Sunday, December 5, 2010

Persoalan Pertama: Kenapa Sarawak

Semuanya bertanyakan aku soalan yang sama sahaja sejak aku menjejakkan kaki ke Sarawak... Ada juga bersimpati kepada diriku kerana aku jauh dari kampung halaman. Namun kenapa aku di Sarawak dan mengapa?


Aku sendiri pun susah utk mengungkapkan kenyataan ini... rasanya tak perlulah aku byk berkias walhal semua dah tahu aku mmg di Sarawak skrg...


sejak 4 tahun lalu aku telah tanamkan impian ingin berbakti dipulau borneo ini...sama ada sabah atau sarawak setelah tamat ijsm pendidikan... semasa isi borang temuduga jua begitu...wlaupun kemungkinan posting dinegeri sendiri atau mana2 saja aku telah bertekad akan tetap meneruskan perjuangan sebagai warga pendidik tidak kiralah apa sahaja bidang matapelajaran yg bakal aku mengajar kelak...


mungkin ada yang tertanya2 kenapa dan ada juga yg telah tahu.... namun kebenarannya kenapa aku memilih di kepulauan borneo ini...?????


ini kerana aku sukakan pada cabaran, setiap apa yg aku lakukan aku sukakan sesuatu yg mencabar...begitu juga dgn kerjaya supaya aku tidak mudah bosan pada apa yg akan aku lakukan...cabaran yg bgmana. semenjak aku kecil hinggalah meniti usia remaja...segala2nya mudah bagi aku punya bapa yg sentiasa syg dan beri apa yg aku ingin, ada ibu yg sediakan segala keperluan yg aku inginkan ada kakak yg sentiasa penuhi segala apa kemahuan ku ada adik yg sentiasa beralah dgn aku... apa lagi mahu ku... semuanya aku ada dizon selesa ini...cuma kebebasan utk bersosial tetap teguh almaklum aku campuran mamak+melayu= anak mami versi melayu kot!!! hehehe...aku tetap kata tak bebas namun disudut hati aku bersyukur andai aku terlalu bebas aku tidak mungkin ada disiplin diri yg blh aku teladankan buat adikku...



semasa aku belajar di UPSI aku selalu rasa sunyi dan sepi. namun aku masih jua rasa terkongkong lama2 aku rasa kesepian dan kongkongan yg aku rasa rupa2nya adalah kemanisan kehidupan... namun aku dh blh tukar rasa terkongkong, rasa tidak bebas itu hilang jauh dr sudut hatiku... aku terfikir ingin berada dekat disamping keluarga bila bekerja kelak...dlm indah hari 2 yg aku lalui... baru aku sedari semua org memanggil aku anak manja...yg tidak blh hidup tnpa bntuan keluarga dn inilah merupakan satu tamparan hebat yg aku rasanya semasa di semester 2 di UPSI...dari sinilah tekad aku ingin bekerja jauh dari keluarga semakin mencabar diri...


walaupun pada dasarnya aku risau akan kesunyian, kesepian dan keseorng ditempat org namun apa yg blh aku katakan, sekali aku sahut cabaran tidak mungkin aku berpatah balik, selagi aku belum capai apa yg aku cita2kan aku tetap akan berada disini...


mungkin zaman sekolaha ada antara kawan aku yg masih igt aku mmg bercadang utk bekerja jauh kerana inginkan kebebasan...percayalah itu hanyalah keinginan diriku pada zaman kita masih tidak matang lagi...namun segala yg terjadi hari ini kerana aku ingin mengubah sikap kebergantungan hidup aku pada keluarga aku...


sampai bila aku ingin dimanja oleh bapa, sampai bila aku mahu emak tunaikan permintaanku, sampai bila aku mahu kakak penuhi segala impianku, sampai bila aku mahu adik beralah...aku mahu hidup berdikari...


pernah jua dulu aku rs tidak disayangi almaklum zaman kanak2 kan sejak itu ada juga aku katakan pd kngkawan yg aku tetap akan jauh dr family...itu dulu yer...sy ulang lagi tiada lagi alasan tidak munasabah seperti itu masa aku buat keputusan melangkah kaki bekerja di borneo ini...


sebab utama yg aku ingin berada disini adalah aku ingin belajar berdikari, mampu masak, mampu menguruskan setiap keperluanku, mampu bergerak sendiri dan mampu menyelesaikan segala masalah aku tanpa membebankan ibu bapaku...kerana aku manja dan sgt manja...sehinggakan bila permintaan aku tidak dipenuhi aku akan merajuk...sehingga bila aku perlu berkelakuan seperti itu...aku perlu mencari diriku perlu memperbaiki segala kekurangan diri agar aku sentiasa dpt mengembirakan hati kedua ibu bapa dan aku tidak mahu menjadi anak yg derhaka sebab itu aku perlu berubah....


satu2nya cara aku perlu berubah dgn tgl berjauhan dari keluarga kerana klu dekat semenanjung keluargaku masih mmpu utk mmbantu dan setiap org akan mengatakan "yelahkan dia kan anak manja" ayat yg sentiasa aku ingin hindarkan...namun disatu sudut aku bahagia dgn panggilan itu apalah sgt irg nk kata berbanding hatiku yg tetap ceria... satu sahaja yg aku pinta.... kenali aku brlah tahu siapa aku...jgnlah kerana aku manja aku terus-terusan di label begitu...


semoga perubahan dr niat ikhlas aku ingin menjadi insan yg berdikari dan mampu menggembirakan kedua ibu bapa diredhai oleh Allah SWT...


No comments: