Sunday, August 30, 2009

Permata Yang Dicari

salam...pernah dengar lagu nasyid permata yang dicari tak??? itulah situasi yang sy alami skarang. Spatutnya sy sebagai pelajar tak boleh mengabaikan pelajaran dengan perasaan yang ingin bercinta. Mungkin dah lumrah hidup manusia ingin berkasih sayang dan bercinta. Walau sy seteruk mana pun sy menidakkan keadaan sy tetap lagi tidak boleh lari dari perasaan itu.

entahlah sy hanya berharap perasaan itu benar-benar pergi lenyap dari hati sanubari ini agar perjalanan hidup sy kembali bahagia seperti dahulu. Bukan sy maksudkan bercinta tidak bhagia...tapi kalau cinta dari kedua2 pihak barulah bahagia ini hanya sebelah pihak saja...itu pun entahlah sama ada dia tahu atau tidak perasaan sy. Bukan sy mengalah sebelum berjuang namun kesempatan untuk berterus-terang tiada langsung... Biarlah dengan segala kiasan yang sy berikan mampu mencuit rasa dihatinya namun memang tiada ruang untukku dihatinya...sy pasrah dan redha dengan segala ketentuannya... mungkin segalanya ada hikmah...

kini perasaan itu sedikit demi sedikit mula ditelan masa...insyaalah akan suatu ketika sy dapat berkata dengan bangganya dia kawanku...bukan seperti sekarang sy hanya berbicara dihati. BIarlah masa berlalu dan biarlah hubungan persahabatan kami ini berkekalan sebagai sahabat ...

sekarang segala masa yang ada sy hanya belajar untuk berfikir masa depan yang cerah dan membalas jasa keluarga... sekurang-kurangnya sy ingin menjadi seorang guru dan warga pendidik...supaya sy dapat merasai kembali macam mana indahnya sebuah kisah kehidupan kita sebagai pelajar bermula... insyaallah...dengan menjadi pendidik kita tiada masa untuk dri sndri bak kata bidalan guru adalh seperti lilin yang membakar diri utk memberi cahaya kepada orang lain...

sy tak pernah takut atau risau masa depan. Sekali lagi sy nyatakan sy tidak pernah menyesal jatuh cinta dengan insan yang bergelar kawan baik. Biarpun perasaan itu hanya wujud dalam diri sy sendiri, namun sy redha sekurang-kurangnya kita masih kawan...yang lain biarkan sahaja masa yang berlalu..perjalanan hidup kita masih jauh jika ingin diutarakan... sy yakin dan percaya dengan jodoh,ajal maut semuanya di telah ditentukan Illahi...kita sebagi manusia seharusnya merancang dan berusaha untuk memperolehi yang terbaik segalanya yang lain berserahlah dan jangan lupa untuk berdoa dan bertawakal...

semoga ini mnjadikan sy lebih berhati-hati utk jatuh cinta dilain kali...hehhehe

ada sikit puitis yang sy buat nie time lec ngajar sy nulis ...hehehe...

Hati Yang Terusik Kini

hati tenang terusik kembali
sarat dengan seribu persoalan
andai aku bermimpi lagi
pasti punah masa depan

wahai teman
kupohon pengertian
janganlah kau undangnya kembali
jangan kau beri pengharapan lagi

cukuplah sudah siksaanku
aku terkandas dalam merancang
kau berjaya menakluki hatiku
hati ini berjaya kau goncang

namun kini ku telah sedar
kau sudah punya seseorang
aku hanyalah teman sekadar
hatimu telah dia pegang

ku pasrah akan takdirku
kau jauh untuk ku capai
kita cipta hubungan baru
kau dan aku sahabat handai

apa2pun i will always wish u happy with ur life...im trying hard to live a life again...wish me luck k....

be as a friends is much better than being enemy....

satu lagi...sebagai bakal pendidik kita haruslah belajar membahagi bagaimana utk mengatasi masalah...kita tidak seharusnya mencampur adukkkan peribadi dengan kerjaya... as well ... sy harap sy dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan lagu permata yang dicari sentiasa menginggatkan saya...

Ya Allah jika dia benar milliku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu...

setiap bait2 ayat ini menginsafkan saya dan memberi peransang utk saya teruskan kehidupan sebagai pelajar dengan tenangnya... Insyaallah...

No comments: