Wednesday, November 16, 2011

hari kedua aku jaga SPM

15 Nov- ASsalam... aku masih nervous lagi tambahan pulak aku menjaga di bilik pertama peperiksaan jadi ada ketua pengawas dan timbalannya... memang aku guguplah dan tak dapat nk bayangkan perasaan lagi... huhuhu...
Aku redah ja sama mcm perjalanan aku pagi tadi meredah kabus tebal sehingga basah juga baju sejuk aku... tangan aku bagaikan 'viper' utk mengelap cermin kereta.... hehe... aku sampai tepat jam 7 pagi. tapi kawan2 yang lain rupanya lebih lambat sedikit dari diriku. Alhamdulilah aku perlu biasakan diri ke sekolah ini dalam 4 minggu ini...

kertas soalan 1119/1 dan kertas soalan 1119/2 bermula dan tamat pada waktu tengah hari. kami menikmati dahulu makan tengah hari sebelum pulang kerumah. tiba dirumah jam sudah 2.05 minit petang.tepat jam 2.15 hujan telah turun dengan lebatnya... terbatal lagi latihan keretaku.... dah le aku nak test kereta... tapi aku syukur kerana badanku dah agak letih. rehat sahaja dirumah....semoga esk aku akan pergi latihan kereta lagi jam 3...

setiap hari penuh cerita, aku juga sempat menyingkap kisah lama aku masa di sekolah dulu, bukan membuka aib sekadar berkongsi pengalaman... aku bukan baik seperti orang katakan aku cuma sedang dalam proses belajar utk menjadi insan yang lebih baik disisi Allash SWT....

No comments: