Tuesday, April 23, 2013

maafkan aku...

agjsbsuiddnnidkd  sjdufbfje  sjjeehdbmoeo jogedroqqis+7128372+ +@7@92/#89%%7%(;%(&(&9()29&(:?  -&9-3@@-3+jwifykd jdidjeixp 8339%3%-%

Saturday, April 20, 2013

kesibukkan dibulan April

Assalamualaikum... dan salam satuMalaysia

emmm ... bukan nak kritik atau nak kata...tapi tolonglah sama-sama kita memajukan dunia pendidikan... jangan mudah mengatakan kerja cikgu itu senang..selagi anda sendiri tidak pernah alaminya.. bukan rungutan atau sungutan...tapi sekadar perkongsian minda...

seronoknya menjadi guru sehingga guru kekadang lupa hari cuti juga datang ke sekolah...semuanya dilakukan demi untuk anak-anak didik tercinta...janganlah dipertikaikan sejauh mana keikhlasan seorang guru...cukuplah sekadar semua ini menggembirakan hati semua orang...

hadiah terbaik seorang guru..bukan bila dia dinaikkan gaji,bukan juga namanya diumumkan dapat APC  tapi hadiahnya seorang guru apabila melihat kejayaan anak-anak didiknya... hargailah jasa seorang guru...

sudah hampir dengan hari guru..terima kasih kepada semua guru-guru saya, pensyarah-pensyarah saya...senior-senior saya dan semua kawan-kawan saya yang sudi berkongsi ilmu... kamulah insan bergelar guru yang sentiasa ada mengajarku tabah lalui liku jalan ini... terima kasih... ;)

murabbi

Thursday, April 11, 2013

kepenatan kerjaku

assalamualaikum... huhu kelmarin sory tak sempat nk update apa terjadi...sekolah tengah sibuk dgn aktiviti pengajaran dan persiapan tempat untuk MTQ..... byk yg dh siap byk jugak komen... mcm pelamin dah...ada ustaz tue suruh letak kerusi... haha... lawak 2.. sampai jam 5 ptg br balik umah.. ya Allah..dh mcm umh kedua dh sekolah tue...

alhamdulilah..citer hr nie lebih baik.... hampir 90 peratus dh siap... alhamdulilah...esk pulak penambahbaikan jaa... okaylah hari nie den  jalan2 melihat perkara yg blh dibantu..semangat cikgu2 kita bekerja...tahniah semua warga smk sibu jaya...kita bt utk diri dan menjalankan amanah yang diberi... semoga segala urusan dipermudahkan... aamiin...

esk kan mesti saya tak sempat nk update jadi lebih baik sy naikkan skrg... sepanjang minggu nie saya tak cuti..saya suka kem... jom kita masuk kem..tapi saya bhgn menggambar sahaja... yg penting ikut suka sahaja laa.. haahaha..  tapi sebelum tue..saya akan bt tutor dgn budak form 6 ... yes ajar multimedia..yup semoga presentation dpt disiapkan malam nie... huhu...
semoga semuanya berjalan baik baik aja... emmm tak larat nak taip lagi perut dh berbunyi okaylah.. ting tong dh otak... bye bye..jumpa lagi.. tgkla bila ila sempat update kan...

Sunday, April 7, 2013

kerinduan yang melanda di hati

rindu... sgt sgt sgt... hanya Allah jaa tahu jauh sudut hatiku ini... ya Allah tabahkan diriku...beberapa minggu ja lagi aku akan pulang ke pangkuan keluarga mungkin untuk selamanya... ya Allah... lindungila keluarga yang aku kasihi... kuatkan hati kami dalam menjaga cinta yg ada... kuatkanlah hati kami agar kami dpt beribadat dgn keikhlasan...

rindu yang amat .sehingga semua kawan aku ganggu dgn sms...sory kawan.. hehe... janji tak kacau lagi...jgn risau saya tahu batas dlm berkawan klu sy terlupa ingatkanlah saya agar kita dpt saling memelihara silahturahim... insyaAllah...

mak pak..adik dh nak balik tunggu tau... jap jaa lagi.. huhu.. ada ke yg mengerti... hanya keje yg dapat menyimpangkan fikiran seketika .. mak pak... tunggu adik tau... janji... yer... adik janji adik akan makan ikut time..adik akan kurang marah dan adik akan byk diam... tapi mak dgn bapa kena tunggu adik tau... adik kali ni janji akan ikut apa jaa kata mak dengan bapa..adik takkn degil lagi... maafkan adik ye...halalkan makan ...minum... pakai dan segala yg mak dgn bapa bagi selama nie...tunggu adik dah nak balik... :)

Thursday, April 4, 2013

the way of thinking

Assalamualaikum... seringkali aku diketemukan dgn org2 yg penuh dgn pengalaman diri...alhamdulilah... terima kasih en atas nasihat tadi... tak le nk khabar nama risau pulak... seorang yg byk pengalaman hidup dan sering membantu org lain... itu serba sedikit mengenai insan ini...

emm kata2 yg boleh dijadikan iktibar adalah janganlah kita mudah putus asa dan jangan jadikan masalah sebagai alasan utk kita undurkan diri... selain itu lakukan sesuatu perkara seperti apa yg kita inginkan serta capailah setinggi mana pun impian anda...jgn memandang rendah pada diri sendiri..yakin serta jalankan tanggungjawab dengan ikhlas..lakukan sesuatu bukan kerna mengejar pangkat atau duit tapi berilah sehingga pelajar kita faham... itulah nilai yg akan dihitung KELAK...

lagi yg lucunya bila ditegur kerana jgnlah kita bt sesuatu utk bersaing dgn irg lain tapi bt sesuatu perkara cukup utk puaskan diri dan hati serta kita sendiri berada dalam keadaan selesa dengan keadaan itu. serta pandailah kita merancang kewangan untuk sesuatu perkara yg penting kita dapat menikmati hidup yg selesa dan bahagia... jika kita inginkan sesuatu pastikan kita jujur dan ikhlas dengan cara yg betul serta tiada penipuan hanya utk mencari perhatian dunia...

syukur dgn rezeki yg diberi serta sentiasalah berkongsi dgn orang lain...

JOM BREAKFAST : capati SEGERA dan sardin berkentang




Assalamualaikum...hari ni cuti lagi...dah kebosanan di rumah.. kejap nanti nak singgah sekolah buat keje skit...bnyak buku tak semak lagi...

hehe breakfast pagi nie aku masak roti capati...alahai yang segera jaa pun... hehe.... nak ke? pastu masak sardin dengan kentang...waa fuyooo... itulah yang aku rindukan...alhamdulilah...dah tertunai gak nak masak... keje masih dok menanti... okayla... nak siapkan keje... nnt ila masukkan picture sarapan tadi pagi... nak masak sendiri okay... :)

opps makanan untuk tengahari pun dah siap...

kawan seorang sekolah...seorang lagi jumpa kawan... huhu... chaiyok siapkan keje... buat yang termampu ja.. yang pastinya paling terbaik...

Wednesday, April 3, 2013

alhamdulilah untuk hari nie...

assalamualaikum... pe khabar diriku sendiri... penatnya ...
huhuhuhuhu...

buat pertama kalinya tahun nie..penyakit tak ada selera makan nasi aku kembali lagi..  ya Allah... dgn penat perut masuk angin..tapi mood makan takde... huhu... moga ada jalan terbaik... harap2 esk akn jadi lebih baik lagi... nak wat camna laa... fikir sampai penat otak pastu tak dapat fikir lagi nie... tgu en idea dgn en ilham dtg memberi sumbangan... hehe :)

siapkan keje yg tertangguh

assalamualaikum... huhu..baru nk tido petang tadi dapat rehat jaa... bukan dapat tido pun... huhu

masa siapkan keje...mata mmg dh ngantuk tapi tak leh berhenti...kene siapkan jugak.. edit saja pun.. sory pada yang terlibat lambat saya bekerja..maklumlaa budak baru belajar.. okaylah... nak tido esk nak kerjakan lagi perkara penting di sekolah.. dan semoga tak lupa utk isi di eg-tukar... tunggu khamis nnt br isi kot... skrg penat otak...boring cuti... bosan tapi tak pasti sebab dengan jelas... okaylah... selamat malam..opsss selamat pagi....

Tuesday, April 2, 2013

Surat Cinta untuk Calon Suamiku


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Dear Calon Suamiku...

Apa khabarnya imanmu hari ini?
Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur, kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini?
Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tengah kau genggam?

Wahai Calon Suamiku....
tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dasyatnya???
Disini aku ditempah untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap medampingimu kelak. Meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi, namun kini ku rasakan diri ini lebih baik.

Kadang aku bertanya-tanya, kenapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku. Bahagian terapuh diriku. Namun kini aku tahu jawapannya...

Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku senantiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian InsyaAllah membuatku menjadi lebih tabah, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah memiliki aku di hatimu...

Calon Suamiku......
Entah di mana dirimu sekarang. Tapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga aku pun bangga memilikimu kelak.

Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, hanya kesia-siaan yang akan kau dapati.

Aku masih haus akan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku...

Wahai Calon Suamiku....
Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan bondaku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat.

Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini pencemburu berat. Tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu. Aku yakin kaulah yang aku perlukan, meski nanti kau bukanlah orang yang ku harapkan...

Calon suamiku yang dirahmati Allah...
Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan kunamai dengan gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih.

Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah Islam dari pernikahan kita, bantu aku untuk sama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah Taala...

Bunga akan indah pada waktunya. Iaitu ketika mekar menghiasi taman. Maka kini tengah ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku. Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.

Calon suamiku....
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kini kuhadapi. Kelak saat kita tengah bersama, maka disitulah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

Bersabarlah calon suamiku...Doaku selalu...Agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu...Semoga Allah selalu menjagamu, agar tak tersentuh yang bukan mahrammu, meski hanya sehujung kuku, agar kau bisa mempersembahkan dirimu seutuhnya untukku...Seperti halnya aku, yang ingin mempersembahkan diriku seutuhnya, hanya untukmu...

Sudah dulu ya calon suamiku...
Salam cintaku untukmu...
Wassalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Calon Isterimu,



dipetik dari : http://tiaaliya.blogspot.com/2010/08/surat-cinta-untuk-calon-suamiku.html

Hatiku Untuk Siapa????


Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti
seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire
Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima
balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah...
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni
yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada
sesiapa yang mendorong..
Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?
Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung
sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah
menzalimi hambaNya..
Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak
semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang
perempuan.
Cuba kakak renungkan..
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi
seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..
jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri
berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .




Kakak..
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya
bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pengalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan
hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya
hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..

Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah
untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak
dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


diambil dari sini http://upi.iskandariah.perubatan.org/2010/04/hatimu-untuk-siapa.htm

cikgu sayang kami tak?

subhanaAllah... soalan nie yang ditanya oleh pelajr...bertembung pula hatiku saat ini dengan permintaan keluarga dan kehendak hati... ya Allah... kuatkanlah hatiku kala ini...

bukan niatku nak pindah
tapi aku perlu pindah
aku mahukan suasana yang baru
aku perlu jumpa org baru
aku penat disini
sendiri tanpa teman disisi
aku penat disini
tanpa ada yang memahami
ya Allah...
aku rindukan saat aku bersama keluarga
selalu marah. sedih dan suka
sini hanya ada satu jaa
perasaan bosan dan bosan

aku sayang dan mahu trs cari pengalaman disini
tapi aku rindu mahu disisi keluarga
ingin mencuri masa menjaga amanah Allah...
ingin berbakti sebagai anak
ya Allah kuatkan hatiku
agar aku dapat teruskan hidup ini...
kuatkan langkahku agar aku terus berlari melintasi pelangi indah...

jawapan pada pelajar aku hanya senyuman dan pertanyaan sahaja...kemudian diamkan diri...tersentuh pulak hati... jika betul blh pindah nie... hahaha tgk berangan lagi... org yg isi 5 n 6 tahun pun tak dpt pindah lagi. yg aku igt mudah ke nk dipindahkan.. hehe... moga semua urusan dipermudahkan...dapat pindah atau tak...semua tak penting yg penting usaha aku utk memajukan diri dan sekolah dan pelajar...

terima kasih

alhamdulilah... terima kasih ya Allah... wlpn byk dugaan yang aku terima aku tetap bersyukur kerna dgn ujian dariMU ku tahu aku disayang...

ya Allah..akhirnya penantianku selama ini dah tercapai...hooreey aku dh sah dlm perkhidmatan..skrg tgh tgu sebulan sebelum cukup tempoh 3 tahun utk skim pencen... hehe

happy mmg happy tapikan...ada satu lagi dugaan...entah kenapa boleh pulak ada rasa cemburu dihati tatkala melihat seorang kawan berbual dgn kwn2 yg lain... nauzubillah... mintak dijauhkan sifat negatif ini dalam diri.. bila berkawan kita seharusnya hendak saling tolong menolong agar jadi...ringan sambil dijinjing yang berat sama dipikul... haha aku nie masih lagi dgn penyakit angan tak sudah... alhamdulilah setiap kali lepas terfikir atau terbayang perkara yg tak mungkin pernah terjadi... beristifar lah aku byk kali... barulah dapat dilupakan... haha... insyaAllah aku akan jadi anak yang baik bt keluarga selagi aku belum ada tanggungjawab lain...itu amanah yg perlu aku tunaikan... bab kawin insyaAllah kawan2 sama2 kita doakan saya bertemu dgn orang yg mampu membimbing saya kelak.. bukan tiada usaha..dn bukan juga putus asa...cuma belum tiba masa yang sesuai dgn perancangan Allah... semoga kita semua dapat menjadi hamba yang solehah... aamiin

Monday, April 1, 2013

roti feveret

tq ya Allah... hehe... akhirnya penantian 3 bulan dapat gak aku makan roti... payah nk dapat gardenier kat sini...

sampai dh mogok makan nasi dah...alih2 alhamdulilah...dapat jugak makan roti...

tq kawan kerana membantu... yelah faham sgt situasi kat airport klu brg byk malas rasa nk beli lagi kat sana... tapi thnkz sudi beli... akhirnya dh tercapai impian nak makan roti...
esok petang pulak nak masak roti capati segera dgn kuah sardin kentang... aduhai... emakk ...anak mak nie dh rindu sangat nie nak balik... doakan saja kita berjodoh untuk berjumpa bulan 5 nnt... moga mak... bapak ... kakak... adik... kecik...semua diberi kesihatan yg baik... in sya Allah...