Saturday, March 30, 2013

aku dan coklat

Apa agaknya coklat nie...

semakin hari semakin buat aku keliru...

menanti-nanti

tergila-gila

sehari tak jumpa...

boleh jadi rindu...

coklat... huhu... nyum nyum

Ya Allah permudahkan urusanku

Assalamualaikum...pagi-pagi nie terasa pula ingin menulis...hehe hari nitidoq lambat lepas gian masa bljr dulu kot... haha...tau tak bila tetiba gas dah habis tak le rasa tekanan atau stress... semalam punya citer tapi tak basi lagi kot... kami dah macam kembali di zaman belajar...membeli nasi bungkus dan makan setengah simpan setengah lagi utk malam pulak...haha ... sweet sangat...

Ya Allah...rindunya saya dengan semua teman2 semasa belajar di upc dulu...

emmm... ada satu lagi cerita...semua orang suka tanya bila nak kawin, bila nak beli rumah, beli aset macam tanah...atau bila agaknya nak beli kereta kan...boleh jalan-jalan dan tidaklah hanya naik motosikal sahaja...

Ya Allah terima kasih kerana ada banyak kawan yang prihatin pada diriku ini... namun aku bukan tak nak beli tapi perkara itu tiada dalam perancangan hidup lagi...cuba lihat salah satu situasi antara saya dengan bapa kesayangan saya...

situasi 1:
bapa: bila nak ambik lesen kereta nie...
saya: emmm... malas laa...seronok lagi di hantar dan di ambil
bapa: sekurang-kurangnya senang nak bergerak ke mana-mana
saya: tapi... (dialog dalam hati sahaja "emmm...bukannya ditanya lesen bila dah mati kan...")
@@@^&((^^*(

situasi 2:
kawan : kita kenalah kumpul aset dari sekarang
saya: emmm bukan tak nak... biarlah buat apa yg perlu dulu
kawan : kan kita ada byk duit lebih...bolehla nak beli aset
saya: tak semua orang berkemampuan ... masing-masing ada keperluan dan kepentingan kegunaan duit... mana sama setiap orang bukan dilahirkan dalam keluarga mewah.. (dengan nada sedikit cuak)
kawan : tapi kan tengok hang masih mampu
saya: jangan tengok orang dari segi luaran...takkan orang yg ada masalah perlu tunjuk muka seposen...kalau dah mampu belilah...setiap orang ada perkara terpenting dan bagi saya yang paling penting adalah keluarga saya gembira...
kawan: !#$&*()


kawan-kawan...jangan kita bersikap mudah...jangan perlekeh atau sekadar cakap tanpa berfikir hati dan perasaan kawan-kawan kita tahu... semua orang ada masalah dan ada kalanya lebih baik simpan dan cuba atasinya dan tidak menyusahkan orang lain selagi mampu...bukannya perkara penting dalam hidup adalah aset..ingat kawan dah mati nanti semua harta benda kita tinggalkan cuma kita bawa 3 perkara..doa anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan serta sedekah kita...

ya Allah permudahkan aku dalam satu dan dua urusan yang tengah aku rancangkan demi kebahagiaan hidup kedua-dua orang tua...skrang bukan sekadar mencari bekalan akhirat saya juga tengah merencanakan sesuatu yang bermanfaat dan sesuatu yang boleh ditinggalkan dan akan menjana ekonomi buat keluarga saya,,,jika sekiranya saya dijemput lebih dahulu....

saya merinduiMU ya Allah... aku sentiasa bermimpi rumahMU...izinkan dan permudahkanlah urusan ku untuk aku sampai dan berada di sisiMU...

YA ALLAH...YA ALLAH... YA ALLAH....



Thursday, March 28, 2013

sedih tul...

assalamualaikum... sedihnya bila tgk kawan2 balik...aduhhhh crita at tv pun asyik2 yg sedih jaa nie...

huhu... nak coklat.. tapi mak dh warning... bukan berat jaa naik... risau tahap aktif pun naik... ila diet2... ko makan jaa sepanjang cuti nie..diet 2 tau ila...

STUDY STUDY

 ASSALAMUALAIKUM...

MARI BELAJAR!!! 

Frasa di mana tidak boleh jadi penghubung ayat

PERKATAAN mana ialah kata ganti nama diri tanya. Selain perkataan mana, apa dan siapa juga tergolong ke dalam kata ganti nama diri tanya.
Mana ialah kata ganti nama yang merujuk benda atau orang. Apa merujuk benda dan perkara, dan siapa merujuk orang. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Apakah yang di dalam kotak itu?
2. Mana buah keranji yang saya bawa tadi?
3. Siapakah yang memenangi acara 100 meter lelaki?
Ketiga-tiga perkataan ini boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa rujukan tidak tentu atau penegasan. Misalnya: Apa menjadi apa-apa, mana menjadi mana-mana, dan siapa menjadi siapa-siapa (sesiapa).
Perhatikan perbezaan makna dalam ayat-ayat contoh berikut:
4. Tidak dibenarkan siapa-siapa pun masuk ke dalam dewan ini.
5. Pilihlah mana-mana buah delima yang kamu hendak.
6. Apa-apa yang baik, jadikanlah teladan.
Perkataan mana, apabila didepani oleh kata depan di menerbitkan frasa sendi nama yang merujuk tempat. Misalnya:
7. Di mana kita akan bermalam nanti?
Frasa di mana dalam ayat (7) merujuk tempat kita hendak bermalam.
Namun begitu, wujud pula kekerapan yang tinggi penggunaan frasa di mana ini sebagai kata hubung dalam ayat.
Dalam penulisan, dua ayat atau lebih dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan kata hubung sebagai ikatan; dan ayat gabungan yang terhasil ini dikenal sebagai ayat majmuk.
Dalam binaan ayat majmuk, kita perlu menggunakan kata hubung yang sesuai dengan maksud yang terkandung dalam ayat supaya ayat yang terbina itu gramatis.
Ayat yang dibina akan menjadi salah tatabahasanya jikalau kata hubung yang tidak sesuai digunakan.
Nampaknya, sudah menjadi satu kecenderungan pengguna bahasa, menggunakan frasa di mana sebagai penghubung antara dua ayat dalam penulisan dan pertuturan.
Dengan berdasarkan fungsi penggunaannya, jelaslah frasa di mana tidak boleh digunakan sebagai penghubung ayat kerana ayat yang terbentuk begitu janggal rasanya, malah ayat yang demikian bersifat keinggerisan.
Perhatikan ayat contoh berikut:
8. Wasiat merupakan satu-satunya cara di mana seseorang itu boleh memberikan hartanya kepada sesiapa yang dikehendakinya.
9. Sesuatu perindustrian di mana barang-barang yang dikeluarkan mungkin beratus-ratus kilometer jauhnya daripada pengguna.
Ayat (8) boleh dibina tanpa menggunakan perkataan di mana. Malah, tanpa perkataan di mana, ayat itu sudah sempurna maksudnya. Ayat berkenaan boleh ditulis semula sebagai
8a. Wasiat merupakan satu-satunya cara seseorang itu boleh memberikan hartanya kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Kata di mana dalam ayat (9) pula kelihatan diada-adakan, sedang frasa tersebut dapat digantikan dengan perkataan "tempat" yang lebih jelas dan tepat kepada makna ayat tersebut. Oleh itu, ayat (9) boleh ditulis semula sebagai:
9a. Sesuatu perindustrian tempat barang-barang dikeluarkan mungkin beratus-ratus kilometer jauhnya daripada pengguna.
Pengguna bahasa perlu faham bahawa bukan dalam semua kes frasa di mana tidak boleh hadir di pertengahan ayat.
Selain digunakan sebagai kata tanya, di mana boleh hadir di pertengahan ayat jika maksud ayat merujuk tempat. Misalnya:
10. Pembunuh itu memberitahu polis di mana senjata api itu dicampakkan.
11. Datuk tidak ingat di mana beliau meletakkan cermin matanya.
Demikian huraian ringkas tentang kesalahan penggunaan frasa di mana yang tidak mengikut aturan bahasa. Oleh itu, kuasailah aturan bahasa ini yang telah ditetapkan supaya kesalahan berbahasa dapat dielakkan.

DIPETIK DARIPADA :Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130325/pe_03/Frasa-di-mana-tidak-boleh-jadi-penghubung-ayat#ixzz2OnWZzEF1 

Wednesday, March 27, 2013

pengaruh media

Assalamualaikum...

Seketika jariku mula mengorak langkahnya...menghayun lembut menekan punat button di key board... terfikir aku sejenak mengenai media massa. Paling tepat kalau aku fokuskan terus kepada cerita-cerita yang disiarkan terus di siaran TV. Pernahkah kita terfikir akan kemusnahan yang boleh diakibatkan kepada golongan yang masih berfikiran suci seperti anak-anak remaja. Mungkin disebabkan aku menonton salah sebuah rancangan komedi yang menyiarkan sesuatu yang mencuit hati lalu terimbas kembali apa yang pernah aku saksikan di kelas semasa mengajar... ya memang, pemikiran anak-anak ini telah terikut-ikut lawak jenaka yang mereka saksikan.

TAPI PERSOALANNYA...

adakah wajar kita membiarkan para remaja ini terikut-ikut budaya komedi ini yan memang sah-sah salah dari segi adab...sehingga mereka tidak tahu menggunakan sesuatu perkara kena pada tempatnya... untuk lebih semua memahami saya akan jelaskan beberapa situasi yang terjadi agar kita dapat fikirkan bersama jalan penyelesaiannya...

SITUASI 1:

Cikgu: Siapkan semua yang telah cikgu berikan, banyak latihan dibuat. kamu akan semakin paham
Pelajar: Ada aku kisah (dengan gaya dua tangan diatas bahu)
Cikgu: blurrr@@@$$%^&&*

SITUASI 2:

Cikgu: Pastikan kamu cuba menjawab soalan peperiksaan. jawab jangan hantar kertas kosong...
Pelajar: ooo.... kosong...kosong....kooooosooongggg.... (dengan rentak lagu najwa latif)

setakat dua situasi ini sahaja yang saya kongsi dulu...kalau banyak-banyak saya pulak tak tahan nak ketawa... itulah sifat atau memang dah lumrah generasi muda mudah menerima... namun kalau salah penerimaan akan memberi kesan yang tidak baik kepada para pelajar ini...siapakah yang akan bertanggungjawab? akan berbalik pada pelajar kembali...kalau semua orang pandai memainkan peranan sendiri...pastinya masalah ini dapat diatasi sedikit demi sedikit... emmm... malas nak mengeluh kekadang situasi pelajar yang tidak tahu akan kesalahan sendiri menyulitkan saya untuk bersabar... namun ada situasi memang mengundang tawa di dalam kelas... kitalah yang harus sama-sama mendidik generasi muda ini kerana mereka bakal pemimpin masa hadapan...

secara kasarnya saya lihat...rata-rata pelajar memang tidak tahu akan kesalahan diri mereka sendiri...lebih tepat mereka lebih suka membuang masa dan bergembira... kekadang bila ditanya akan tujuan ke sekolah...hanya mereka ingin bermain dan jumpa kawan...sebab bosan di rumah... bila disuruh belajar pelajar2 ini sering mengatakan penat bosan dan ada seorang pelajar saya pernah menyatakan.... belajar lama-lama pun bukan boleh pandai... namun saya tidak mahu putus asa...dan tidak akan putus asa... namun kami golongan pendidik memerlukan bantuan dari semua sudut... kementerian...ibu bapa... pihak media... dan semua yang mampu memberi kesan langsung atau tidak kepada jiwa dan dorongan semangat kepada golongan pelajar... semoga kita dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja berkuantiti A tapi A yang berkualiti...

p/s: hanya sekadar berkongsi pandangan jika ada pihak tersinggung harap dimaafkan...yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan...

TIADA KEJE

ASSALAMUALAIKUM...

ya Allah...ada byk benda nak disiapkan ...kenapalah malas ini mesti datang... hahah...

semoga semua urusan dapat dipersiapkan dan dipermudahkan... hahha... kurangkan angan tak sudah ko tue...cukup2 rehat tue....

Monday, March 25, 2013

seikhlas komen mengenai ketika cinta bertasbih

Assalamualaikum...

semoga saya tidak terlewat dalam memberi sedikit komen yang boleh kita berfikir sebentar...
Alhamdulilah...sedih pun ada tersenyum seketika... sebelum saya memulakan bicara terkenang sedetik tika perjalanan kisah-kisah kasih yang pernah hadir dalam lubuk hatiku untuk insan-insan yang aku temui sepanjang tempoh perjalanan hidupku... terima kasih ya Allah kerana hadirnya mereka memberi aku segala macam erti hidup..."positif thinking laa kunun" haha...

Melihatkan perjalanan pencarian cinta Ustaz Abdullah Khairul Azzam sangat memberi semangat yang positif... kerana kita insan biasa, hamba Allah...sewajarnya kita usaha tanpa pernah putus asa... sesungguhnya jika itu jodoh kita yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz... sejauh mana jarak kita... kemana kita lari...sekiranya orang itu telah tercatat namanya dengan nama kita di Luh Mahfuz...insyaAllah dialah jodoh kita ... keyakinan  kepada Allah perlulah sentiasa utuh... pencarian cinta Allah perlu kita dulukan barulah pencarian cinta insan... ingat tujuan dan niat sesuatu perkahwinan perlulah pada niat yang betul barulah rumah tangga kita diberkati Allah...

Ustaz Azzam yang telah jatuh cinta pada Ustazah Anna sangat menjaga peribadi dan tutur kata... malah mereka mengikut aliran aturan Allah... jika telah ditakdirkan akhirnya mereka telah dijodohkan... rahsia dari Allah...walaupun perjalanan yang tidak memungkinkan dan peratusan untuk mereka bersama adalah susah untuk dijangka... itulah anugerah kepada insan-insan yang sabar dan sentiasa bersyukur dan berusaha untuk meningkatkan iman serta berjuang dijalan Allah... semoga cerita ini dapat membimbing kita dalam mencari cinta Allah ...perjuangkan dan selamilah agama Islam yang syumul serta tingkatkan kesyukuran...

Ya Allah...indahnya rahsia MU... anugerah yang tak pernah terfikir dek akal kami...bak tajuk lagu... "tak tercapai akalmu..." nyanyian penyanyi Ellyana... semuanya ada hikmah disetiap kejadian...aku bersyukur dan sangat berterima kasih... telah banyak kurniaanMU buat diriku dan keluargaku... Ya Allah temukan aku dengan jodoh yang terbaik dariMU buatku.... agar dapat membimbing diriku ke jalan Mu .... dan temukan jua jodoh yang baik buat kawan-kawanku...sentiasalah memberi kami kebahagian di dunia dan diakhirat...Ya Allah lindungi kedua orang tuaku sesungguhnya tidak ada pelindung yang lebih baik selain dariMU...  aamiin...

Ya Allah SWT rindunya aku...

Assalamualaikum, terima kasih kepada sahabatku kerana sudi meminjamkan motosikal untuk saya baiki dan servis motosikal saya... terima kasih..

huhuhu...sedaya dan seusaha mungkin saya akan memenuhi segala mungkin apa sahaja keperluan dan permintaan dari seluruh isi ahi keluarga yang tercinta...

ampunkan saya mak...ampunkan saya bapak...
saya sangat rindu dan sayang, memang kita dipisahkan ruang waktu dan jarak ... namun percayalah saat kita terpisah kerana takdir... pastinya kalian telah terbiasa hidup tanpa insan seperti ku... maaf dan ampunkan anakmu dari kejauhan... aku redha dan pasrah hidup sebagai perantau sepi... banyak yang aku cari telah aku temui... alhamdulilah...doa kalian sentiasa ku pohon...

titis-titis air mata kerinduan telah mengalir tanpa aku sedari...
jauh hati bila para sahabat selamat pulang menuju kampung masing-masing...
disebalik keseronokan mereta tercuit rasa terkilan dan bahagia mereka dapat bersama ahli keluarga... demi Allah ...saya ikhlas... haha...oakay saya ada kampung tau...kampung saya di Sungai Nibong Besar Pulau Pinang... rindunya saat ini di kampung halaman...hanya ku dapat kirimkan doa dari kejauhan semoga insan-insan yang aku sayang semuanya dalam keadaan sihat dan bahagia...

terima kasih ya Allah ...kerana kirimkan semua insan2 yang baik  di sisiku...moga mereka akan selalu tersenyum dengan hadirnya diriku... jauh lagi perjalanan aku dalam berjihad.. berkatilah hambaMU ini mencari cintaMu ya Allah...

aammiiin...

Wednesday, March 20, 2013

bila hatiku berbicara

hati
napala kau diam
jangan dipendam
pumahlah impian...

hati
sabarlah dikau
tabahlah hadapi dugaan
andai masa berlalu
semua akhirnya akan ku tinggal sepi

ANAK-ANAK DIDIKKU

Assalamualaikum.. Ya Allah... bantulah aku dalam mendidik anak-anak ini berdisiplin dan mendengar kata... apalah guna aku melapor andai anak-anak ini masih tiada perubahan... bantulah mereka...masa hadapan banyak bergantung apa yg mereka buat dan lakukan serta usaha pada hari ini...

bantulah aku..kuatkan semangatku... kuatkan hatiku...Ya Allah janganlah dibiarkan hatiku hancur...aku masih ingin usaha menyelamatkan mereka...berikan aku jalan penyelesaian...ya Allah...bantulah hambaMU ini... kuatkan aku ya Allah...

semoga mereka berubah...biarpun sedikit... :)

p/s: terasa macam aku yg lebih bodoh kerana selalu sahaja perkara ini terjadi... kuatlah dikau wahai hati...jngan pernah hnacur...janganlah jadi kaca...cukuplah kau jadi plastik duhai hati... hehehe... :)
big smile... always hope and wish they will be somebody ... harapnya mereka tak tersesat...


Tuesday, March 19, 2013

mood lari lagi

assalamualaikum... emm mood saya tiada... bukan tidak percaya apa yg ditakdirkan cuma perlu ambil masa utk terima ...setiap kali perkara yg sama sahaja berulang2 terjadi..masih alasan yg sama... tiada masalah sekiranya tidak mahu..tapi igtlah jgn permulaan terlalu memberi harapan sehingga menampakkan org lain pula malu kemudian... tidak aku berdendam tidak pulak aku marah tidak jugak aku terlalu berharap tapi kenapa membiarkan aku pernah berfikir sesuatu perkara dgn sgt lama dan penat..bila saat aku dh trima baru kau katakan dh berlalu...sudah cukup sudah... biarlah semuanya terlerai disini aku pasrah dan redha... jangan pernah ditanya kembali ruang hati ini...selepas ini akan aku biarkan sahaja tapi berfikir... penat dan malu bila diingat kembali...subhaanallah.. malu aku pada Allah... malu sgt..semoga Allah mengampuni dosa2 aku ini...

p/s yg blh dijadikan iktibar ...jgn pernah difikirkan sesuatu yg bukan dlm bidang kuasa kita utk mikirkan... salam sayang doakan jiwa saya kembali tenang dan hati saya kembali sembuh... duhai insan aku tiada sebab utk berdendam.. mgkin Allah ada perancangan yg lebih baik... moga hidupmu dilimpahi dengan Rahmat Allah... aamiin...

Sunday, March 17, 2013

mendidik anak atau menjaga anak

Assalamualaikum...

pada pagi ini aku ingin berkongsi sedikit pendapat... emmm tentang dunia keibubapaan... walaupun aku belum bergelar seorang ibu...heheehe... doaku kelak anak-anak aku dan anak-anak buahku akan sentiasa dibimbing...

alhamdulilah ...pendapat yang ingin saya utarakan adalah betul ke pada zaman yang serba moden ini ibu bapa hanya mampu menjaga anak dan tidak mampu mendidik anak mereka. Kenapa???? kalau difikirkan kembali tugas mendidik anak diserahkan secara bulat-bulat kepada cikgu disekolah... itupun masih ada ibu bapa ini tidak puas hati...

ibu-ibu dan bapa-bapa...cubalah fikirkan sejenak... anda menjaga atau mendidik anak...kalau sekadar menjaga... beri makanan, bagi duit...tetapi tiada masa utk mendengar luahan hati anak anda tiada guna anda mencari duit yg banyak dan jangan salahkan anak-anak tidak mendengar kata dan jangan disalahkan cikgu tak pandai mengajar...kerana setiap pendidikan bermula di rumah...cikgu hanya perantara tiada mampu guru nak mendengar semua suara hati murid kerana bilangan terlalu ramai...

jangan disalahkan golongan pendidik seperti kami...kerana kami hanya mampu mengajar...tiada ruang untuk mendidik dan menasihati... dan jangan salahkan kami jika anak anda tidak pandai kerana tiada hak kami memaksa pelajar belajar mahupun menyiapkan kerja rumah...

fikir-fikirlah dimanakan masa depan anak-anak kita sekiranya mereka diabaikan...kemana perginya generasi pembina masa hadapan...sekiranya kita melupakan insan-insan ini...

salam ukhwah... maafkan saya jika ada salah perkataan yang dituturkan... sekadar bertanya dan berkongsi....

Jika itu takdirNYA

assalamualaikum...

jawapan yang diterima telah aku jangka...alhamdulilah tiada lagi tanda tanya...aku tak pernah salahkan sesiapa melainkan diriku sendiri... cuma yg dapat aku katakan disini...alhamdulilah aku percaya pada Allah...perancangan NYA adalah yang terbaik...cuma jgn pernah engkau beri harapan sekiranya engkau tak yakin pada hatimu... terima kasih walaupun terjadi lagi..namun kehadiran dirimu membawa aku beberapa perkara yg positif...terima kasih atas perkenalan ini dan salam persahabatan insyaAllah aku tak penah buang sahabat... namun biarlah masa yang mengaturkan semua...

seterusnya jangan pernah aku berharap lagi pada insan yang bergelar manusia...tika ini kadar kepercayaan aku sudah hilang kepada insan yang bergelar lelaki...terima kasih hadir korang sentiasa membuat sakit di hatiku agar aku sentiasa tunduk dan tabah hadapi kehidupan ini... cuma biarlah aku begini... mencari dan terus mencari cinta Illahi... doakan perjalanan aku mencari cinta Illahi dipermudahkan...

alhamdulilah... aku redha buat kesekian kali nya lagi...moga ditabahkan hatiku ini...

Wednesday, March 13, 2013

Bila Mata Penaku Berbicara

Assalamualaikum...

emm kenapa yaa tajuk saya jadi camtue...haha...kerana penuh dengan tanda tanya dan persoalan...

emmm sebab apa..tunggulah sehingga kajian saya mengenai beberapa perkara selesai... masih mengkaji harapnya saya tak salah dari segi fakta....

salam ukhwah...

Jika hari ini aku di sini

Jika hari ini aku di sini
hari esok aku ke sana
perginya diriku
menyahut panggilan Illahi
hanya membawa bekalan diri

Di sini
aku masih terkapai-kapai
mencai ruang membuat pahala
namun
titik hitam sentiasa ada
terpalit hodoh ditubuhku

Hari ini
nafasku masih teratur
dosaku kian bertambah
pahalaku tidak ku mampu hitung
tatkala diri masih dibelenggu dosa

Takut
aku amat takut
tidak ingin aku ke neraka
seksaan yang tak mampu aku fikir
Ya Allah
berikanlah aku dan keluargaku
perlindungan dan HidayahMU
kesempatan untuk terus bertaubat

Ya Allah
andai hari ini terakhir buatku
maafkan insan-insan yang pernah sakiti hatiku
ampunkan dosa-dosaku
diruang takbir ini
aku melangkah sepi
meninggalkan dunia ini sendiri
tanpa sebarang ucapan selamat
aku pergi dan takkan kembali lagi

                                                                       nukilan.... 12 Mac 2013

DUNIA

bila mata penaku berbicara,
hanya terdengar desir angin,
bunyi bola berlanggar kepingan nota,
sunyi, sepi tanpa bicara.

mata-mata bulat memfokus,
tangan-tangan lincah menulis
mulut terkunci tanpa bicara

duhai siang
khabarkan hatiku beritanya
duhai malam
lenakan tidurku tanpa mimpi indah

dunia
kau hanya tempat persinggahan
yang tak tahu sehingga bila
akan tamatnya detik nafasku

dunia
keindahanmu memukau kalbu
menipu hari-hari berlalu
tanpa aku sedari akan waktu

dunia
kau memang indah
jaminan sementara
hanya permainan waktu
jangan dipilih diriku
kesesatan dan kepesonganmu
tidak aku dambakan

dunia
berikan aku waktu
mencari bekalan diri
bila aku dipanggil
selamat tinggal dunia


                                                                             nukilanku...11mac2013

Wednesday, March 6, 2013

Malaysia oh tanah airku

ya Allah...selamatkan Malaysia dr sesiapa sahaja yg ada niat jahat...lindungi kami dr sifat ketamakan dunia yg hanya sementara...

janganlah kita menunding jari disaat ini... bantulah mereka dengan doa keselamatan PDRM... ATM dan org2 awam disana...rakyat Malaysia kita bersaudara...

emm dikesempatan ini...saya juga nak mengucapkan terima kasih dkt mak...bapak... adik bradik... kawan2... sahabat handai...anak2 muridku... dan semua yg sudi mengucapkan dn mendoakan saya pada hari ini... mari kita doakan juga buat negeri Sabah... saya sayang Malaysia... kita doakan keamanan dan keselamatan diri saudara kita di sana...

ayuh..jgn kita leka dgn kesenangan dan keseronokan...igtlah saudara kita di sana masih dalam trauma dan ketakutan.

ps: terima kasih ya Allah ...semoga saya akan dpt terus berbakti utk agama, negara dan ibu bapa yg tercinta... mari mencari bekalan akhirat sebelum kita dijemput... dikesempatan ini saya juga mohon maaf jika ada sesiapa yg pernah saya buat salah atau sakitkan hati... maafkanlah diriku ini...