Wednesday, January 26, 2011

kepenatan minggu sebelum cuti tahun baru cina

salam,
buat pengetahuan diriku sendiri aduhai minggu nie sepatutnya gaji masuk tanpa ada sebarang masalah...jika berlaku sesuatu seperti itu sama ada kecuaian manusia yang menguruskannya ataupun mmg takdir dari Allah utk menguji keimanan diri seseorng... kembali kepada satu perkara..."Allah akan menguji seseorg mengikut kemampuan dirinya , maknanya kita adalah insan terpilih yang kuat diuji dgn cabaran itu...insyaAllah...".

Alhamdulilah makin selesa dengan kelas cuma tension kalau kawal kelas pelajar kejap sahaja diam kemudian bercakap sahaja...aduhai..kena buat ujian selepas cuti ini utk memastikan pelajar memahami apa yg kita dah ajar selama ini...huhu

hehe...keje rumah confirm laa kena bagi masa cuti lama tue...manaleh rehat otak lama2 nnt lagi susah nak baca balik... tul tak...hehe...

makin lama makin seronok aku ajar BM cuma kekadang pelajar yang buat aku dlm tekanan...tapi inilah cabaran hidup seorang insan baru bergelar pendidik... apalah daya kita marah sangat pelajar takkan dapat belajar...malahan guru dibenci pelajaran diabaikan..aku tak mahu disebabkan aku br belajar cara pN P memberi impak negatif kepada pelajar... jadi aku perlu mencari cara yang bersesuaian utk mengajar budak2 ini supaya mencinta membaca...

apalah aku nak kongsi lagi kan...aku masih perlu belajar dan terus belajar utk menjadi guru yang mampu membantu pelajar...aku tgh mencari peluang membuat home tuisyen... supaya dapat menambah duit poket dahulu...subjek yang aku tumpu adalah matematik, bahasa inggeris dan bahasa melayu...

alhamdulilah jika inilah rezeki aku...aku bersyukur semoga aku diberikan kesempatan utk membalas jasa2 insan2 yang sangat baik dan selalu berbudi pada aku...

salam sayang
dari insan perantau
shila ismail

No comments: