Wednesday, February 17, 2010

Aduhai...hati...fokus pada kerjaya

salam...

tak kusangka akan punya perasaan seperti ini lagi...tatkala diriku masih belum sepenuhnya melupakan insan itu...hadir pula insan lain yg berjaya membuat hatiku merindui dirinya. Namun adakah ini perasaan suka yang hadir atau perasaan yg akan menjadi bibit cinta...

duhai hati berkatalah dikau... namun jauh disudut hatiku masih melarang aku utk membuka pintu hatiku...bukan kerana apa tanggungjawab aku sbg anak masih belum terlaksana kini...

biarlah masa berlalu memberikan jawapan dimasa akan datang. sebagai umat islam aku terima sebuah persahabatan ikhlas dari org yg benar2 ingin berkawan...apa yg jadi di masa akan datang hanya Allah sahaja yg tahu...kita sebagai umatNYA seharusnya berdoa dan berusaha... biarlah aku memberi masa pada kami untuk saling berkenalan...namun jodoh pertemuan bukan aku yg tentukan... kalau benar kami berjodoh...insyaAllah aku tetap terima dgn hati yg ikhlas...jika dia bkn jodohku...aku tetap akan terus bersabar...mungkin jodoh aku akan datang jua nanti...

apa2 pun biarlah kami berkawan... perkenalan yg singkat dan ramahnya dia sera senyum manisnya berjaya memikat hati ini utk mengenalinya... apa 2 pun masih terlalu awal utk aku membuat keputusan..biarlah masa yg menentukan...lagipun berkawan itu lebih baik...tiada yg marah atau sakit hati...

actually, aku suka berkawan... dan suka aturkan kawan utk kawan2 aku...minta maaf sekiranya aku bersalah namun... aku ingin melihat org lain bahagia...andai kata aku terpaksa korbankan kebahagiaan aku demi org yg aku syg...aku sanggup asalkan dijalan Allah...

Maaflah diri ini hanya ingin berkawan buat masa ini...career first...bab cinta biarlah dahulu...sebab itu aku akan kenalkan sesiapa sahaja dgn org yg rapat dgnku...atleast aku tgk budi dia dulu...

bak kata one of my friend...seseorang yg baik akan diketemukan dgn org yg baik...biarpun aku adalah perantara...sebuah cinta tidak akan hadir andai kita tidak tahu menghargai dan menjagainya...

bagiku persahabatan bersama kawanku itu adalah kenangan terindah namun hati ini hanya mampu memberi sebuah ikatan persahabatan...wlpn tanpa bicara aku sering terfikir utk tidak memberi harapan kepada sesiapa jua...andai dah takdir suatu masa nnt...insyaAllah aku tetap terima...namun biarlah kini...semuanya dilihat dgn jelas...byk lagi wanita yg baik diluar sana...jgn mengharap pada insan seperti aku..kerana aku masih lagi ibarat layang2 yang terbang mengikut pukulan angin... andai angin bertiup dari timur...ketimurlah aku...andai angin bertiup dari barat...kebaratlah aku...ini bkn bermaksud aku tidak punya pendirian tetap namun aku tidak mahu menghancurkan harapan ibu dan bapa...

biarlah kali ini aku berusaha dan terus berusaha dan berkorban utk kegembiraan mereka... andai dah jodoh tak kemana...biarlah waktu yg tentukan sebagai umat islam kita wajib berusaha, berdoa dan bertawakal... aku tidak pernah menolak utk berkahwin...cuma skrg bukan waktunya...

aku percaya andai ada insan yg benar ikhlas menyayangi diri ini...pasti dia sudi menunggu saat aku benar2 bersedia utk memberi komitmen pada cinta...sekarang komitmen aku pada kerjaya dan juga keluargaku.... penantian cintaku (menunggu insan yg ikhlas mencintaiku dan tidak sanggup menduakan, mentigakan atau mengempatkan diriku...)... masih adakah insan yg setia buat diriku...

Ya Allah jika dia benar milikku...dekatkan hatiku dengan hatinya...
Jika dia bukan milikku ... damaikan hatiku...dengan ketentuanMU...

No comments: