Friday, July 10, 2020

KISAH YANG ORANG LAIN TAK TAHU

ASSALAMMUALAIKUM...

Guru- cabaran minggu hadapan 15 Julai 2020

Semoga semua perjalanan pengurusan persekolahan semula berjalan lancar di semua sekolah. Bagi sekolah kami persediaan telah dibuat minggu ini, namun kepenatan berganda.. (Gaya berfikir orang tipikal: Biarlah cikgu ada kerja dah lama berehat kan) Kami Guru : Wow hebat gaya berfikir setiap orang... haha... kalau kami ambil hati dan peduli semua kata-kata orang memang sangat-sangat penat pulak bahagian mental. Biarlah apa pun orang nak fikir, sebab mereka memang tidak berada dalam situasi guru. biasalah semua berhak untuk berfikir apa yang dirasakan terbaik.

Semua dah dibuat cuma risaunya keselamatan murid dan bagaimana mereka melaksanakan mengikut panduan. Guru sebagai pengasuh sekarang. hehehe.. pentingnya guru ada di mana tempat murid berkumpul, nyawa ya.. risiko yang sangat-sangat tinggi. Berharap yang baik-baik dan semestinya pembelajaran bersemuka lebih memudahkan dan menggembirakan hati guru dan murid. Sukar melaksanakan pembelajaran maya, bukan tak boleh , namun beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan.

Semua guru, semoga sentiasa bersemangat ya. saya tunggu ulang tahun ke-10 menjadi guru tahun ini pada 22 November 2020. Sambutan atau rasa bersyukurnya diberi kesempatan dan peluang sentiasa ke sekolah walaupun umur dah makin meningkat. semoga anak didik semua menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Kebahagiaan yang tak mampu diukur oleh mata kasar.

Salam sayang...

Terus jaga kita, untuk diri kita bersama


 

No comments: