Tuesday, April 12, 2011

kepenatan melayan kerenah pelajar

salam...

aduhai apalah itulah resam menjadi warga pendidik bukannya mudah menggalas segala tanggungjawab yang ada...

kekadang sebagai manusia kita tidak pernah lari daripada melakukan segala kesilapan dalam kehidupan... segala rahsia ini saya kongsi bersama pembaca blog supaya suatu saat ada yang boleh berkongsi ilmu dalam mengawal kelas yang sangat mencabar...


kelas bm

~masih menghadapi masalah sebagai guru kelas (masih ada pelajar yang suka menunjuk pandai sedangkan mereka ini sangatlah lemah...bukanlah ingin mengata aku dah anggap mereka seperti anak namun mereka terlalu mengada-ngada dan gemar memandang tempat lain andai aku bercakap... mungkin suatu saat aku perlu marah agar mereka melakukan apa yang aku suruh...segalanya untuk masa depan mereka...boleh aku katakan kumpulan ini sangat bodoh sombong)...harapnya suatu masa nanti ketegasan aku tidak disalah erti....


kelas bm2

~kelas ini pun ada masalah...pelajar suka sangat melakukan kerja sekolah lain dalam kelas aku kalaulah boleh dirotan dah lama aku lakukan...utk apa aku buat...bukankan utk mendidik mereka menghormati guru yang sedang berkongsi ilmu daripada menyalin tanpa apa jua ilmu diotak mereka...betapa besarnya batu dikepala mereka yang keras dan sangat susah utk aku pecahkan... kalaulah boleh...aku tidak mahu marah sekadar teguran namun mereka sering melampaui batas dalam berkata-kata sehingga mengguris hati luka diri ini...betapa sakit dan pedih hatiku sebagai org yang cuba mendidik...bukan cikgu tak mahu ajar tapi pelajar yang tidak mahu belajar....


kelas bm3...

~kelas ini pulak sangat peramah tapi sangatlah suka bermain-main dan malas menyalin nota...tapi sekurang-kurangnya mereka akan mendengar dan memberi tmpuan semasa aku membincangkan sesuatu di hadapan kelas...




rumusan:

sabar jelah!

1 comment:

Halimatussa'diah Ismail said...

sebagai seorang pendidik, itulah antara cabaran bagi seorang guru. Hebat bagi seorang guru yang dapat memperbaiki sahsiah dan akhlak pelajar. Itu yang lebih utama kemudian barulah akedemik. Apa pun ia bermula daripada guru, Kerana apa? sebab saya juga seorang guru.