Wednesday, November 16, 2011

hari ketiga aku menjaga SPM

16 Nov- kelas yang kedua hari ini agak cabaran sedikit bagiku... mungkin aku rasa makin hari makin mudah... rupanya penuh dengan cabaran... seperti kata-kata yang dipetik daripada novel 'Stanza Cinta'
"orang yang kurang ditimpa kesulitan, jiwanya akan lemah , sebagaimana orang yang kurang bekerja, badannya lemah.Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan, kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah"

apapun aku bersyukur dengan rezeki halal ini...Setelah siap berkemas beg aku pun menunggu jam bergerak sehingga pukul 6.30 pagi barulah aku menghidupkan motor... aku berdoa aku bertawakal kerana Allah SWT aku memulakan perjalanan aku yang penuh dengan cabaran dan pengalaman baru... doa dihatiku janganlah hujan... mungkin seketika cuma terdetik rasa syahdu... hujan itu rahmat Allah SWT... aku redha aku pasrah dan aku akan cuba lalui liku2 ini dgn tabah...

Sedetik cuma aku bergerak tidak sampai 10 minit perjalanan aku lihat kabus tebal seperti semalam risau aku kebasahan risau aku membawa laju... aku perlahankan kenderaanku dan secara berhati2 aku memandu kenderaan kesayanganku aku ... jauh perjalanan ku ini jaraknya 25km... pergi dan balik jaraknya lebih kurang 50km... Alhamdulilah aku dalam 30 minit kemudian sampai di sekolah tempat aku menjadi pengawas SPM.

pengalaman menarik ini kusangka tidak akan mudah lenyap dari memori kotak ingatanku. Sama seperti yakinnya diriku atas kurniaan dari Allah SWT terhadap hambaNya....

semasa aku menjaga exam... cam biasa baca dialog beb...aku tak hafal lagi wlpn dah 3 hari...dengan suara lunak merdu terdengar akan diriku bahawa bebudak sedang senyum ketawakan suaraku...apapun bagiku hinakah suara begini... TIDAKKKK... aku bersyukur dikurniakan suara ini agar aku dapat menyampaikan apa yang terpendam dijiwa...dan aku dapat meluahkan dengan kata-kata...aku lebih sempurna berbanding insan2 yang tidak dapat bersuara walaupun mereka inginkan...apapun setiap seorang Allh SWT telah tulis takdir2 dan ujian yang perlu dilalui utk menambah kekuatan iman  mereka...

Alhamdulilah dua paper lagi hari ini telah selesai...1249/1 dan 1249/2...

kekdang teringat dan terimbau jugak kenangan lampau masa aku mengambil ujian yang sama beberapa tahun yang lalu...huhu

apapun wish the best for  all the students who takes the SPM paper this year,..All the best... be the best...

No comments: