Sunday, January 13, 2013

Ulangkaji di pagi ahad...

Ada suatu hari tu...kawan tanya yang mana betul nie... dari segi atau daripada segi... jadi disebabkan aku baru teringat untuk mengesahkan jawapan...alhamdulilah dah terungkai sudah...

rujukan dari laman web: http://agy7500.blogspot.com/2010/02/siri-348-dari-segi-atau-daripada-segi.html

berdasarkan blog cikgu ini jawapan yang betul merujuk kepada panel penulis Tatabahasa Dewan Edisi Keempat menetapkan bahawa frasa sendi yang tepat ialah dari segi, dari aspek, dan dari sudut. Hal ini berdasarkan aspek, pandangan dan segi dianggap sebagai tempat yang abstrak.

Namun contoh beliau juga menyatakan, bahawa Allyarham Pak Asraf pula dan juga Prof Dr. Awang Sariyan, mereka berpendapat bahawa frasa sendi nama 'daripada aspek' , 'daripada sudut pandangan' atau 'daripada segi' sebagai betul. Ketetapan ini dibuat berdasarkan rumus ATM dan KABOS. Jika kita mahu menggunakan kata sendi nama dari, kita hendaklah melihat kata yang selepasnya sama ada Arah, Tempat atau Masa.
Jika kita hendak menggunakan perkataan daripada pula, kita hendaklah melihat kata selepasnya sama ada keanggotaan, abstrak, benda, orang atau organisasi atau sumber. Oleh sebab kata 'aspek', 'sudut', dan 'segi', merupakan kata abstrak, maka mereka menggunakan kata sendi nama 'daripada'.

Berdasarkan kesimpulannya, kedua-duanya betul. Namun, oleh sebab kita menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai pegangan, maka kita hendaklah menggunakan frasa sendi 'dari aspek', 'dari sudut' , 'dari segi' dan sebagainya.


...p/s...
Alhamdulilah akhirnya dah dapat jawapan bagi diriku sendiri...semoga kita semua menggunakan bahasa Melayu yang tepat dan sama-sama kita memertabatkan bahasa Melayu.

No comments: