Tuesday, May 15, 2018

kita semua rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


buat aku menulis semula tatkala rindu bertandang... lama sudah kutinggalkan zaman penulisan...

cerita hari ini berdasarkan pengalaman dan juga kata-kata yang sering kali menjadi halwa telinga namun kenapa kekadang rasa pedih menusuk ke hati...

KITA ANAK MALAYSIA

lahirnya kita di bumi Malaysia, hidup kita sedari kecil dengan pelbagai bangsa dan cinta kita kepada negara ... namun masih lagi ada yang berani berkata-kata tentang isu sensitif berkaitan agama dan bangsa...

bangunlah anak Malaysia seketika lagi detik berlalu bertemulah kita dengan tahun 2020. Namun kita masih di tahap pemikiran yang tidak matang. Kata-kata lebih tajam daripada sebilah pedang. bijaklah berkata-kata , paling tidak haruslah berfikir sebelum berkata...

sama-sama kita menyokong anak-anak Malaysia melahirkan negara yang berjaya dan sentiasa mempunyai perasaan cinta akan negara. Bersatu teguh bercerai roboh, sama-sama kita berganding bahu, janganlah lagi dilihat sejarah silam, bersatulah hati walaupun kita tetap berbeza namun kita semua sayangkan Malaysia dan KITA ANAK MALAYSIA...


#sayasayangdirisaya#

No comments: