Friday, September 9, 2011

SAJAK: semenjak hari itu...

semenjak hari itu
sejak adanya salahku
sejak terjadinya kepincangan ilmu
kau terus menerus diam dariku
menjauhi dan menghindari dariku

semenjak hari itu
aku anggap ia mimpi ngeri
hilang sudah bicara manismu
hilang sudah seri diwajahmu
hilang sudah segala ramah mesramu

semenjak hari itu
aku terus menerus terkedu
tanpa aku ketahuan apa salahku
kerna khilafnya aku
kerna daifnya aku
kerna lupanya aku
pada suatu keadaan
hilang sudah suatu ikatan antara kita

semenjak hari itu
aku rasa kau semakin menjauhi dariku
tidak lagi mahu berbicara denganku
semakin aku mendekati
namun ada jurang diantara kita
bukan ku tak mahu mencuba
namun keadaan serta caramu memaksa
aku membatalkan segala niat dihati

semenjak hari itu
aku hanya melihat dari jauh
semakin hari semakin dipenuhi kabus
kau menghilang
sehingga bayangmu tidak aku nampak
sehingga tanganmu tidak dapat aku genggam

semenjak hari itu
sebuah ikatan persahabatan terputus jua
hilang sudah toleransi
hilang sudah komunikasi
hilang sudah kepercayaan diri

semenjak hari itu
aku kehilangan diri
aku hilang motivasi
aku hilang keyakinan diri

semenjak hari itu
aku terfikir-fikir kesalahan diri
tidak ketahuan jua olehku
apa salah diriku
khabarkanlah pada diriku yang hina ini
apa salah aku...
agar aku dapat meminta kemaafan
supaya matinya aku kelak
tidak membawa sebarang hutang di dunia nyata

semenjak hari itu
aku cuba melayari hari-hari tanpamu
tanpa belaian seorang sahabat
tanpa hilai tawa kawan-kawan
aku cuba berhidup di bumi nyata
aku cuba jadi diriku sendiri
aku cuba terima hakikat
aku bukan seorang sahabat yang baik

semenjak hari itu
aku sedar salahku
aku sedar khilafku
aku sedar kekuranganku
maafkan aku kawan andai
hadirnya aku menyakitmu
hadirnya aku menyusahkan dirimu

terima kasih untuk semalam itu
walaupun hari ini tidak seindah dulu
warkah ini ku tuju buatmu
menjadi ingatan sehari-hariku
moga aku sentiasa sedar itu
kekurangan diri sentiasa mengikutiku

salam sayang dan kemaafan dari kedekatan ini
~shila ismail~

No comments: