Thursday, March 25, 2010

tak semua akan suka kita...

salam... psl insan yg mula menerbitkan rindu dihati ini sekali lagi menghilangkan dirinya...entahlah tak siapa tahu apakah kesudahan disebalik cerita ini...namun aku tetap redha dgn dugaan dari Allah kerana tak siapa tahu apa yg bakal berlaku hari esk... aku perlu cari ketenangan Illahi...

mengenai pelajar yang didenda semalam akibat bersembang walaupun hadir bola jaring telah menunjukkan protes terhadap aku rasanya...klu dilihat dari segi mimik muka, perbuatan melampau dan cara mereka berkomunikasi dapat aku lihat pelajar2 ini protes terhadap apa yg terjadi semalam...entahlah salah akukah kerana berterus terang...yg aku tahu aku perlu jujur pada diri sendiri abaikan sahaja org yg tidak suka kerana aku tahu aku dah menjalankan tanggungjawab kepada Allah... lagipun aku tak mahu menanggung beban menipu seorang yang aku panggil kakak... biarlah aku tidak disukai orang didunia kerana bersikap adil dan jujur dari aku tidak diterima oleh Allah kerana menipu...tiada istilah bohong sunat tatkala kita dalam keadaan terdesak manapun...

biarlah andai aku dibenci manusia aku rela wlpn aku perlu menangis melalui kehidupan didunia ini daripada aku dibenci oleh Allah diakhirat kelak...

dunia hanyalah sementara dan pinjaman kepada manusia...
akhiratlah tempat kekal yang disediakan... pilihan sama ada syurga atau neraka hanyalah kita yg tentukan dengan amalan dan t/laku semasa hidup didunia...

No comments: