Wednesday, November 16, 2011

hari pertama aku jaga exam SPM!

ASsalam...
14 Nov - Semuanya baru bagi aku.... kalau pertama kali... almaklum nama aku bukan naik pun jaga exam tapi aku hanya menggantikan orang saja. Atleast dapat gak isi masa lapang... huhu...

Sehari sebelum peperiksaan aku nervous wei... perjalanan sepanjang 25 km aku lalui dengan menaiki kenderaan kesayanganku... aku dah tau tempat sebab hari jumaat tu 11/11/11 aku dah gi utk taklimat peperiksaan di SR110...

Memang sangat-sangat nervous... aku bagaikan tidak percaya aku turut sama terlibat almaklum lagipun ada student aku masa praktikal dahulu kini sedang menduduki peperiksaan jadi samalah macam aku jaga mereka... hehe....

berbalik pada cerita... aku bangun seawal pagi pukul 4... aku siapkan diri. Tepat jam 5.50 pagi aku mulakan perjalanan. 30minit sahaja aku telah sampai ke Pusat Peperiksaan... Aku lihat semuanya masih tutup. Pelajar sahaja baru bersiap2 datang ke Sekolah... Lambat lagi jam7 spt yang aku janji dengan seorang kawan baru aku... Aduhai rupanya aku awal...

Aku menjaga di bilik 5 selepas exam kertas 1103/1 aku tidak menjaga kertas 2611/1. Jadi aku ingat ingin bantu saja apa2 yang patut. Tapi kawan baruku telah mengajak aku berjalan2 di Bazaar Durin . Keterujaan datang dalam diri aku... bertapa aku bersyukur ada jugak orang yang ikhlas menunjukkan kawasan situ, kerana inilah pertama kali aku dikawasan ini... Almaklum dunia aku hanyalah di Sibu Jaya atau Pasar Sibu....
Selepas menengok-nengok kawasan kami ke jeti tempat feri, kami juga tiba di kedai kraftangan aku pun tidak melepaskan peluang membeli cenderamata utk balik awal bulan disember nanti. Wlaupun aku msh berjimat aku tetap membeli sedikit barangan utk di bawa balik... Alhamdulilah rezeki masing2x

kami balik semula ke sekolah pada jam 12. Menunggu kawan2 yang lain siap membungkus kertas jawapan. Alhamdulilah di pusat kami menjaga ini menyediakan makanan tengah hari utk para guru yang bergelar pengawas peperiksaan SPM. Kami pun menikmati juadah tengah hari dengan berselera sekali... selepas makan kami juga tidak membuang masa terus ke bilik agama utk menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.... Setelah selesai kami semua kembali kebilik2 masing2 utk menjalankan tugas terakhir sebelum balik ke rumah masing2... Sebelum peperiksaan 1103/2 tamat. tanda2 hari akan hujan telah kelihatan... dalam hati aku hanya Allah SWT saja yang tahu. Selesai sahaja peperiksaan aku diberi kebenaran oleh ketua pepeiksaan utk terus balik kerana risau akan hari yang makin gelap. Aku terus sahaja memandu pulang. Dipertengahan jalan di atas jambatan Durin dan bersaksikan sungai rajang yang luas itu hujan yang lebat telah turun sehingga hari itu aku telah bermandikan hujan, betapa sejuknya dan basahnya dirikutak dapat aku gambarkan lagi... Alhamdulilah aku bersyukur kerana aku ditimpahi hujan selepas peperiksaan bukan sebaliknya. Apapun setiap kejadian yang berlaku memberikan aku pengalaman yang menarik... begitu juga dengan paip air yang dirumah yang bermasalah tu.... harap2 dapat aku baiki nnt... huhu

itu sahaja berakhirnya hari pertama... aku tiba dirumah jam 5.10 petang....

No comments: