Tuesday, March 7, 2017

Hari lahirku

Assalammualaikum...alhamdulilah... Dh bertambah usia...hehehe...

Terima kasih kepada yang ucap selamat, keluarga, kengkawan dan anak2 didik...sesungguhnya tahun ini ada sedikit kelaianan...

Saya biasa lebih sambut hari guru daripada hari lahir sendiri...tp tahun ini...anak2 didik saya mengubah situasi..

Peristiwa yang tak mungkin akan hilang dari memori kecuali ada yg curi kad memorilah...hehehe..  bermula soalan ringkas anak2 ini...aku ibu kepada 5 visionary tahun ini.byk keperluan dan kehendak keadaan aku kena penuhi. Sesungguhnya... Kekurangan dan tidak mampu itu...sentiasa kerisauan dalam hati... Cuma aku harap yang baik2 dan ada keajaiban berlaku buat anak2 ini. Semoga Allah SWT memberi keberkatan dalam usaha mereka...

1 mac: Tanpa aku sedar, pagi itu ada plkr yg sama tarikh lahir bgtau bw hp...aku minta tidak bw hp dalam kelas... Dia bg hint mereka akan sambut birthday kami hr ini.  Dalam muka ketidakpercayaan aku biar sahaja.anggapan aku david mungkin sahaja akn smbt dgn kwn2 dia. Tak terjangkau perancgn mereka begitu mantap...5 minit sebelum aku masuk kelas...seorang pljr baharu pindah pei yin datang beritahu...pei ling dan yee teng bergaduh.   Perasaan pelik aku dtg...mustahillah...tapi aku turun jgk...sedangkan di bilik guru masa itu ada aktiviti pot luck.. Bila aku turun sungguh aku terkejut...dua kawan baik itu menarik muka dan tinggi suara bergaduh..dlm situasi itu aku cuba bertanya dan cuba mendamaikan mereka...bila ada adegan menangis...sungguh luruh hati aku...risau peljar2 target lulus aku ini bermasalah... Huhu.. Aku yg risau itu, tak mampu nk pujuk...aku hampir minta mereka ke b&k agar hubungan mereka dipulihkan...tiba tiba lampu kelas gelap cerah gelap cerah...bila aku nak marah nampak mereka faris dan sean di belakang dgn kek yg lilin dinyalakan...huhuhu terharu...hampir menangis...kali terakhir kejutan birthday aku masa di upsi...mereka bt xingat sebenarnya sebelum 10minit berakhir tarikh 6 mac aku dikejutkan dengan kek... Tahun 2009 ... Hahaaha...dh brapa tahun pulak kini aku dapat satu lagi kejutan hg aku xpernah jangka...tambahan pulak daripada anak2 bertuah ini...dalam keadaan tangan aku terketar2 kerana terkejut aku bertanya yang bergaduh...waaa ternyata mereka hebat dalam lakonan mampu buat aku terpedaya...hahha... Akhirnya...terima kasih bagi ingatan terbaik buat cikgu...kekdg cikgu cuba bt yg terbaik buat anak2 didik tanpa sedar mungkin ada yg terasa hati... Hehehe

Terima kasih sambutan kejutan yg terlalu awal pada 1 mac...5 hr sebelum hari lahir...pertama kali dalam sejarah hidup saya...ingatan terindah yg tak mungkin cikgu lupakan....

Kelmarin 6 mac...ramai beri ucapan....terima kasih ucapan pun sudah lebih memadai kerana hati ini cukup2 terharu atas ingatan anda semua..tanpa perlu hadiah mahal...tanda ingatan itu yang sebenarnya paling mahal dan berharga...

Terima kasih dan terima kasih ucapan ini takkan pernah berhenti dan takkan pernah buat saya rasa penat...
Semoga anak2 ini diberi kejayaan dalam kehidupan mereka... Aamiiin...

0 comments: