Wednesday, January 27, 2010

Minggu Terakhir Ros

salam...

hari ini aku nak mengajar sebuah kelas 4 PM atau 4 Ceria... entahlah buat je apa yang telah aku rancang lepas tue tgklah apa yang akan jadi akhirnya...

mulanyanya nama aku NORSHAFILAH atau cikgu Norshafilah telah diringkaskan kepada cikgu shafilah namun disebabkan kesukaran guru-guru lain atau murid2 memanggil sekarang nama aku juga dipanggil cikgu shila oleh beberapa orang guru dan pelajar. aku masih dalam peringkat mengenali sekolah ini dan masih baru dalam memupuk jati diri sebagai guru...

bak kata pepatah masih baru dalam menimba ilmu pengetahuan. Namun aku tidak pernah takut atau gementar mengharungi dugaan dan liku-liku kehidupan cuma sedikit nervous adalah normal dalam kehidupan ku kini...

adoi...soal cinta lagi dipersoalkan kini... bkn sahaja dikalangan guru tetapi ada juga pelajar yang bertanya...malangnya aku tak dapat menceritakan betapa sedihnya cintaku telah ditolak dan tidak pernah dipandang... namun aku bersyukur sebab aku masih boleh ceria tersenyum dan ketawa... alhamdulilah aku dah boleh terima kenyataan bahawa cinta tak semestinya memiliki...namun untuk menerima cinta baru dalam masa terdekat ini adalah agak mustahil kerana sedikit sebanyak keyakinan diri telah menurun...

namun apapun aku redha dan pasrah kerana aku tahu cinta atau jodoh akan datang sendiri...

insyaAllah

p/s: semoga semua orang akan bergembira biarpun hati sedih namun jangan diperlihatkan kepada orang yg berada disekeliling kita...

No comments: