Sunday, March 17, 2013

mendidik anak atau menjaga anak

Assalamualaikum...

pada pagi ini aku ingin berkongsi sedikit pendapat... emmm tentang dunia keibubapaan... walaupun aku belum bergelar seorang ibu...heheehe... doaku kelak anak-anak aku dan anak-anak buahku akan sentiasa dibimbing...

alhamdulilah ...pendapat yang ingin saya utarakan adalah betul ke pada zaman yang serba moden ini ibu bapa hanya mampu menjaga anak dan tidak mampu mendidik anak mereka. Kenapa???? kalau difikirkan kembali tugas mendidik anak diserahkan secara bulat-bulat kepada cikgu disekolah... itupun masih ada ibu bapa ini tidak puas hati...

ibu-ibu dan bapa-bapa...cubalah fikirkan sejenak... anda menjaga atau mendidik anak...kalau sekadar menjaga... beri makanan, bagi duit...tetapi tiada masa utk mendengar luahan hati anak anda tiada guna anda mencari duit yg banyak dan jangan salahkan anak-anak tidak mendengar kata dan jangan disalahkan cikgu tak pandai mengajar...kerana setiap pendidikan bermula di rumah...cikgu hanya perantara tiada mampu guru nak mendengar semua suara hati murid kerana bilangan terlalu ramai...

jangan disalahkan golongan pendidik seperti kami...kerana kami hanya mampu mengajar...tiada ruang untuk mendidik dan menasihati... dan jangan salahkan kami jika anak anda tidak pandai kerana tiada hak kami memaksa pelajar belajar mahupun menyiapkan kerja rumah...

fikir-fikirlah dimanakan masa depan anak-anak kita sekiranya mereka diabaikan...kemana perginya generasi pembina masa hadapan...sekiranya kita melupakan insan-insan ini...

salam ukhwah... maafkan saya jika ada salah perkataan yang dituturkan... sekadar bertanya dan berkongsi....

No comments: