Friday, December 31, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

salam...

tak lama lagi tahun baru bermula...kehidupan baru aku pun bermula disebuah tempat yang baru buat diriku serta sebagai seorg guru yg baru pertama kali dipostingkan...segala-galanya pun baru.... hehe

macam biasa tahun nie pun ila akan senaraikan apa azam tahun baru dan apa perkara yg ila tak nak ulangi dan rumusan azam tahun lepas adakah sudah tercapai... lets check up...hehe

salam pertama sekali ila akan huraikan dengan seringkas mungkin mengenai keseluruhan tahun 2010 bagi ila... Dalam tahun ini mmg agak mencabar ila utk mengharungi emosi ila akibat ila baru je ditolak cinta pada akhir tahun 2009...hehe sejarah beb...but im quite happy with my life... apa pun hidup mesti diteruskan...selepas itu aku pulak byk mereject org...bukan balas dendam k...cuma diaorg dah beristeri...mustahil aku pulak kacau daun...haha... emmm tapi yg happy sgt ila makin hari mkn bertambah kawan...syukurlah semuanya berjalan lancar...ila jugak lulus dgn baik dlm praktikum ...dapat menamatkan konvo. serta mencari pengalaman kerja dikilang.... alhamdulilah tahun 2010 mengajar ila erti keperitan dan dlm keperitan itu punya bunga kebahagian disamping keluarga dan sahabat yg sering ada disisi menemani perjalanan hidup ila... insyaAllah....

Perkara yg ila tak nak ulangi lagi ialah mudah menaruh harapan pada seseorg ...biarlah ila jadi org yg agak pasif tapi nk menaruh harapn tidak sekali...hehe... serta tidak terlalu percaya pd org sgt...kerana sikap ini blh buat kita kecewa kelak...pengalaman mengajar kita erti sebuah kehidupan....

oklah beralih pulak topik terakhir yg ila bincangkan yg mana merupakan isu utama disini...azam tahun baru ila pada 2011...hehe nak tahu tak...ila buat senarai jelah yer...

1. nak hantar duit pada mak dan keluarga tiap bulan...
2. harap dapat buat org yg disekeliling ila ketawa dan gembira...
3. dapat menjadi warga pendidik yg mampu mengawal kelas
4. diharap dapat menjalankan dan melaksanakan tugas dgn ikhlas dan sejujur mungkin
5. kurangkan perangai merajuk dan marah
6. Dapat membaiki sedikit sebanyak skill memasak
7. dapat lesen memandu tahun nie
8. tgk kebahgiaan keluarga
9. mendapat aset baru pada tahun baru
10. dapat memaafkan org yg menyakiti hati dan dapat meminta maaf dgn ikhlas sekiranya sudah menyakiti hati orang lain...

insyaAllah

p/s: manusia tak mungkin berubah namun ingin mengubah diri menjadi insan yang lebih baik.... InsyaAllah...

No comments: