Saturday, July 18, 2020

letih ..

Assalammualaikum...

Bila nak positif, hehe merungut je Saya nie.. 

Alhamdulilah.. murid mulai fahami SOP datang ke sekolah tapi kan...huhuhu.  SOP balik carca marba lagi ooii.. 

Fikir punya fikir Kita yang dewasa kalau Tau time balik cepat2 angkat beg dan simpan barang nak balik. Inikan pulak anak2 kecik ini. Ada yang keluar beli barang, Ada yang jalan2 dan bergembira dengan kawan. Mereka seakan lupa akan keadaan sekarang.. Kita masih perlu berjaga2. 

SOP balik mungkin kena perhalus lagi peringkat demi peringkat. Selepas tengok apa yang berlaku nanti mungkin akan dibuat perubahan dari semasa ke semasa supaya semakin baik pergerakan balik sekolah ikut SOP. Cuma berharap tiada kejadian yang disalah faham oleh keluarga murid2. Berharap semua bagi sokongan dan kerjasama dan pengurusan sekolah makin bertambah baik. Sukar untuk uruskan murid untuk balik sekiranya tiada kerjasama semua pihak. Semoga segalanya semakin baik2. InsyaAllah...

p/s: jom rehat

No comments: