang aku suruh...segalanya untuk masa depan mereka...boleh aku katakan kumpulan ini sangat bodoh sombong)...harapnya suatu masa nanti ketegasan aku tidak disalah erti....


kelas bm2

~kelas ini pun ada masalah...pelajar suka sangat melakukan kerja sekolah lain dalam kelas aku kalaulah boleh dirotan dah lama aku lakukan...utk apa aku buat...bukankan utk mendidik mereka menghormati guru yang sedang berkongsi ilmu daripada menyalin tanpa apa jua ilmu diotak mereka...betapa besarnya batu dikepala mereka yang keras dan sangat susah utk aku pecahkan... kalaulah boleh...aku tidak mahu marah sekadar teguran namun mereka sering melampaui batas dalam berkata-kata sehingga mengguris hati luka diri ini...betapa sakit dan pedih hatiku sebagai org yang cuba mendidik...bukan cikgu tak mahu ajar tapi pelajar yang tidak mahu belajar....


kelas bm3...

~kelas ini pulak sangat peramah tapi sangatlah suka bermain-main dan malas menyalin nota...tapi sekurang-kurangnya mereka akan mendengar dan memberi tmpuan semasa aku membincangkan sesuatu di hadapan kelas...




rumusan:

sabar jelah!

Sunday, April 10, 2011

hati ini terluka lagi

salam... entahlah kenapa jauh dilubuk hati ini aku sering kali terasa dgn segala perkara yang kecik atau remeh
rasanya tidak perlu aku marah atau sedih...semuanya utk kami...walau apa yg berlaku aku juga anak kepada emak...biarlah apa pun hubungan darah tak mungkin terpisah... huhuhu

Thursday, April 7, 2011

Indahnya bila bergelar guru

salam ukhwah betapa indahnya perasaan dihati bila bergelar guru...saya tahu biarpun guru byk tugasan byk cbrn namun nikmatnya bergelar seorg guru amatlah saya hargai dan nikmati... nak tau kenapa....betapa payahnya kejayaan yg saya capai kini daripada kesusahan keluarga saya yg menjadi pemangkin semangat saya utk terus berusaha...kini saya dapat membalas jasa mereka dan membantu dengan ada apanya bentuk pertolongan agar meringankan beban yang mereka galas selama ini... salam muhibbah...semoga keikhlasan yang lahir dari lubuk sanubari ini utk mendidik anak bangsa mencapai kejayaan dimasa akan datang...semoga kita smua berjaya dalam apa jua cita2 kita...

Muhasabah diri

Assalamualaikum... entahlah tak tahu saya ada atau tidak pembaca kerana di blog saya nie jarang betul ada komen... namun saya sekadar berkomgsi cerita...disini saya tekankan tiada tanda mengata atau mengkritik ia sekadar berkongsi cerita agar kita sama2 memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baiklagi pada masa akan datang... banyak perkara yang saya lalui...alhamdulilah sudah hampir 5 bulan saya bekerja di bumi kenyalang bumi Sarawak... walaupun saya anak jati pulau mutiara namun tidak menghalang saya untuk berbakti dimana2 saja dibumi Malaysia... salam muhibbah... pertama sekali saya disini, saya tidak diberi peransang oleh orang atas tempat saya bekerja...kekdg saya terkilan kerana hanya kaum ibu spt kami seperti dianaktirikan...namun saya percaya tidak semuanya terburuk ttg org teratas sek kami...kerana setiap manusia mana ada yang sempurna... seorg insan yg sgt dedikasi dan komited terhadap segala bidang tugas namun beliau alpa akan kebajikan para guru walaupun beliau sering kali menekankan perkara yang sama... kekdg sebagai seorg guru baru saya amat terasa dgn apa yg diperkatakan kerana kami baru utk membiasakan cara yang terbaik dan mengasah kemahiran diri agar dapat membimbing para pelajar... adakah kita semua telah lupa, pelajar sekarang bukan lagi seperti dahulu, kalau dimarah diam dan renung kembali kesalahan diri... pada pada hari ini kebanyakkan kalau guru menegur mereka seolah-olah memperlihatkan yang mereka hebat dan segala-galanya salah guru... ada sudah berani melawan guru.... lihatkah budaya sekolah pada masa kini...semua sekolah yang saya pergi hampir saja sama... namun hukuman tidak boleh dijalankan...ini menyebabkan pelajar tidak lagi hormat pada para guru...sebilangan besar peljar dimana2 sek sekarang, lebih gema ke sekolah datang ke sekolah semata-mata utk bertemu teman bukannya mencari ilmu... tabahlah wahai para guru sekalian dalam mendidik dan memupuk semangat cintakan ilmu pada diri mereka...kitalah penggerak jiwa muda remaja.... gunakan apa saja cara utk mendapatkan perhatian pelajar namun gunakan secara berfikiran waras...apa yg kita pelajari gunakan secara terbaik agar dapat memberi manfaat kepada smua org.... salam ukhwah