Thursday, January 13, 2011

cabaran semakin meningkat

salam...
betapa aku merasakan cabaran sgt menguji kesabaran hati ini...aku harus kuat dlm mengajar pelajar...mereka memerlukan aku utk membantu mereka...sekiranya aku mengalah dengan sikap pelajar maksudnya aku gagal sebagai seorang guru yang harus mendidik pelajar...

Ya Allah, tetapkanlah imanku agar aku sentiasa kuat dalam menghadapi dugaanMu kali ini... semoga aku dapat mengambil hati pelajar seperti mana aku berjaya membuka pintu hati hafis utk belajar suatu ketika dahulu... semoga semangat utk mengajar akan terus membakar didalam hatiku ini...

buat masa ini, aku mengajar bahasa melayu utk tingkatan 4. kelas aku ada 3... pelajar yang paling memberi aku cabaran dan aku teruja untk menawan hati pelajar kelas ini... bukan kerana apa...kerana aku tidak mahu pelajar pelajar ini gagal dalam spm... bahasa melayu merupakan perkara yg sangat penting dalam hidup kita ...

aku akan sentiasa berusaha utk buat pelajar kelas ini menyukai subjek bahasa melayu...siaplah mereka...marilah mengisytiharkan peperangan...aku ingin menawan mereka agar mencintai keindahan bahasa melayu...

semoga rezeki yg bakal aku dapat nanti diberkati...niat aku ingin mendidik bukan mendera bukan juga membalas dendam... semuanya utk kebaikan para pelajar...

No comments: