Monday, December 7, 2020

lama xupdate

Terlalu byk yg berlaku sehingga xmampu aku coretkan. Kisah hidup macam air laut yg selalu bergelora. Tak siapa minta diuji namun setiap ujian yang Allah SWT beri untuk jadikan Kita lebih baik. Tgulah Masa yg sesuai akan update Kita Saya yg kini telah 2 bulan 5 Hari bergelar isteri org

Monday, August 24, 2020

masih mengenali en tunang

15 Ogos 2020 Sabtu
Ada majlis rasmi... En Tunang sanggup datang n hntr ke tempat majlis tue. Sikap n layan dia sama jgk mcm bapa Saya. Sanggup berhenti depan kereta utk sya ambik brg. Hehehe.. klu mcm nie jgk lepas kawin.. alhamdulilah..semoga ya... 
Kak dayah dh tgk dh. Tp xsempat tnya banyak en Tunang nie pemalu pulak... Dh diam2 risau kena soal. Hehhee..nasib baik dtg Ke majlis dihntr..hehe..xde org Tau. Semua igt Naik grab jer...hehehe


16 Ogos 2020 Ahad

Second time dating berdua dgn En Tunang. Emm rasa bersalah. Namun kena kenal jgk sblm kawin sikap n Cara dia. InsyaAllah.  Asal cara Kita betul tempat n niat yg betul harap2 Allah mudahkan urusan. Byk lagi xbincg untuk majlis bulan 10 nie. Semoga dirinya ikhlas jgk dgn sya. almaklum kmi pun dikenalkan..Dan masih berkenalan.. perasaan mungkin Ada skit. Namun yg lain2 biarlah lepas kawin saja. Xbrani berharap lebih drp sepatutnya. Rasa yg Ada dlm hati biarlah kekal di hati hinggalah segalanya halal disisi Illahi... 
Sempat jmpa mak en tunang Masa keluar dating..hehehe


19 Ogos 2020 Rabu
Tarikh di Mana fizal aka tunang Saya hantar Dan jemput pulang dari keje. Kali Ni bukan di stesen keje sendiri Ada urusan di tempat luar. Masih xsiapa tahu. Hanya 2 Insan di sekolah sahaja sempat Ila kongsi citer. Yang lain tunggu episode seterusnya. Bila di Mana n bagaimana Ila akan sampaikan surprised.. InsyaAllah..harap doa drp semua orang sahaja. Balik dijemput sempat keluar makan sebelum balik kampung bercuti. Kalau sikapnya en tunang begini lah sehingga kawin mgkin Saya xrisau. Xsiapa tahu apa akan berlaku ke depannya. Doakan yg baik2 sahaja...


21 Ogos 2020 Jumaat

En Tunang datang ke kampung. Hehehe. Xsurprise dh pun... Mulanya igt nk uruskan dgn pejabat agama.. tapi bapa bagitau semua dh settle pun bg surat2 jer. Bapa hntr.. okaylah mcm tue. Jadi en Tunang datang kmi pi Cari baju pengantin n jalan2 ke Kuala dating bersama mak n bapa Saya. Hahahaa... Nasib dia xkekok. Hehehe.. harapnya semua baik2 je. Family sya dh mula panggil dia Pak de.. sbb family sya panggil sya mak de.. aka mak cik mude.. hehehe.. 

Sunday, August 9, 2020

8/8/2020

Alhamdulilah..byk perkara berlaku untuk tarikh yang indah ini.

1. Sedih: dah rancang pun mesyuarat namun terpaksa ditunda. Tapi mungkin itu yang terbaik saat Covid yang melanda seluruh dunia. 

2. Sedih: idol yang saya minat telah kehilangan bapanya pada tarikh ini beberapa belas tahun dulu. LDH

3. Perjumpaan kecil ahli kumpulan nur hikmah SMKPP. Rindu zaman sekolah. Usia persahabatan kami pun dh 21 tahun. Tahun lepas kami sempat sambut bersama dan raikan dengan bercuti bersama. Alhamdulilah luang Masa bersama-sama bercerita membuatkan diri teringat Masa lalu. Semoga jalinan ukhuwah Kita semua sehingga jannah. Cuma kurang seorang ahli sahaja. Namun jarak yang jauh membataskan segalanya. Cukuplah sekadar mendoakan Kita semua akan terus bersahabat. aamiiin.

Saturday, August 1, 2020

alhamdulilah

29/7/2020: Pertama Kali dating nie- Masa dia teman Saya jalan bawah flat. Hehe.. bukan apa pun sembang2 skit je...

1/8/2020:Pertama Kali dating - bapa dgn mak bagi greenlight pulak .hahaha..bukan xsuka, InsyaAllah ambil peluang kenal hati Budi dia. Alhamdulilah.. nampak okay n selesa sgt dgn dia. Doa sgt dalam hati klu jodoh semoga dipermudah. 

Gi Kuala Kangsar- gi dkt lembah tue minum2 n makan.cuma first time pakai sop mmg kena ikut laa.. alhamdulilah... Ramai yg ikut sop. Haha jarak fizikal. Itu yang penting. 

P/S: semoga semua urusan 3/10/ 2020 dipermudahkan.... Aamiiin

Sunday, July 26, 2020

Alhamdulilah

Alhamdulilah..akhirnya aku dapat sikit ketenangan.. berjaya atasi sedikit trauma masa lalu. Semoga urusan Kali ini dipermudah Dan semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah

Ya Allah, aku mmg dh janji xkn buka lagi mesej yg diblock. Penat sudah aku terpaksa tgk n makan hati . Skrg terpulang dia dan urusan dirinya dgn Allah... Aku dh maafkan dan aku nk lupakan serta mula kehidupan baru

Allahu terima kasih untuk semuanya... Memang aku sungguh gembira Dua Hari ini sama macam perasaan tunangku. Cuma aku xpandai nk gambarkan saja. Risau dan takut pun ada kalau terlalu gembira semuanya akan hilang. Semoga semuanya baik2 sahaja. Doa usaha dan tawakal itu sahaja yang mampu aku lakukan sebab Kita Tak tahu perkara yang akan berlaku akan datang. Doa baik2 minta baik2. InsyaAllah.... 

Semuanya akan baik :)

Saturday, July 18, 2020

letih ..

Assalammualaikum...

Bila nak positif, hehe merungut je Saya nie.. 

Alhamdulilah.. murid mulai fahami SOP datang ke sekolah tapi kan...huhuhu.  SOP balik carca marba lagi ooii.. 

Fikir punya fikir Kita yang dewasa kalau Tau time balik cepat2 angkat beg dan simpan barang nak balik. Inikan pulak anak2 kecik ini. Ada yang keluar beli barang, Ada yang jalan2 dan bergembira dengan kawan. Mereka seakan lupa akan keadaan sekarang.. Kita masih perlu berjaga2. 

SOP balik mungkin kena perhalus lagi peringkat demi peringkat. Selepas tengok apa yang berlaku nanti mungkin akan dibuat perubahan dari semasa ke semasa supaya semakin baik pergerakan balik sekolah ikut SOP. Cuma berharap tiada kejadian yang disalah faham oleh keluarga murid2. Berharap semua bagi sokongan dan kerjasama dan pengurusan sekolah makin bertambah baik. Sukar untuk uruskan murid untuk balik sekiranya tiada kerjasama semua pihak. Semoga segalanya semakin baik2. InsyaAllah...

p/s: jom rehat

Thursday, July 16, 2020

penatnya

Assalammualaikum... dan salam sejahtera... Allahu Akbar.. penat sgt.  Tp penat yang buat hati rasa puas dan seronok. Alhamdulilah.. semuanya Hari ini telah berjalan dengan lebih baik.

Anak-anak ini Makin bijak dan mudah faham SOP yang sedia Ada. Semoga diberikan kemudahan dan keselesaan buat semua orang di sekolah.

p/s: penat tapi berbaloi bila tgk senyuman di wajah anak 2 didik...

Wednesday, July 15, 2020

15 Julai 2020

Assalammualaikum dan Salam Sayang . Alhamdulilah...syukur dapat jumpa pelajar semula..cuma mmg letih..sangat2 letih. 

Murid xsemua faham SOP lagi. Biasa dalam minggu nie la murid ambik Masa bljr dan biasakan diri. Berharap minggu depan lebih baik lagi...

Jom rehat.. esok lagi nk sambung tugas guru bertugas mingguan...

p/s: dah memang tanggungjawab kami. Harap tiada pemikiran negatif orang luar. 

Tuesday, July 14, 2020

14 Julai 2017

Salam Sayang...
Walaupun Saya bukan ELF, bukan fans berat Lee Dong Hae . Namun Saya meminati beliau dari segi bakat lakonannya, nyanyiannya, kecomelannya serta peribadinya yang setakat ini bersih dan gayanya yang seperti anak-anak amat mencuri perhatian...

Benar kata elf mereka yang setia, andai Kita suka salah satu member dalam kumpulan SUJU anda akan minat seluruh ahli kumpulan..hahahaha.. 
Tarikh keramat di Mana jejaka comel ini Tamat latihan ketenteraan ( polis) . Sungguh sudah tepat 3 tahun Saya meminati beliau. 

Sebelum ini dan sehingga Hari ini Saya masih minat dan akan terus minat mereka iaitu :Jerry Yan (Taiwan), Zhao Wei(Taiwan), Kwon Sang Woo (Korea), Karishma Kapoor (Bollywood), Shah Rukh Khan (Bollywood), Salman Khan (Bollywood), Faizal Husin (Malaysia) , Shiela Rusly ( Malaysia) dan Lee Dong Hae (Korea).

Tak ramai pelakon yang Saya minat. Cuma ada beberapa Artis yang mencapai tahap penilaian Saya. 

Setiap orang mempunyai hak memilih dan kebebasan mengukur minat terhadap Artis yang Ada... terpulang pilihan masing2 ... 

Hari ini genap 3 tahun tamatnya latihan LDH. hanya mampu mendoakan yang terbaik buat dirinya...
Sekadar perkongsian, berdoa yang baik2 untuk semua orang ...

Terima kasih...

15 JULAI 2020

Assalamualaikum dan Salam Sayang 
Harap tarikh keramat ini memberi kebaikan untuk semua pelajar. Bukan kami warga Pendidik malas bekerja namun SOP dan segala persiapan perlu diteliti dan dibuat dengan baik. Semoga kerjasama anak-anak didik sekalian memudahkan urusan semua pihak. 

Ya Allah, lindungilah kami, hamba-hambaMu yang lemah, permudahkanlah urusan kami esok hari. 

Aamiiin...

p/s: doa ini Saya titipkan untuk dibaca sama2 oleh orang lain agar lebih ramai mendoakan kesejahteraan Kita bersama...

cerita lalu...

Salam Sayang sekadar simpanan di sini... Bukan untuk diingati tapi untuk dijadikan bahan bukti...hehehe... 
Duit yang disimpan oleh saya.. byk dikeluarkan tanpa pengurusan kewangan yang baik. 

p/s: Kita perlu buat pengurusan kewangan sendiri agar setiap perbelanjaan lebih lancar. Semoga anda semua dilimpahi dengan Rahmat Allah...

apa lagi yang dia nak

Salam Sayang ... Aduhai kepenatan berfikir apa lagi yang  dia nie nak .benda dah lepas kot. Apa lagi dok kacau dan ganggu. Susah kalau tak boleh terima kenyataan. Terima kasih dah ucapkan tahniah tapi Bab duit Saya mmg xpernah pinjam duit awak Dan saya xpernah hutang dgn awak. Masalahnya awak yang selalu hutang duit saya. Sy dh potong duit Saya sblm pulangkan semuanya pada ibu awak Hari Saya hantar cincin tunang. Maaflah Saya boleh terima lelaki yang gaji xtinggi tapi  awk memang dh rancang xnk bekerja selepas kawin. Paling teruk awak hina dan jatuhkan Maruah keluarga Saya. Entahlah apa yang salah Saya buat. Saya sabar selama 7 bulan lepas putus tunang dengan gangguan mental awak tue.. Allahu akhbar... Penat. Hanya Allah yang tahu apa Saya Alami. Tolonglah ... Sudah-sudahlah dengan dengan perangai xmatang awak dan ugutan semua. Saya dh 2 Kali report polis sebelum ini. Mungkin jika awak masih ganggu hidup Saya. tindakan Saya selepas ini mgkin sya akan saman awak. 

p/s: buat semua wanita di luar sana, xsalah bercinta dan berharap tapi jangan sampai lelaki hina dan pijak Maruah diri dan keluarga Kita. Kalau suruh seseorg itu bijak memilih jodoh , xsemua perkara blh nampak dari luaran seseorang. Kita hanya mampu berdoa dan bersabar dengan segala ujian dalam hidup ini. Teruskan hidup dengan positif . 

Sunday, July 12, 2020

11Julai 2020

Assalamualaikum...
Akhirnya permulaan baru. Semoga pertunangan kali nie berakhir dengan baik. InsyaAllah...

11 Julai 2020 akan diingati...

Perancangan Allah yang terbaik, semoga ini adalah jodoh yang datang...

Friday, July 10, 2020

KERJA OH KERJA

KERJA OOOO KERJA

TAKKAN PERNAH SELESAI


BILA NAK HABIS NAK REHAT

TIDAK ADA ISTILAH REHAT

INGAT MEMANG BUKAN CIKGU JER BANYAK KERJA

SEMUA ORANG BANYAK KERJA DAN PEMBERATAN DALAM BIDANG MASING-MASING


PENAT BEKERJA ... BIASA KAWAN-KAWAN

SENTIASA CARI CARA UNTUK ATASI PENATNYA BEKERJA. 

JOM NIKMATI KERJA HARI JUMAAT... ESOK DAN CUTI.  BIASAKAN DIRI CUTI DAN REHAT PADA HARI SABTU DAN AHAD. BUAT KERJA RUMAH DAN NIKMATI CUTI.

BADAN DAN OTAK KITA PERLUKAN REHAT...


SENTIASA SIHAT DAN SENTIASA GEMBIRA


SELAMAT BEKERJA

MULAKAN HIDUP BARU

SALAM SAYANG

PENGALAMAN SAYA PUTUS TUNANG TAK MAMPU SAYA CERITAKAN KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN BAIK. HAL INI KERANA PERKARA INI BUKAN BERITA BAIK. LAGIPUN DAH LAMA DAH BERLAKU , LEBIH KURANG 7 BULAN YANG LALU.

SUDAH LAMA SAYA BERALIH KE HIDUP BARU, CUMA BEKAS TUNANG SAYA YANG MASIH TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN BAHAWA KAMI DAH PUTUS WALAUPUN DAH 7 BULAN BERLALU. SEHINGGA KE HARI INI MASIH MESEJ SAYA DAN DENGAN PERKATAAN YANG TIDAK SELESA DAN PERKATAAN TAK ELOK.PERASAAN SAYA TAWAR SEJAK DIA TUDUH MACAM-MACAM BILA DIA STRES DAN SALAH FAHAM, BUKAN TIDAK BERBINCANG. NAMUN MEMANG TAK DAPAT NAK DIELAKKAN. REDHA SAHAJA DENGAN SAYA YANG PUTUSKAN PERTALIAN KAMI. NAMUN SIKAP DIA SELEPAS PUTUS MAKIN PELIK BUAT SAYA YAKIN DENGAN KEPUTUSAN INI.

WALAU ADA KAWAN YANG TENGOK FB BEKAS TUNANG DAN KATA ORANG TU SAYANG SAYA PUN. NAMUN MEREKA TAK TAHU KISAH SEBENARNYA YANG BERLAKU. CUKUPLAH KUBURUKAN DI SINI SEBELUM MEMBUKA LEMBARAN BARU MENERIMA INSAN LAIN DALAM HIDUP INI


PESANAN:
1. BUKAN TAK BOLEH BERKONGSI DENGAN PASANGAN, NAMUN KALAU AWAL-AWAL PERTUNANGAN PUN SELALU MINTA PINJAM DUIT, MALAS BEKERJA DAN SUKA MINTA TOLONG DENGAN PASANGAN. HARUS DI FIKIRKAN SEMULA. PERKAHWINAN BUKAN SATU PERCUBAAN DAN BUKAN SATU PERJUDIAN HIDUP. 

2. SENTIASA ULANG AYAT, APA2 HANYA KITA DUA JE YANG TAU . JANGAN CERITA DENGAN ORANG LAIN. MEMANG ADA BEBERAPA PERKARA MERUPAKAN RAHSIA SUAMI ISTERI NAMUN KALAU SEMUA BENDA TAK BERANI NAK KONGSI MACAM PELIK.

3. TUNANG BUKAN ISTERI... SAYA ULANG..BERTUNANG BUKAN TIKET SEORANG LELAKI DAN PEREMPUAN BOLEH DUDUK SERUMAH. TOLONGLAH. PEREMPUAN JAGALAH DIRI JANGAN HANYA TERMAKAN PUJUK MANIS/ RAYU KAUM ADAM. BUKALAH DIRI, TANYALAH KAWAN DAN KELUARGA SIKAP SESEORANG. DOA BANYAK-BANYAK SEMOGA DIJAUHKAN DARIPADA PERKARA TIDAK SIHAT


PESANAN DEKAT DIRI SENDIRI

P/S: INI MASA DEPAN KITA DAN KITA BERHAK PILIH YANG TERBAIK UNTUK DIRI KITA. JANGAN BIARKAN TAKUT MALU PUTUS TUNANG DAN BERCERAI KITA SANGGUP MAKAN HATI. FIKIRKAN MUNGKIN HARI INI SI DIA SANGGUP MARAH DAN TUDUH KITA MACAM-MACAM. MUNGKIN BILA DAH KAWIN DIA SANGGUP TANGAN-TANGAN KAN KITA. 

NAMUN KALAU KITA DAH PILIH DAN SENTIASA BERDOA , SOLAT ISTIQARAH, NAMUN TERJADI JUGA PERPISAHAN.. PERCAYA...ITU TAKDIR ALLAH SWT. ALLAH SENTIASA BERIKAN YANG KITA PERLUKAN DAN TERBAIK BUAT KITA. PERCAYALAH HIKMAH DISEBALIK SETIAP KEJADIAN YANG MENIMPA KITA. 

SALAM BERAMAL SALAM SAYANG. 

PENGALAMAN YANG SUKAR SAYA KONGSI DAN BUAT SAYA TUTUP 2 AKAUN FB YANG SANGAT MEMBERI MAKNA UNTUK KELUARA, KAWAN DAN ANAK DIDIK SAYA. NAMUN INI YANG TERBAIK...

SESIAPA YANG INGIN BERKONGSI PENGALAMAN ANDA JUGA, BAGUS UNTUK SAMA-SAMA DIJADIKAN RUJUKAN PADA MASA HADAPAN.




KISAH YANG ORANG LAIN TAK TAHU

ASSALAMMUALAIKUM...

Guru- cabaran minggu hadapan 15 Julai 2020

Semoga semua perjalanan pengurusan persekolahan semula berjalan lancar di semua sekolah. Bagi sekolah kami persediaan telah dibuat minggu ini, namun kepenatan berganda.. (Gaya berfikir orang tipikal: Biarlah cikgu ada kerja dah lama berehat kan) Kami Guru : Wow hebat gaya berfikir setiap orang... haha... kalau kami ambil hati dan peduli semua kata-kata orang memang sangat-sangat penat pulak bahagian mental. Biarlah apa pun orang nak fikir, sebab mereka memang tidak berada dalam situasi guru. biasalah semua berhak untuk berfikir apa yang dirasakan terbaik.

Semua dah dibuat cuma risaunya keselamatan murid dan bagaimana mereka melaksanakan mengikut panduan. Guru sebagai pengasuh sekarang. hehehe.. pentingnya guru ada di mana tempat murid berkumpul, nyawa ya.. risiko yang sangat-sangat tinggi. Berharap yang baik-baik dan semestinya pembelajaran bersemuka lebih memudahkan dan menggembirakan hati guru dan murid. Sukar melaksanakan pembelajaran maya, bukan tak boleh , namun beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan.

Semua guru, semoga sentiasa bersemangat ya. saya tunggu ulang tahun ke-10 menjadi guru tahun ini pada 22 November 2020. Sambutan atau rasa bersyukurnya diberi kesempatan dan peluang sentiasa ke sekolah walaupun umur dah makin meningkat. semoga anak didik semua menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Kebahagiaan yang tak mampu diukur oleh mata kasar.

Salam sayang...

Terus jaga kita, untuk diri kita bersama


 

Friday, July 3, 2020

MULAKAN HARI DENGAN POSITIF

Assalammualaikum,

semoga pagi ini dimulakan dengan positif, semoga anak-anak didik lebih bersemangat walaupun keadaan sedikit sukar buat mereka. 


Thursday, July 2, 2020

perubahan zaman

Kalau dulu orang sering guna blog

Sekarang orang dah ada Vblog

Perubahan zaman friendster > facebook> Instagram/ Twitter

samalah juga cara pengajaran semua sepatutnya lebih terkini dan berteknologi agar dapat memudahkan PdPc


Apa apapun pilihan di tangan kita ingin berubah dan kekal positif atau terus kekal di tempat yang sama



p/s: renung-renungkan dan tanya hati sendiri

hak kebebasan

Assalamualaikum ...

Penulisan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan sekadar perkongsian nasihat yang ingin aku sematkan dalam hati buat menempuh hari mendatang. Motivasi untuk diri sendiri untuk terus berjuang di bumi Allah ini.

Lama sudah tangan ini tidak menulis.. makin berkarat sudah otak untuk bermadah...

HAK KEBEBASAN

_kita berhak memilih... sesiapapun yang bakal menjadi teman hidupmu malahan apapun mahumu ...
_kita berhak bahagia .. dengan siapapun/apapun pilihan kita, asalkan letakkan syukur bersama
_kita berhak buat keputusan... buatlah apa pun keputusan kita, tiada siapa boleh memaksa


namun terkadang ada sedikit perkara yang menyebabkan kita terpaksa berfikir banyak kali sebelum membuat sebarang keputusan, perlu menjaga hati banyak pihak...

SITUASI 1:

A: kenapa hang tak kawin lagi nie, memilih sangat kot
B: bila hang nak kawin, dah bau nasi minyak dah nie
C: jangan la memilih sangat, cepat-cepatlah kawin

ayat yang sentiasaku dengar. Namun aku diam dan senyum jer. tak semua orang faham masalah kita dan tak semua perkara kita perlu kongsikan dengan semua orang. 
p/s: kalau ada kawan yang boleh berbahagi cerita, silakan cerita .. dapat ringankan beban otak anda...

Bukan saya terlalu memilih, namun kita tetap kena pilih takkan nampak orang tepi jalan terus nak ajak kawin. hahaha.. semuanya mungkin dah qada n qadar Allah belum masanya yang tepat untuk saya bertemu jodoh.

Walaupun sudah hampir jodoh namun tak panjang jua salam perkenalan kami.Terpaksa jua membuat pilihan sebaliknya. kun fayakun... perancangan Allah semestinya yang terbaik, kita sebagai Hamba Allah haruslah bersyukur . Carilah disudut-sudut terkecil, sebenarnya setiap kejadian ada hikmah disebaliknya... insyaAllah.

Cuma nasihat saya buat semua wanita/gadis di luar sana, pastikan anda jangan pernah terlayan dengan janji-janji manis lelaki. tak semua baik dan tak semua jahat. Sekadar berhati-hati itu perlu. Jangan pernah cintakan seseorang itu 100% selagi belum sah halal buatmu... mahalkan dirimu ... JANGAN MUDAH TERPEDAYA...

Wednesday, July 1, 2020

salam pertemuan



lama tidak bertemu...

pasti badai menimpa dengan ombak yang kuat...

angin kencang tanpa ada perlindungan


tidak dapat mengukir kerana badai yang melanda merubah segalanya...

semoga selepas ini lebih kerap menulis lagi... akan ada banyak penulisan berbentuk pengajaran dan nasihat buat rakan-rakan dan adik-adik di luar sana untuk diambil pedoman. Perkongsian bermakna yang akan saya kongsikan tidak lama lagi.