Saturday, February 25, 2012

CABARAN 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

entahlah hari ini saya nak kongsi betapa kurangnya nilai budi bahasa dalam kalangan pelajar sekolah di negara kita hari ini. Salah siapa? ibu bapa? guru-guru? diri pelajar sendiri? Tekanan seperti ini biasanya ditanggung guru di sekolah yang terpaksa berdepan dengan golongan pelajar yang tidak tahu menghormati guru, memperlekehkan golongan guru, memalukan kaum guru. Mereka ini biasanya terdiri dari pelajar yang tidak tahu membaca dan tidak berminat lagi untuk membaca... memang masalah jika guru suruh pelajar keluar kelas, mmg masalah jika cikgu makin marah. Itu yang pelajar ini harapkan. BERHENTI memang ini kehendak mereka cuma ibu bapa sangat berharap anak mereka terus belajar. Namun ibu bapa perlulah mengambil berat akan anak-anak. Bantulah guru, tengok kerja rumah, buku sekolah anak-anak.Pastikan mereka ini mempunyai semangat belajar.
 suatu saat dulu saya juga bergelar pelajar, didikan di rumah adalah perkara paling asas dalam membentuk dan mendidik jiwa anak-anak minat kepada membaca. Sekiranya golongan ibu bapa asyik dengan kesibukan dunia mereka, mengejar kemewahan harta dunia, ini yang menyebabkan anak-anak terbiar dan rasa tiada kepentingan dalam menuntut ilmu.
saat ini tugas mendidik jatuh pada tanggungjawab guru-guru yang berada di sekolah dalam mendidik anak-anak. Namun halangan sangat mencabar, hukuman merotan atau menggunakan sedikit kekerasan dianggap dera akan mendera perasaan guru yang tidak dapat mengawal kelas hanya menggunakan kekuatan suara. Kebanyakan guru wanita sering mendapat masalah ini. Guru lelaki hanya memandang remeh sahaja. Begitu jua dengan mereka yang bagus dalam mengawal kelas akan tetap menjatuhkan kesalahan terhadap guru-guru ini. Sedangkan pelajar yang melampau itu dianggap golongan terbaik yang mmg patut dihormati. BUKAN kita tidak hormat pelajar, kita tahu nilai akan pelajar mana yang biadap atau masih dihormati. Ada segelintir pelajar yang datang sekolah hanya takutkan ibu dan bapanya, bila di sekolah satu apa pun tidak dia mahu tulis, guru mengajar di hadapan dia turut membuat cerita kedai kopi di dalam kelas. Masalahnya keadaan bising ini mengganggu pelajar lain yang ingin belajar. Di tegur berkali-kali, di marah, tidak jugak mahu mendengar, degilnya mengalahkan degil batu. aduh! pasti keluhan dan kecewa hati guru dihina sebegini. Biadap pelajar kekadang melawan kata-kata guru. Mereka tidak lagi tahu menghormati golongan guru.... Salah siapa????
Apapun di sini mungkin kerjasama semua pihak dalam institusi sekolah perlu berganding bahu mendidik dan memupuk semangat cintakan akan pelajaran dapat disemai. Semoga golongan guru yang terpaksa berdepan dengan masalah ini dapat menghadapinya dengan jiwa yang tenang, serta tidak putus asa dalam mendidik jiwa pelajar-pelajar. semoga saya juga begitu dapat bersabar melayan kerenah anak-anak muda zaman kini, pemimpin di masa hadapan...

semoga semua guru tidak tertekan dengan kerja-kerja perkeranian serta mendidik jiwa anak bangsa...

No comments: