Tuesday, May 15, 2018

hari guru ke-8

Alhamdulilah... bersyukur pada Allah SWT...

Dalam tidak saya sedar, masa berlalu begitu pantas.. kini bertemu pula angka 8. Makin hari makin bertambah nombor, seperti membuat saya menyedari semakin hari usiaku semakin bertambah namun bak kata orang, apa ada pada usia. Namun sebagai manusia biasa kita tidak pernah terlepas daripada dugaan dan cubaan hidup. Seharusnya rasa bersyukur itu bukan hanya dari mulut sahaja haruslah juga disusuli dengan perbuatan kita sebagai bukti kita rasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT pinjamkan terutama sekali nafas yang kita ada sekarang. Jika nikmat ini diambil semula, ketahuilah kita bukan siapa-siapa di muka bumi Allah ini...

Salam sayang daripada insan kepada insan...

Lelah dan letih tidak dapat saya gambarkan namun hati gembira kerana memberikan bakti buat nusa dan bangsa... pemikiran masyarakat ("Kau ingat cikgu jer ke sibuk") Salah satu ayat yang saya sebagai guru terpaksa hadam dan memujuk diri tidak siapa rasa dan tahu kerjanya guru lagipun setiap pekerjaan semuanya sibuk namun pemberat yang berbeza (Jangan cepat menjatuhkan hukum pada orang)

IMBAS KEMBALI

Kenangan lucu yang menerjah di kotak pemikiran ini, lucunya saat saya mengumumkan bahawa saya tidak akan kembali ke sekolah setelah tamat tingkatan 5. Namun sehingga hari saya bersara, saya akan tetap ke sekolah.

Umur17 tahun;

Emak : dah nak pergi sekolah ke?
Saya: Ya, mak nak pi dah... (bahasa anak jati PENANG)
Emak : Pi sekolah belajar rajin-rajin dan dengar kata guru
Saya : Baik Mak.. Bye

Umur Semasa ...

Emak: Awai hang keluar?
Saya: Hehe,nak pi sekolah la
Emak: Hang pi sekolah pi elok-elok ya, pi mengajar elok-elok jangan marah budak
Saya:???? Baik Mak...

Sentiasa ada amanat-amanat ibu buat anak... sampai bila nak pi sekolah?? hahaha... usikan nakal keluarga dan kawan-kawan. Namun inilah yang paling buat saya bahagia kini.

ISU SEBENAR : Tarikh keramat 16 Mei

Kami guru-guru bukan minta dihargai cukuplah sekadar sedikit menghormati dan saling berusaha yang terbaik untuk anak-anak didik kami bakal  pemimpin masa hadapan. Alhamdulilah memang bersyukur sambutan tetap dibuat di sekolah walaupun bukan pada tarikh keramat hari guru. Permintaan kami bukan tidak pergi ke sekolah, namun kami berharap hari guru biarlah pada tarikh keramat supaya perasaan dan suasana hari guru terasa dan sentiasa terpahat dihati kami. Biarlah kekadang ada istilah guru syok sendiri sambut hari guru. Perkara inilah merupakan cara kami para guru mengurangkan tekanan dan bergembira sehari bersama rakan-rakan sekerja yang lain bersama anak-anak didik kami. Saya memang tahu mereka memang ada banyak program di pelbagai peringkat baik sekolah ataupun jabatan. Namun perasaan hari guru yang disambut pada tarikh keramat ini dan hari guru yang disambut pada hari lain cukup berbeza dan semangat serta motivasi kepada guru sampai dengan cara berbeza. Sentiasa memasang angan-angan walaupun angan-angan pelaminku musnah (hehe)...

Sentiasa menurut perintah, kami para guru tidak akan membantah dahulu, kini dan selamannya, sentiasa terus menyokong dan berusaha terbaik terhadap bidang kerja kami sebagai guru Malaysia.

#kamigurumalaysia#
#sayasayangdirisaya#




No comments: