Wednesday, May 17, 2017

Hari guru yang ke - 7

Assalammualaikum,
Keseronokan tahun ini kurang jugak sebab disambut lewat daripada 16 Mei. Kekadang pelajar tidak ingat pun bila hari guru yang sebenar sehinggakan ada yang lupa...bekas pelajar, kawan-kawan dan keluarga sentiasa ingat untuk ucapkan selamat hari guru. Biasanya diriku jua sentiasa menanti hari guru lebih daripada hari lahirku sendiri. Makin lama makin mendalam kasihku dalam bidang perguruan namun banyak sangat cabaran yang memerlukan kita sentiasa positif. Peristiwa yang tak dapat kulupakan pada 16 mei 2017. Banyak ucapan tahun ini daripada pelajar sekolah smk hamid khan. Alhamdulilah... Aku bukan dalam kalangan guru favoret pun...almaklum banyak kelemahan aku sendiri yang masih kena perbaiki. Tapi hadiah yang xpernah akan aku lupakan ialah pelajar membiarkan aku tunggu 15 minit diluar kelas. Terasa terharu, sedih dan teramat sukar untuk aku ucapkan. Terima kasih atas layanan kamu mungkin memang selayaknya dibalas begitukan. Kurangnya adab dan didikan tatatertib mungkin kejadian ini berlaku. Marah!!! Mungkin pada masa itu, tak sesiapa memahami...cukuplah andai kuluahkan dan iktibarnya...doa yang terbaik untuk anak-anak didikku walaupun mereka tak anggap kita siapa-siapa. Terasa...kena simpan dalam-dalam selagi ku bekerja untuk anak-anak murid. Semoga hati terus kuat melupakan dan meneruskan perjuangan dan langkah kaki yang kian lemah. Ku tahu... Tenagaku makin lemah kerana keletihan yang ku alami... Semoga diberi kesempatan menghabiskan tahun ini dengan berbakti buat anak didik di sini. Nanti ku akan teruskan perjalananku dengan merantau ke tempat yang belum ku jelajahi.

No comments: